Saturday, July 4, 2009

Al Fatihah Untuk Kamaruzaman @ Kentat



Pagi itu saya mendapat panggilan telefon dari Danial. Berita yang disampaikan sungguh mengejutkan dan terasa seperti dalam mimpi. Innalillahiwainnailla-hirajiun.... Kamaruzaman atau Kentat telah kembali kerahmahtullah pada hari ini 4 July 2009 bersamaan hari Sabtu. Beliau berusia 47 tahun. Saya gugup sebentar dan seakan tidak percaya kerana baru saja menerima sms darinya minggu lalu. Teringat pertemuan pertama saya dengannya setelah 28 tahun kami berpisah, direstoren nasi kandar di Shah Alam bersama kira-kira 10 rakan2 KLP yang lain dalam GTT (Gosip Teh Tarik). Selepas pertemuan itu kami kerap juga berbalas sms, menulis dalam blog dan berbual melalui telefon. Arwah seorang yang sungguh prihatin...tidak lokek dengan senyuman dan apa yang tetap kekal dalam ingatan ialah sikap suka mengusik beliau...yang masih terngiang-ngiang sehingga saat ini.

Rupa2nya pertemuan dan kenangan itu adalah yang pertama dan terakhir arwah dengan saya dan rakan2 KLP yang lain. Meskipun dilanda kesedihan kerana kehilangan seorang kawan, sebagai manusia takdir hidup kita telah ditentukan. Sesungguhnya ketika hidup ini banyak yang kita rancangkan namun semuanya terletak ditangan Allah yang Maha Mengetahui segalanya.

Masih saya teringat peristiwa beberapa tahun lalu, apabila saya terserempak dengan salah seorang kawan KLP kita, Arwah Hasnan yang begitu bersemangat mahukan kita semua mengadakan perjumpaan atau reunion untuk bertemu kawan2 lama KLP.Hajat beliau juga tidak kesampaian apabila dijemput Ilahi terlebih awal. Selepas itu barulah kami semua bertemu dengan inisiatif Mail, Lanun, Rose dan beberapa rakan KLP yang lain. Usaha mempertemukan rakan2 lama adalah suatu usaha yang sangat di hargai kerana sebagai insan yang melangkah ke usia setengah abad banyak peristiwa dalam hidup dapat kita kongsi bersama. Secara tidak langsung kita dapat meluaskan jaringan persahabatan dan berkongsi pengalaman hidup masing-masing yang pastinya melalui onak dan duri yang sungguh mencabar. Hasilnya ialah saiapa kita pada hari ini.

Kepada rakan-rakan semua, memandangkan usia kita yang menjelang petang ini, jika ada rakan2 yang teringin berjumpa kita, sampaikan lah hajat mereka, kerana kita sendiri tidak tahu nasib kita. Begitu juga mereka, entah esok, entah lusa kita kembali.

Mungkin di blog ini...posting Asma Al Husna adalah permintaan arwah Kentat pada saya dua bulan yang lalu supaya rakan2 menghayati video itu. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh Kamaruzaman, Hasnan dan mereka yang telah pergi terlebih dahulu dari kita. Al Fatiha...

Friday, July 3, 2009

Siapa wanita-wanita ini???

Siapa 3 dara pingitan ni?


3 dara pingitan ni pulak, siapa?
Kentat macam tak lalu makan jer!


Wah..... hebat si dara ni, di kelilingi oleh 10 jejaka 'idaman'.
Siapa nama dia arr?


Buah bidara buah kuining
Siapa si dara berbaju kuning