Saturday, January 10, 2009

Lassie dan Iskandar masih maintain muda.




Walaupun dah berumur 46 tahun, Lassie dan Iskandar nampak awet muda. Mesti ramai kawan2 nak minta petua maintain muda tu. Senyuman Lassie yang masih menawan masa sekolah dulu kekal sampai hari ini. Begitu jugak Iskandar, sentiasa cool dan cukup berhemah bila bercakap. Caya lah...

Ridzuan Rafflis jangan perasan masih anggun dan dicemburui....



Memanglah si Pak Wan ni perasan lebih. Mana pulak dia ni anggun dan dicemburui ramai...rambut tu dah nampak kulit kepala dan badan dah kembang macam kuih apam. Cuma yang masih maintain senyum dia tu je...Kalau Lassie dan Iskandar tu boleh gak di percayai masih maintain dan dicemburui.

Kenapa?

Kenapa Ali hilang giginya? Kenapa Yong bukan lagi nasi lemak lauk kerang? Kenapa Lanun melengkung? Kenapa Shahrul "maintain"? Kenapa Iskandar pun "maintain"? Kenapa Sanusi dah tak boleh jadi goalkeeper? Kenapa Rozi masih lambat ketawa? Kenapa Rose terus dalam "denial"? Kenapa Laili terus dikerumuni?Kenapa Mak Aji masih jalan bersepah? Kenapa Kush perasan "gebu"? Kenapa dengan Lassie - tidak berubah? Kenapa Sham? Kenapa Gajah kecik hati dengan Amatul? Kenapa Sue sanggup tinggalkan Kuantan sekejap? Kenapa dengan Danial dan telefon "strawberry"nya? Kenapa black-black sweet no longer sweet? Kenapa Omar rambut tetap berminyak? Kenapa Anum masih berlagak "blank"?Kenapa Salmah dah tak pakai tudung labuh? Kenapa Zaidi dan Maznah install Astro?

Jawabnya: kerana masa...kita terlalu lama biarkan masa itu berlalu...dan gagal memantau perkembangan kawan-kawan...Maka itu..di mana Yoda (eh! ye ke?) ...di mana Boyan (belahlah kau Shidi) ...di mana Shimi (Amm..peh!.) ..di mana Boy (Hey jomlah) ..di mana Mira. dan Maria?

Dan yang utama kenapa Ridzuan Rafflis masih kekal anggun dan dicemburui semua?

Pesanan Ringkas

Muslimin dan Muslimah,

Saya ingin menghantar pesanan ringkas yang saya terima dan mungkin juga sahabat2 ada terima. Palestin dan umat Islam khususnya sedang diancam oleh Israel. Pesanan ini meminta supaya kita melafaskan Surah Al Fath ayat 26-27 dan Surah Yunus ayat 85, 86 & 88 pada malam ini. Ini ialah kerana nyawa mereka dihujung tanduk.

Tambahan saya, doakan sepanjang masa supaya Allah dapat memberi kemenangan mutlak pada umat Islam di dunia ini dari segi politik dan ekonomi.

Wasallam

28 tahun kemudiaan......

Panggilan telefon dari Mail pada 26 Dec 2008 aku rasakan bagaikan sebuah mimpi. Tak percaya pun ada, macam mana Mail boleh dapat hubungi aku dan masih mengenali aku lagi. Rentetan dari panggilan telefon itu aku dapat bertemu dengan ramai kawan2 lama di KLP dulu. Bagaimanapun aku sedikit terkilan kerana pertemuan pertama mereka pada 26 Dec lalu tak dapat aku hadiri sebab masa tu aku berada di Batu Pahat mengantar anak ke UTHM.

