Tuesday, November 16, 2010

Hargai lah Ibu Anda...



Seminggu yang lalu Ibu saya sakit kuat...dia dah berusia 73 tahun. Disaat melihat keuzuran Ibu.... saya berasa sungguh sedih. Ketika itu keadaan ibu sungguh lemah dan tidak berdaya.Dia tidak boleh berjalan, bercakap dan kurang pendengaran... Saya berdoa siang malam supaya Ibu cepat sembuh. Saya menjaga Ibu kerana selama ini dia memang tinggal bersama saya. Saya mengambil cuti, kebetulan waktu itu pelajar saya sedang menghadapi peperiksaan akhir semester, saya mohon cuti demi menjaga ibu kerana adik beradik yang lain agak sibuk dengan tugas masing2...biasalah...

Ibu memang rapat dengan saya kerana saya anak perempuan sulung daripada 10 adik beradik. Jika sakit pun dia mahukan saya. Hampir setiap hari menitis air mata saya melihat keuzurannya. Setiap pagi saya mandikan dia, menyuapnya makan, membawanya berjalan menggunakan kerusi roda disekitar kawasan rumah saya. Setiap malam saya tidur dengan dia, berbual dengan dia walaupun keadaannya amat uzur ketika itu....jika saya kecil dulu dia yang menjaga saya kini tibalah masanya saya menjaga ibu....pelbagai kenangan bersamanya bermain dalam fikiran saya. Masih saya ingat.... dia selalu bercerita dengan anak2 saya mengenai saya sewaktu kecil2 dulu dan katanya sayalah yang paling periang dan lasak seperti seorang budak lelaki....dalam pandangan mata yang berkaca-kaca, saya renung wajahnya yang uzur ketika dia tidur...sedih teramat sedih rasanya...saya peluk dan tidur disisinya. Saya hanya mampu berdoa setiap malam agar Ibu cepat sembuh...saya takut kehilangan nya...

Alhamdulillah kini dia beransur pulih...mungkin benar kata2 anak2 saya bahawa kasih sayang yang saya berikan dan curahkan ketika beliau sakit membuatkan ibu saya cepat sembuh...saya percaya kasih sayang adalah ubat paling mujarab menyembuhkan apa juga penyakit fizikal dan mental...

Namun disebalik semua yang berlaku, terfikir oleh saya...apakah nasib diri saya kelak...anak2 zaman sekarang ramai yang sudah luntur rasa kasih sayangnya pada ibubapa...jika kita marah sedikit, dah merajuk...jika kita nasihat jarang yang ambil perhatian....sibuk mereka mengalahkan Perdana Menteri...ah...saya pasrah sahaja...semoga Allah melembutkan hati anak2 saya mengasihani dan mengasihi saya bila saya tua nanti. Amin...apa2 pun kita merancang Allah yang menentukan segalanya.