Tuesday, January 13, 2009

Sindrom TB menular lagi & Isu Angka

Wahai Sahabat-Sahabat,

Sebelum detik 12 tghari esok, biar saya mencelah untuk ceritakan satu lagi kisah sindrom TB.

Sindrom TB ini seperti dimaklumkan sebelum ini adalah sindrom yang tidak berapa sesuai bagi kaum Adam, Takut Bini lah dikatakan. Penyakit ini sebenarnya telah dapat dikawal dan tidak menjadi masalah lagi pada orang lelaki. Akan tetapi penyakit ini kian menular ke kaum Hawa.

Baru-baru ini saya didatangi seorang perempuan yang menanggis teresak-esak dan mengadu hal suami beliau telah main kayu tiga [jenis-jenis kayu tak dapat dipastikan]. Beliau tidak tahu macam mana nak handle problem ini kerana suami beliau memang serious dan hendak tambah cawangan. Nampak nye penyakit ni dah beralih pada kaum Hawa, Sindrom Takut Bermadu [TB]. Awas para isteri, jaga-jaga sikit, kot-kot Sindrom ni merebak kuat, bahaya. Jangan ketawakan pada org lelaki, jaga diri jaga suami.

Dan mengenai angka pula, saya dapati ada yang suka bubuh angka 62 la, 61 la dibelakang nama sendiri. Tak payah lah, orang kata potong stim kita semua sama umur. Kalau nak letak angka 85 ke 90 baru la cun melecun.

Apa kata Anda?

2 comments:

  1. Eh kau orang perasan tak si Lass masa mula2 reunion pakai t shirt aje sebab mlm tu dia ade keja kat ofis, tapi tiap-tiap reunion modus operandi dia serupa aje. Adakah ini yang di katakan penyakit TB tu. Yang pasti Lanun juga yang dah cucuk amunisasi yang kebal segala penyakit...KKK

    ReplyDelete
  2. Let me guess pompuan tu mesti Datuk Siti

    ReplyDelete

You are free to comment here...