Seminggu kemudian aku mendapat panggilan telefon dari Lanun dan email daripada beberapa rakan lama KLP yang sudah lama terputus hubungan. Aku juga menghubungi Rohana, Amatul dan Su. Selain itu aku juga cuba hubungi Din Gajah, Danial, Mail dan Lassie melalui SMS. Terasa aku kembali muda apabila dapat berbual dengan dengan rakan2 KLP melalui telefon. Suara mereka masih seperti dulu dengan intonansi dan gurauan yang tidak banyak berbeza 28 tahun yang lalu.

Rindu semakin membuak untuk bertemu rakan2 lama. Aku mengusulkan pada Danial dan Mail untuk organise pertemuan kedua, kerana aku begitu terkilan tidak dapat jumpa mereka semua pada pertemuan pertama di Restoren Aliza 26 Dec tu.

Dua hari lepas aku dapat berbual dengan Su di Kuantan, dia kata Lanun ajak jumpa kat restoren Ali di kampung Baru. Aku begitu teruja sekali. Memang nak sangat2 jumpa kawan2 lama ni. Tak tidur malam aku dibuatnya. Sebelum tu aku sempat telefon Amatul kami berbual biasa-biasa saja. Tiba2 Su bagitahu gathering di kampung Baru confirm pada hari Jumaat jam 8.30 malam di restoren Ali ( Bekas ketua darjah kita dulu)dan dia akan datang dari Kuantan untuk jumpa kawan2 lama.Aku terlalu excited hari Jumaat tu. Masa mengajar, aku tak dapat concentrate sangat. Rasa nak cepat2 habiskan kelas. Tapi aku control keterujaan aku tu, depan students. Aku mengajar macam biasa dan tepat jam 6 petang aku tamatkan kelas dan bergegas balik ke rumah.

Lepas solat Maghrib aku ajak anak kedua ku Ayu untuk menemani aku ke Kampung Baru. Ayu memandu kereta aku pulak sibuk menalipon dan menghantar sms pada rakan2 yang akan turut serta malam tu. Ayu cakap Mama nampak suka sangat dan mengelabah. Aku kata memanglah terlalu suka ni sebab Mama dah tak jumpa kawan2 tu 28 tahun. Ayu gelak aje lihat telatah aku dalam kereta. Telefon sana, telefon sini, hantar mesej jawab mesej.

Tiba di Kampung Baru, parking tak ada. Aku mengambil masa kira2 setengah jam berlegar2 kat kawasan kampung Baru tu. Akhirnya atas saranan Mail aku parking kat depan pintu gerbang yang kena bayar RM3 tu...selamat dan sampai gak aku kedestinasi.

Melangkah ke restoren Ali, aku dah nampak Mail yang cute mute tu...Ali pun sempat gak jadi penyambut tetamu sambut aku dan anak dara aku. Lanun seperti biasa akan `interprame' kat mana-mana. Dari jauh aku dah kenal Lanun, yang suka berjalan kehulu kehilir macam dalam kelas dulu. Cuma rambut kerinting dia je dah tak ada.

Tengok muka Ali je aku ada cerita. hah...dia ni aku pernah berbual masa aku makan kat situ setahun yang lalu.Kami berbual panjang tentang rumah dan restoren tu. Cuma aku tak kenal dia masa tu. Memang aku tak sangka dia tu ialah Ali Martopo gelaran yang kami bagi pada bekas ketua kelas aku dulu di KLP. kalau tak ada perjumpaan macam ni mungkin sampai sekarang aku tak kenal Ali.

Disatu sudut kelihatan deretan meja dan riuh rendah suara rakan2 berbual dan gelak ketawa. Mata tertumpu pada beberapa wajah yang masih boleh dikenali. Paling jelas yang duduk di meja depan Iskandar yang tak banyak berubah cuma rambut yang dah banyak putih. Ridzuan Raflis pulak banyak juga perubahan, sebab masa aku tinggalkan NST tahun 1994, rambut dia masih lebat lagi, sekarang ni dah nampak jarang2 dan badan sedikit gempal. Apa2 pun senyuman Ridzuan masih maintain dan dia tetap cool macam dulu.

