Gossip Teh Tarik ( GTT) berjaya diadakan di Shah Alam walaupun dihadiri lebih kurang sepuluh rakan2 KLP. Antara yang turut hadir termasuk, Kamarudzaman (KKK) dari Seremban, Ismail, Danial, Boone, Zaidi, Maznah, Intan, Izan, Rozie, Rose dan Mak Aji sendiri. Malam tu agak hangat dan banyak isu yang dibincangkan. Deretan gelas teh tarik seakan satu kesinambungan untuk terus memperdebatkan pelbagai isu menarik dan memanaskan telinga. Walaupun Mak Aji sampai lewat, kira-kira jam 10.30 malam, isu2 yang diperbincangkan masih diteruskan rakan2 yang nampak letih menanti Mak Aji selama dua jam. Kelewatan itu bukan disengajakan kerana Mak Aji baru habis kelas pada malam itu.
Kamarudzaman atau Kentat berjaya menarik minat rakan2 dengan isu-isu nostaljianya.gelaknya yang tak berubah sejak 28 tahun lalu menceriakan perjumpaan kali ini. Manakala Boone mengutarakan isu paling sensitif dikalangan rakan2 wanita iaitu, POLIGAMI. Danial dan Mail yang sememangnya menjadi Yes Man...menyokong penuh usul si Boone walaupun mereka ini sebenarnya mempunyai penyakit STB atau sindrom takut BINI. Memang ramai wanita agak fobia dengan perkataan bermadu atau poligami. Kaum Adam memang suka membuat wanita tersentak dengan isu paling sensitif diabad ini. Namun sebagai wanita Mak Aji tak mudah melatah sebab takdir ditangan Tuhan, kita tak boleh menolak suratan hidup apabila kita terpaksa berkongsi kasih dengan orang lain.
Izan pula pada pendapat Mak Aji memang cool giler, gelak ketawa dan keceriaannya menghidupkan kembali nostaljia masa kelas dulu-dulu. Tak hairanlah dia dapat suami yang bergaya dan handsome......bangganya jadi wanita macam dia...apa rahsia anda Izan...kongsilah sikit.
Maznah dan Zaidi tetap macam dulu-dulu, maintain loving couple of the year from 1981 till now. Pastinya ada ramuan tertentu dalam menghidupkan satu rasa kasih sayang yang berpanjangan. Intan tetap releks dan senyuman tak lekang dari bibir. Sikap reserve Intan banyak dilihat ketika berbual. Dia ni lebih banyak mendengar dari merapu tak tentu pasal. Terserlah kewanitaannya. Rozie pula lebih ketawa dari bercakap. Sesekali melihat jam ditangan walaupun hatinya masih nak bersantai sampai pagi. Rose, si assistant penganjur yang dapat lesen besar, nampak puas hatilah bila jumpa kami yang sekepala dan gila2 ni. Tapi dia kena ingat esok lesen dia dah expired so dok diam-diam je lah. Dia kena tunggu bulan depan lagi bila lesen besar dianugerahkan kat dia sekali lagi.
Buat pengetahuan kawan2 yang lain, gathering kali ini ( GTT) lebih santai dan banyak mengurangkan tekanan hidup...especially bila dah tua ni. paling best meja kami bersaing dengan satu lagi meja warga emas yang Kamarudzaman gelarkan KLP 61. Kami sama2 ketawa bila Kamarudzaman kata, kita semua akan jadi macam group KLP 61 belakang kami tu...Masa tu kata Boone kita dah tak bincang pasal anak2 dan karaoke lagi...tapi sibuk membilang cucu dan menjaga cucu-cucu.
Sememangnya satu kepuasan bila bertemu rakan2 lama dan peribadi masing-masing terbentuk dari persekitaran dan cara mereka membentuk peribadi mengikut acuan sendiri. Apapun gathering seumpama ini agak sihat dan membentuk minda kita dalam membincangkan pelbagai isu dan mengembalikan rasa keceriaan kita dalam meniti usia matang.