Minta maaf pada semua kawan2...aku tak dapat datang untuk TGG kali ni.Kalau kau tanya perasaan aku...memang kecewa habis... Aku bertugas so tak dapat nak elak.Pada masa tu aku akan bersama students untuk Khidmat Masyarakat selama tiga hari 13 sampai 15 March. Memang seronok dengar ramai nak datang, tapi kita hanya boleh merancang Allah menentukan segalanya. Selepas ni aku ada misi akademik ke beberapa kampus di UiTM dan agak sibuk sampai akhir bulan April ni...lepas tu final exams students aku lak...tapi tolong jangan samakan aku dengan Din....dia Professor Madya...aku pensyarah kuli...memang ada yang cakap apasal Din boleh datang aku tak leh...
Apa2 pun aku memang nak jumpa U all lagi. Nanti kalau cuti semester aku agak free jugak...so harap2 bulan Mei ni nanti U all boleh buat gathering lagi. Insyaalah aku akan pergi.
Kepada Lanun...ko jangan nak buat spekulasi pulak ye...pujuk rayu ko dah tak berjaya...ayat2 cinta ko pun dah tak jalan lagi...aku tak akan dapat pergi walaupun kau ( ataupun James Bond ko) culik aku sekejap dari tempat aku bertugas tu...So kepada semua kawan2 enjoy yourself...Take care. ( Mak Aji yang sungguh sedih ni)