Kemudian aku menuju kearah rakan2 wanita, aku nampak Ana, Rohana budak pandai yang dulunya comel dah tembam, tapi muka tak banyak berubah. Kemudian aku peluk Salamah yang dulunya saiz xs sekarang dah XL, Sharul Bariah masih maintain, Rozie sedikit tembam dari yang aku pernah jumpa setahun lalu. Maznah masih macam tu lagi. Aku juga mendekati seorang demi seorang, akhirnya aku dapat mengingatkan kembali semua rakan2 lama walaupun ada yang dah terpadam memorinya dalam minda aku. Zaidi, Lassie, Danial, Rosman, Su, Laili, Omar dan Rosman.

Aku nampak Su dan suaminya Rasli bersama anak handsomenya berumur 15 tahun. Kemudian aku memulakan tawaf sekeliling meja berjumpa rakan2 lama. Sedang rancak berbual datanglah Din Gajah yang sama2 mengajar di UiTM dan aku ambil kesempatan bagitahu dia yang aku selalu jumpa di di Fakulti Masscomm. Wah...kecil betul dunia ni. Cuma masalahnya aku juga tak kenal dia bekas rakan sekelas. Kemudian Su bagitahu Amatul nak datang jumpa kami. Wah...meriah sungguh rasa malam ni. tak sabar menunggu Mak Datin ni sebab masing2 nak tengok Amatul yang terkini. Sebabnya minah nilah paling glamour masa sekolah dulu. Semua membayangkan Amatul dengan rambut blondnyer. Amatul tiba dengan caranya yang tersendiri, Dia memang tak banyak berubah, masih peramah dan seksi tu tak pernah hilang. Gelak dan senyum dia masih maintain. Rambut...??? Mestilah blond beb...kalau tak itu bukan Amatul lah namanyer...

Malam tu Sanusi pun datang juga, walaupun sekejap saja, tapi cukuplah untuk melepaskan rindu kawan2 lama. Maalumlah pegawai polis ni sentiasa sibuk. Begitu juga Sham walaupun lambat semua rasa happy sebab rakan2 make an effort untuk datang berjumpa kami. Secara keseluruhannya, malam tu memang best dan pastinya selepas ini ada lagi perjumpaan dan carilah kawan lain tu untuk join kita. Mudah2an dapat memperkembangkan lagi networking kita.

Sebelum balik aku teringat pada seorang teman kelas namanya Khairul. Masa tu dia sama2 di Wisma Yakin. Tapi rasanya dia tak sambung di Kampung Baru. Aku dan Su agak rapat dengan dia sebab kami sama2 balik naik bas ke Sungai Way dulu. Masa tu dia di Kampung Medan. So perjalanan kami yang sama membuatkan kami selalu balik bertiga. Dimana dia sekarang ye???

Kepada rakan2 lama yang masih tidak ditemui diharap jika mereka mengetahui tentang blog ini dapatlah kita buat reunion semula. Kepada semua yang hadir pada malam semalam, terima kasih dan semoga ikatan ukhuwah kita terus berpanjangan.

Orang Kuat Alumni KLP 81



Rose dan Mail...khuyuk tengok blog KLP 81. Diaorang ni memang rajin. Ana pun apa kurangnya, begitu berminat melihat blog kita dan memberi idea untuk penambahbaikan blog ini untuk kita semua. Diharap kita dapat upload bermacam2 info dalam blog ni untuk manafaat kita semua. Well done Mail dan Rose.

Amatul... Mak Datin KLP 81



Picture tell a thoundsand story. Sape2 tengok gambar ni dah boleh agak yang mana satu Amatul.Dia ni dari dulu memang terserlah glamournya. Dari sekolah lagi dah blondkan rambutnya. Sampaikan Cikgu Latip tak tahan tengok dia...Sekarang jambul dia masih maintain warna blond lagi...

