Thursday, February 5, 2009

Wanita Anggun

Inilah gambar yang ditunggu-tunggu. Salmah Shariff, Maria dan Kasma @ Sue. Malam tu mereka ni sungguh ceria. Tangan-tangan tu milik peminat-peminat yang menemuramah ketiga-tiga wanita anggun ni.

The Great Gathering (TGG)

Pengendali blog kita telah menyediakan satu side column untuk TGG. Semua info akan di letakkan di situ.
Beberapa tempat telah dicadangkan. Memandangkan kita tidak dapat pengesahan dari tempat yang dicadangkan sebelum ini, maka kita harus mencari tempat yang lain yang difikirkan sesuai untuk group kita.
Pada masa ni kita sedang menggerakkan usaha untuk buat kat Saloma Bistro.
Aturcara tetap serupa dan rakan-rakan kita akan menghiburkan kita sambil makan-makan dan sembang-sembang.
Bayaran akan dikenakan sebanyak RM100 seorang. Kita anggarkan perbelanjaan tidak akan sampai RM100 seorang dan baki akan samada di pulangkan atau di simpan dalam tabung untuk kegunaan dimasa hadapan.
Adalah dicadangkan bahawa TGG ini adalah hanya untuk kita-kita sahaja. Walaubagaimanapun, permintaan untuk membawa anak atau suami atau isteri kerana terpaksa, akan dipertimbangkan.
Jika ada sebarang cadangan, sila sms atau email kepada penganjur atau tulis di ruangan komen dibawah article ini. Pihak penganjur mengalu-alukan input anda semua.
Sila sebarkan article ini kepada kawan-kawan kita yang lain.
Sila confirmkan penyertaan anda sebelum 20/02/09
Terima Kasih........Ismail

Wednesday, February 4, 2009

Rumah di pinggiran Kota


Ini rumah Rohana, cantik rumah dia. Kami ni pantang dipelawa, kat ceruk mana pun kami pergi. Tapi rumah ni tak lah jauh pun, kat UK je.
Posting kali ni bukannya nak promosi rumah tapi nak tunjuk gambar tuan rumah. Kecik molek orangnya kan. Pernah dikejar K9.

Tuesday, February 3, 2009

Mana gambar gathering yang terbaharu?

Assalammualaikum, kawan-kawan semua, maaf tak pergi gathering terkini minggu lepas. Saya agak sibuk dengan kuliah dan aktiviti pelajar di UiTM. Teringin nak tengok gambar kawan2 yang lain masa gathering terbaharu. Kenapa tak ada cerita dan gambar pasal gathering yang terbaharu.Siapa-siapa lagi kawan kita yang hadir hari tu. Harap Mail, Rose atau sesiapa sahaja diantara kawan2 yang aktif diruangan ini dapat update ye....
( Mak Aji)

Monday, February 2, 2009

Perubahan Kepada Blog

Assalamualaikum,

Sahabat yang dihormati, selepas blog ini dilancarkan, sambutan yang diterima sangatlah menggalakkan. Berbagai cerita, gambar dan isu telah diterbitkan. Pihak kami juga telah menerima berbagai reaksi, komen, kritikan dan penghargaan.

Dari keghairahan kita untuk sama-sama menjayakan dan memeriahkan blog ini, terdapatnya perkara-perkara dan tulisan-tulisan yang agak sensitif. Beberapa teguran dan pandangan telah diutarakan. Terdapat juga ketidakselesaan dikalangan sahabat-sahabat tentang perkara tersebut.

Dimasa yang sama pihak kami dapati ada pihak luar yang cuba memasuki blog ini. Perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana ianya boleh mengugat kestabilan blog ini.

Dengan itu kami sedang cuba membuat perubahan terhadap blog ini agar ianya tidak dipergunakan sewenang-wenangnya oleh mereka.

Pada masa ini pihak kami sedang melakukan perubahan dan anda mungkin menghadapi masalah untuk melayari atau memberi komen.

Buat masa ini anda perlu mempunyai gmail address untuk mengakses blog ini .

Pihak kami sedia membantu anda jika terdapat masaalah terhadap perkara ini.

Ismai & Rose

The Macho Boys


Inilah dia the macho boys of Wisma Yakin. Masa tu dia orang lah yang rules Jalan Masjid India. Mamak teh tarik kat Malayan Mansion selalu jadi mangsa. Dari kiri Khairul, Razak (brother ni 3-4 bulan je kat KLP), Bakar (Burn), Uncle Cino (dulu dia taiko chow kit), Azman, Norzam, Kamaruzaman, Rosman (Lassie), Danial dan Rod.