Friday, May 1, 2009

Penawar Buat Yang Merindu



" Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari.
Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti.
Mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu betapa besar makna dan erti seseorang dalam hidup kita"


Kenali sebuah pertemuan,
Kerana disitu tercipta kemesraan,
Hargailah sebuah persahabatan,
Kerana disitu tercipta kerinduan,
Sayangilah sebuah perkenalan,
Kerana disitu terciptanya sebuah kedamaian


Perkara yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti dalam hidup mu tapi akhirnya harus melepaskannya pergi.

Permintaan Ramai- Lamunan Terhenti Korang



Kepada kawan-kawan yang gian sangat nak lagu ni...erm...Nah...ambik kau...Lamunan Terhenti Oleh Aris Watan. Kush, Mail, Danial dan Ayahnyer Ipin...harap lagu ni dapat mengembalikan keremajaan korang ye...( Perasan Muda lah tu) Mak Aji kiranya dah jadi VJ pulak dalam blog ni...apa2 pun memang best tengok respon korang bila lagu2 permintaan dapat disiarkan disini. Enjoy ye...apa2 pun jangan lupa bukak video Doa Taubat tu ye...sunyi je komen kat situ....

HAYATI MADAH DIBAWAH.....



Dalam hidup ini, kadang kala kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan itu adakalanya tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.



Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi




Terkadang, kita tidak dapat apa yang kita impikan. Lalu, kita menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa. Sedangkan, kita tidak sedar, apa yang kita perolehi adalah lebih baik dari apa yang kita harapkan.

Monday, April 27, 2009

Kenangan Suka Duka KLP 81




Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari ( Saidina Ali)




Lagu ini ditujukan khas pada semua rakan-rakan KLP 1981. Bayangkan suka duka disaat masa remaja kita. Terasa cepat sungguh masa berlalu. Pelbagai kisah suka duka itu masih tersimpan dihati kita dan hanya kita sahaja yang tahu dan merasanya. Meskipun sudah 28 tahun berlalu, setiap kali melangkah ke Kampung Baru dan menjejaki Wisma Yakin kenangan bersama rakan-rakan tidak mudah luput begitu sahaja. Justru penubuhan Alumni dan Blog KLP bertepatan dengan rindu kawan2 terhadap zaman persekolahan dulu. Apa pun masa merubah banyak perkara, dari fizikal, emosi dan spiritual kita. Kita menjadi insan yang dicorakkan oleh masa dan latar belakang kita. Namun segalanya hanya tinggal kenangan.....


Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya.

Sunday, April 26, 2009

Buat Renungan Rakan-rakan Sekalian...








Tentang Waktu

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa
yang diberikan Allah.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju ke syurga.



Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR.
Teman yang paling akrab adalah AMAL.
Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM.
Bahasa yang paling manis SENYUM.
Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.

Lagu-lagu Lama yang Masih Segar Dalam Ingatan....