Kawan2 aku ingatkan budak2 Masscom kat Fakulti aku je yang glamour sampai boleh masuk TV3 dan ASTRO...Amatul ni lebih hebat bayangkan masa sekolah 27 tahun lalu dah glamour, kalah si Nab kawan kelas kita yang jadi artis tu (Zarra ). Macam yang Amatul cakap kat Lanun lah...dia masih macam dulu lagi, rambut maintain blond....dan paling hebat mata dia pun dah biru ni...pakai contact lens lah...erm...kata Amatul dulu mana ada contact Lens...kalau dulu ada contact lens warna warni macam sekarang dah lama dia pakai datang kesekolah. Tentu cikgu Latip pengsan. Hebatlah dia....

Nostaljia Lanun dan Salamah.



Lanun terkesima makan disebelah Salamah. Ehem...ehem...tak marah ker???Apa2 pun kenangan mengusik jiwa betul lah...bila tengok gambar ni. Jangan marah ye Salamah dan Lanun.

Rakan-rakan lama KLP81 yang cukup sporting.







Gambar2 ini merakamkan perjumpaan kami di Restoren Aliza di kampung Baru, Kuala Lumpur pada 9 Januari 2009. Kepada rakan2 lain yang ada gambar kenangan pada malam itu, diharap dapat memuat turunkan (upload) gambar2 berkenaan disini. Semoga dapat berjumpa lagi.

Perjumpaan 9 Januari 2009




Rasanya terubat rindu pada kawan2 lama bila dapat berjumpa buat pertama kalinya di restoren Ali martopo kita ( bekas ketua kelas KLP 81) Ramai dah lain bentuk fizikalnya, ada yang masih boleh dikenali dan ada juga yang dah nampak macam orang asing. Tapi apa pun perangai mereka masih sama. Seronok rasanya bertemu kawan2 lama yang sudah terpisah sejak 26 tahun yang lalu. macam2 cerita yang keluar. Kisah lama menjadi hot topik kami. Buat Sue...terima kasih kerana sudi datang dari Kuantan bertemu kawan2 lama di KL.

Thursday, January 8, 2009

Group picture malam 26th Dec 08

Di Satu Pagi Di Hari Isnin

Aku turun dari bas mini no 10A (warna pink) di Chow Kit Road. Sebelum berjalan, ku lihat dulu kiri dan kanan, manalah tahu kok ada kawan yang boleh jalan bersama. Takde. Takde sorang pun yang aku kenal. Masa tu di Chow Kit takde orang Indonesia dan Bangladesh berkeliaran. Boleh dikatakan semua orang tempatan dan tak sesesak macam sekarang.

Aku berjalan menuju ke sekolah dengan jeans dan baju kemeja putih. Itulah pakaian resmi sebahagian dari kami. Cuma sorang saje (sekarang dah jadi tokeh restoran) yang selalu pakai seluar putih yang design nya sama dengan seluar cikgu Romeo Tak Bertempat.

Sambil menyandang beg yang tak berapa penuh, aku ikut jalan short cut melalui lorong rumah orang. Nanti dulu, bila bercakap tentang beg, ada sorang ni, sungguh berlainan. Baik ke kelas atau pun ke padang bola, dia ni cuma pakai beg plastik je. Dah jadi Majistret pun dia. Sekarang ni macam dia aa...

Sambung balik cerita. Masuk je lorong tu, aku dah nampak bangunan sekolah. Itulah dia Kuala Lumpur Polyscience. Sungguh gah bunyinya. Bangunan empat tingkat. Ada asrama lagi. Ada kantin lagi walaupun cuma 2 meja dan beratapkan plastik yang diikat ke pagar.

Berjalan menyusuri pagar sekolah, zzzzzzzzzzz aah, mengantuk pulak tu. Aku tengok jam, alamak, dah pukul 12.30 mlm. Masuk bilik dulu lah. Nanti kita sambung balik. Tungguuuuu.

