Saturday, May 30, 2009

UPDATE ON TRIP TO JAKARTA/BANDUNG

Just to update on the status of our plan nak pegi ke Jakarta ni. Setelah berbincang, pihak pengelola rombongan Cik Kiah merasakan disebabkan kesuntukan masa, rancangan mengadakan percutian ke Jakarta pada musim cuti sekolah bulan June ini tidak bisa dilaksanakan. Ingatkan nak postpone ke cuti bulan Ogos tapi rupa-rupanya tarikh tersebut betul-betul jatuh pada bulan mulia...Ramadhan. Jadi di sini kami masih berhasrat untuk meneruskan rancangan dengan memohon kerjasama semua kekawan supaya bagi feedback on the next available date.

Tentative date : 6 August - 9 August 2009
Duration : 4 days - 3 nights
Package rate : RM1,230.00 seorang
Room : Twin-sharing
Hotel : Nalendra, Bandung and The Orchardz , Jakarta.

Kepada yang berminat, sila berikan nama penuh (seperti di K/P), no kad pengenalan dan deposit sebanyak RM500.00 kepada Ismail Abdul Rahman.Cara pembayaran boleh dibincangkan dengan Encik Mail.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 30/06/09.

PROGRAM
HARI 01 TIBA-JAKARTA-BANDUNG (MT/MM)
Setiba di lapangan terbang Soekarno-Hatta, kita terus ke Bandung. Singgah makan tengahari di restoran Minang. Di Bandung, kita akan membeli belah di beberapa tpt spt Pasar Baru & Factory Outlet di Jalan Riau\Dago. Makan malam di restoran Sunda. Bermalam di Bandung.

HARI 02 BANDUNG-JAKARTA (S/MT/MM)
Selepas sarapan, melawat Tangkuban Perahu untuk melihat kawasan gunung berapi dgn pemandangan yang cantik & membeli belah. Singgah juga di kolam air panas Sari Ater, di mana anda boleh merendamkan kaki, berehat atau berurut. Makan tengahari sebelum bertolak ke Jakarta. Makan malam. Bermalam di Jakarta.

HARI 03 JAKARTA (S/MT/MM)
Selepas sarapan, melawat Kilang Batik & sekitar Pasar Seni,Taman Tema Ancol & seterusnya membeli belah di tpt spt Tanah Abang, Mangga Dua dsbnya. Makan tengahari & malam di restoran. Bermalam di Jakarta.

HARI 04 JAKARTA-PULANG (S)
Selepas sarapan, waktu membeli belah lagi sebelum ke lapangan terbang untuk pulang.

KOS:

HOTEL
Option 1 -DEWASA (RM 1,230.00) ## KANAK2 (RM1,095.00)
Na Lendra (Bandung) and Orchartz (Jakarta)- 3*

Option 2 - DEWASA (RM 1,420.00) ## KANAK2 (RM1,215.00)
Aston Tropicana (Bandung) and Le Grandeur (Jakarta) -4*

## Kanak2 bawah umur 12thn shj & hya seorang berkongsi bilik dgn 2 dewasa.

Harga termasuk berikut:

  • Tiket penerbangan pergi balik dengan AirAsia
  • Cukai kapalterbang kedua2 hala
  • Bagasi 15kg pergi balik
  • Tempat duduk bernombor berkumpulan
  • Penginapan 3 malam (1-mlm di Bdg, 2-mlm di Jkt)
  • Makan minum HALAL seperti itineri (3x sarapan, 3x makan tghari, 3x makan mlm)
  • Lawatan & tiket kemasukan
  • Pengangkutan berhawa dingin
  • Pemandu pelancung
  • Tipping

JADUAL PENERBANGAN :
06OGOS KULCGK AK380 - 0700-0805
090GOS CGKKUL AK393 - 2030-2330

** Harga adalah tertakluk kpd perubahan semasa & surcaj lebihan minyak & tarikh tempahan di buat.
***Harga sah sehingga 01 July 2009 shj.