Thursday, November 5, 2009

PERLU ADA "CALENDAR OF EVENTS"

Assalamualaikum semua

Di sini ingin saya mencadangkan diadakan satu "calendar of events" KLP1981 bagi 2010. Prinsip disebalik CoE ini mudah. Kita perlu ada satu senarai aktiviti bagi memudahkan kita merancang, menyusun strategi serta persiapan bagi aktiviti 2010. Dengan adanya CoE juga kita mampu menyediakan anggaran bajet diperlukan bagi menganjurkan sesuatu event it. Buat masa ini semua program yang kita adakan adalah secara adhoc dan apabila digarap secara adhoc maka semuanya dilakukan secara mengejut dan tangkap muat. CoE dapat mengatasi masalah ini. Umpamanya, salah satu CoE KLP1981 ialah "annual gathering". Jadi mulai sekarang kita boleh rancangan bila, di mana dan bagaimana "gathering" itu dapat dijalankan. Setelah mengetahui tarikh, umpamanya, mudahlah kita merancang untuk mengambil cuti etc. Ini cadangan saya dan saya bukakan kepada semua teman untuk memberi pandangan.

Sekian. Wassalam