Tuesday, January 6, 2009

Danial ,Lanun and Lassie


Begini la rupe nyer Lanun setelah 27 tahun berlalu.... mana pegi rambut kerinting ko dulu Nun?? Danial pulak alahai camera shy la pulak..si Lassie gak la yang maintain. You guys better get the tips from Lassie...

Kushai, Wan and Din Gajah

Ali Martopo dan isteri

Rohana dan 2 anak dara


Kawan-kawan yang nak berbesan dengan Cik Rohana kita, tolong-tolong la isi form. ..Lanun, ko jangan ingat benda lain pulak...

Apa yang tak puas hati Laili and Haslina tuu

4 mak dara...Zie, Anum, Rose and Faridah

Intan Faridah and Kasmawati...maintainnnn

LISTING OF OUR CLASSMATES

So far, this is the list I got from Mail on all the names (in alphabetical order). I'm sure Mail will distribute all phone numbers and email addresses on our next gathering.

1 ABDUL RAHMAN (LANUN)
2 AHMAD DANIAL
3 AHMAD KUSHAIRI M. LOTFI
4 ALI (MARTOPO)
5 AMATUL QAYYUM
6 AZHAR
7 BOONE (ABU BAKAR ISMAIL)
8 INTAN FARIDAH
9 HAMDAN (SKEBE)
10 HARIYATI ARIFFIN (MAK AJI)
11 HASLINA MUNIR
12 HAZIZAN
13 ISKANDAR HUSSIN
14 ISMAIL ABDUL RAHMAN
15 KAMARUZAMAN (KENTAT)
16 KASMAWATI BT MAHUSINI
17 MAHANUM (ANUM)
18 NOOR ADILAH
19 NORLAILY ABD KARIM
20 OMAR AHMAD
21 RIDZUAN RAFFLIS
22 ROD @ MAZLAN ARIFFIN
23 ROSELINA BAHAUDIN
24 ROSMAN MALEK
25 ROSMAN MOHD (LASSIE)
26 ROZIAH (ROZI)
27 SALAMAH AYUB
28 SANUSI
29 SARMAT
30 SHAHARUDDIN BADRUDDIN
31 SHAMSUL KAMAL-
32 SITI ROHANA MOHD THANI
33 SYARUL BARIAH
34 ZAIDI/MAZNAH
35 ZAINAB IBRAHIM

The first get together where it all begins...19/12/08

This is where and when it all started. Perjumpaan mamat-mamat KLP seramai 11 orang kat kedai Ali Martopo.

Perjumpaan 1 (19/12/08)
1. Danial
2. Rahman Lanun
3. Lassie
4. Kamaruzaman aka King Kentat
5. Omar
6. Sham
7. Boone
8. Rod
9. Mail(the organiser)
10. Ali( tuan rumah)

Si Rosman, Danial and Lassie


Ahaks....tersenyum bila melihat kawang-kawang...dari remaja sehingga senja...tapi kena respect si Lassie...ape petua anda??? Sorry Din, ko nampak suku jek...tak patut tul si Mail...and....yang nampak kepala tu...aku gerenti si Wan nyer....tul tak wan. (you owe me an apology mrrrr...)

30/12/2008

Wah, wah....dengar kata ada lagi follow-up meeting on 30th lepas, dengar kata si Salamah Ayob, Adilah and Skebe ade sekali. Yong...aku dengar memang class ko...beriyani ++ lagi...terkebil-kebil tak biji mata si Skebe, Lanun, Rod dan si Mail? Rindu nak jumpa ko la yongg...

Mak Aji terkilan


Haryati Ariffin aka Mak Aji terkilan kerana tak dapat bersama-sama on the 26th December tu. Anyway untuk tatapan umum, Mak Aji hadiahkan gambar-gambar buat tatapan sesiapa yang merindu dengan ucapan....Apamacam...bergetah lagi tak!!.