Thursday, January 22, 2009

Jom Jumpa

Ada permintaan untuk berjumpa sekali lagi walau untuk sesaat pun. Ada yang dah tak sabar nak tunggu the much awaited reunion gala nite, The Grand Gathering (TGG). Ada rationalnya permintaan ni. Sejak kita bertemu kembali setelah berpisah tanpa berita selama 27 tahun, ada terasa yang kita ni seperti ada satu magnet which pull us closer and closer. Ada yang dah rindu nak berjumpa. Ada yang mempunyai cerita baru nak dikongsi. Ada yang tak puas lagi. Ada yang cuma nak jumpa. Ada yang nak jumpa orang yang dia belum jumpa. Dan ada yang nak jumpa orang yang baru dijumpai....jeng jeng jeng.

Walaubagaimanapun, perjumpaan kali ni bukanlah TGG. Cuma biasa-biasa je sebab the main reason is sahabat kita yang duduk kat negeri lain tu especially yang bergelar Pegawai Pendidik aka Cikgu tak dapat hadir melainkan cuti sekolah. Ada juga permintaan dari 'dinda' yang meminta dibuat selepas bulan february.

Perjumpaan kali ni akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 30/01/09
Tempat: Seperti biasa, Aliza Tomyam, Kg Baru
Masa: 8.30 mlm
Kedatangan: Tak dipaksa, nak datang, datang lah.

Kali ni, tabung akan diujudkan untuk makan & minum.

Ada yang mengesyorkan kita buat KLP Nite every first Friday each month atau every 2 months.

Apa-apa pun, please let us know your idea, suggestion, opinion or any other things, we really appreciate your contributions.

Okay for now, wish you Gong Xi Fa Cai.

p/s Aku nak balik kampung esok. 4 hari takde internet...hu hu.

Ms. hazel eyes and Mr. don't dare close !!


I don't think this couple needs any introduction. Satu-satu nyer pasangan yang menjadi di KLP, bukan macam Jack Sparrow atau Wayangsari atau Rod Steward atau Burn Ashes atau Uncle Cino atau Kush kush hota hei.....pasangan belangkas ni gak yang power sepanjang zaman, yang lain hanya sekadar boleh mendendangkan lagu "putus sudah kasih sayang" dan "dimana kan ku cari ganti", ade yang jiwa kacau dan ade yang merajuk hati.....Minah KLP cam Mak Aji tak pandang mamat klp kerana jiwa nyer berada di luar pagar ....pada masa tu Blonde juga tak berminat pada mat-mat belia yang gonjeng!!

Wednesday, January 21, 2009

1981 Upper 6 (1)


Dikala sepi tatapila ia
agar terukir sebuah senyuman .....

Aku sekadar menulis ape yang tertera di belakang gambar yang baru aku dapat dari salah seorang sahabat. Aku pasti akan terukir senyuman !!

Tuesday, January 20, 2009

Yang Menjadi Rebutan, Idaman dan Pujaan

Mari kita ingat kembali zaman kita menjadi pelajar KLP, sebuah institusi pendidikan swasta bagi mereka yang menghadapi segala macam pancaroba mengekalkan prestasi akademik di sekolah2 bantuan penuh kerajaan. Walaupun begitu, ramai antara kita menjadi orang jugak kan. Ada yang menjadi pensyarah, ada yang menjadi usahawan, ada yang menjadi pengurus kanan, ada yang menjadi pegawai kanan, ada yang menjadi surirumah setelah berhempas pulas bekerja di pejabat.

Berbalik kepada topik asal yang ingin dibincangkan, mari kita senaraikan nama pelajar2 yang menjadi rebutan, yang menjadi idaman dan yang menjadi pujaan hati. Dah banyak nama2 disebut dalam blog ini. Ada yang berani menggambarkan perasaannya kini di ketika itu. Ada juga yang merasakan perasaannya disisihkan di ketika itu. Ada pula yang mendapat saingan dari kawan seperjuangan tapi akhirnya hajat kedua2nya tidak kesampaian. Kalau tidak mahu menyebut nama mereka, gunakanlah gambaran seumpamanya.

Pagi Ahad lalu Jack Sparrow (bukan nama sebenar) telah menalipon aku bertanyakan khabar. Dan antara topik menarik yang dikatakan ialah tentang seorang kawan ni yang menjadi rebutan sesetengah pelajar lelaki ketika itu tapi ramai yang tak berani menampilkan diri secara serius kerana pelajar ini sering sangat bersama teman baiknya. Jack Sparrow (bukan nama sebenar) ni aku anggap sebagai seorang kawan yang suka mencari kawan2 lama lalu dicarinya kawan yang seorang ini. Dulu dia berjubah dan bertudung labuh tapi menurut Jack Sparrow (bukan nama sebanar) dia sekarang ringkas penampilannya namun masih lagi mengikut syarak. Menurut Jack Sparrow (bukan nama sebenar) lagi, kawan kita yang seorang ni masih lagi 'anggun' dan 'cun'. Siapakah dia?

Monday, January 19, 2009

Sendaloka Teka-Teki

Sahabat2,

Diharap ANDA berada dalam keadaan yang sihat, bahagia dan sejahtera bersama keluarga. Untuk bahagiakan lagi cubalah jawab teka-teki ini:-

1. Buah apa yang tidak musnah bila dusun buah terbakar?

2. Perbezaan antara sangkar burung dengan skirt?

3. Perbezaan antara perempuan dengan basikal?

4. Perbezaan kacau sudu dalam air minuman, teh o atau kopi o, Melayu kacau anti-clockwise, China kacau clockwise, India kacau ikut suka, kenapa?

5. Kenapa kucing berkaki tiga?

Teka-teki ini adalah untuk hiburan semata-mata [ari ni Monday blues] dan sekiranya ada kekotoran dalam joke teka-teki minta maaf, kita cuci pakai sabun Fab nanti.

Teka-teki ini sah untuk UMUR 45 tahun keatas, maknanya semua boleh participate termasuk Uncle Cino dan Anonymous2, cuma Upin&Ipin dilarang[bawah umur], Abah dio bulih. Maaf juga sekiranya teka-teki ini ANDA semua sudah dengar.

Jawapan akan diberi setelah semua entry dari ANDA sudah masuk [tiada had].

Have FUN!