Monday, September 5, 2011

Kesunyian dan Kesepian Dalam Hidup Seorang Wanita


Seorang teman wanita yang berusia awal 50an pernah bertanya pada mak Aji pernahkah Mak Aji rasa kesunyian dalam hidup? Baginya kesunyian yang dialaminya teramat menyiksa dan membuatkan dia rasa sungguh sedih , pilu dan bagaikan hendak mati sahaja. Sejak akhir2 ini teman Mak Aji tu terlalu sunyi disebabkan anak2 sudah membesar dan keluar belajar serta diceraikan suami dua bulan yang lalu. DIa pernah menalipon Mak Aji bercerita mengenai nasib yang menimpanya dan dia merasakan adalah satu yang tidak adil bagi seorang lelaki meninggalkan wanita yang dikahwininya sejak 25 tahun yang lalu hanya kerana ingin berkahwin dengan wanita yang 20 tahun lebih muda darinya.

Bagi teman Mak Aji ni dia telah bekorban segala2nya buat sang suami yang dicintainya. Pengorbanan dari segi material dan moral diberikan pada suaminya sejak dulu lagi. paling sedih baginya, tidak ada sedikit penghargaan dari bekas suaminya. Namun akhirnya dia dibuang begitu sahaja ibarat sampah yang tidak berguna. Kisahnya sungguh trajis dan menjadi case study dalam kajian Phd Mak Aji.. Akibat terlampau banyak mendengar dan membuat kajian mengenai hal seumpama ini, Mak Aji rasa sedih kerana ada segelintir kaum Adam yang sanggup menyiksa zahir dan batin seorang isteri hanya kerana ingin mencari pembaharuan dan sesuatu yang lebih menarik dalam pekahwinan akibat kebosanan dan sikap mementingkan diri.

Walaupun tak semua lelaki diluar sana bersikap sedemikian, kerana rakan2 lelaki KLP kita adalah antara suami dan ayah yang bertanggungjawab terhadap keluarga mereka masing-masing. Namun bagi wanita seusia Mak Aji...jika ini terjadi ianya amat menyedihkan. Kadang tu boleh duduk berjam-jam memikirkan dimana silapnya, sedangkan kita dah berusaha sebaik mungkin untuk memberikan yang terbaik bagi satu pihak lagi. Mungkin perkataan yang amat memilukan ialah apabila seorang lelaki (suami) berkata kepada isterinya begini....
" Awak dah tua...faham tak kehendak saya, banyak bende awak dah tak boleh buat...dah tua buat cara tua...jangan banyak tanya..."

Ye...kita sememang nya tidak boleh kembali menjadi muda, namun pernahkah kita terfikir sewaktu majlis angkat nikah dahulu bahawa semua ini akan berlaku dan kita ditakdirkan untuk melalui kisah yang amat trajis sebegini. Tidak semua orang mahukan keadaan macam tu...tapi itulah trendnya masa sekarang...dulu kita sangkakan itulah kebahagiaan kita dan kita berikrar untuk terus setia dan mentaati pasangan kita sehingga akhir hayat kita. Seperti kata pepatah " sekali air bah sekali pantai berubah" manusia akan berubah dan segalanya dalam hidup mengalami perubahan. Seperti mati adalah satu kepastian, perubahan juga sama...kita berubah untuk menjadi baik atau sebaliknya, kita berubah untuk menjadi apa yang kita mahu dalam hidup.

Bagi menjawab soalan teman saya diatas tadi...saya menjawab...YA...aku pernah rasa sepi dan sunyi macam tu, terutama selepas mak aku meninggal dunia...pernah juga aku menangis mengingatkan kenangan bersama mak yang sentiasa bersama ku waktu susah dan senang....tapi bagi aku kita tidak akan sunyi selagi kita ada Allah untuk mengadu dan meminta serta merayu dan berkasih sayang dengan NYA...Dia yang Maha mengetahui segalanya dan dia juga yang mengatur segalanya dalam hidup kita.tak perlu kita pertikaikan mengapa dan kenapa.....kerana disebalik semua yang berlaku tersirat makna yang cukup mendalam. " Untung baik dan untung jahat datang dari Allah" maknanya amat mendalam bagi yang memahaminya...

Justru, fikir-fikirkan lah, bahawa mungkin diusia ini Allah mahu kita bersiap dan merasakan sebuah kesepian dalam hidup di dunia demi untuk kembali bersamaNYA dan mengenal diri kita yang sebenar2nya sebelum kita berjaya mencari jalan pulang yang diredhai...... semoga diusia ini kita mendapat hidayah dariNya dan kembali pada yang fitrah....Amin.