Saturday, June 12, 2010

Terima Kasih Yang Tidak Terhingga

Salam kawan-kawan...Mak Aji nak ucapkan ribuan terima kasih kerana mak Aji benar2 enjoy main bowlingdan dapat bersama rakan-rakan lain hari ini. Mulanya agak takut kerana sepanjang hayat inilah kali pertama mak aji masuk gelanggang bowling dan baling bola yang berwarna warni tu. Memang agak janggal pada mulanya. Tapi jika ditanya perasaan saya..Ya tentu saja terlalu teruja dan pertama kali membaling bola bowling rasa berat dan macam jakun aje. Mak Aji anak beranak sungguh gembira kerana dapat berjumpa kawan-kawan dan family anda semua.Terima kasih pada Izan dan Mail yang menganjurkan perjumpaan ini. Mak Aji harap ada lagi majlis perjumpaan keluarga seperti ini dimasa akan datang. Semuga silaturrahim antara kita warga KLP akan terus erat dan akrab.

Mak Aji teringat kata-kata Rod waktu berbual dengan anak-anak Mak Aji...beliau berkata kita tak tau lagi perjumpaan seterusnya kita dapat berjumpa atau tidak. Ini kerana usia semakin meningkat dan bila-bila masa kita boleh kembali pada pencipta kita. Rod kata kami ibarat adik beradik yang telah terpisah 30 tahun yang lalu tapi kembali menyambung kasih, itulah keistimewaan kami warga KLP. Apa yang penting kebahagian keluarga dan persahabatan yang akrab dapat melahirkan satu kualiti hidup yang baik dan meniti usia tua dengan tenang.

Kepada rakan2 KLP yang lain yang tidak berkesempatan bersama kami di gelanggang bowling petang tadi, insyaAllah kita akan anjurkan lagi majlis gathering seperti ini bagi terus mengeratkan silaturrahim kita bersama.Bagi yang mungkin ada tersinggung dan pernah berkecil hati dengan rakan2 yang lain, lupakan lah sengketa lama,di perjumpaan lain kali datanglah bawa family anda semua. Bukan mudah mengumpulkan 40 rakan kelas kita sejak berpisah 29 tahun yang lalu. Hargai usaha ini untuk kembali bertemu rakan-rakan lama yang sentiasa ingin tahu mengenai perkembangan anda semua. Salam ukhuwah buat semua.

Lagi Gambar posing Bowling...(Berdua lebih Baik )





Gambar Bowling










Salam kawan-kawan...Mak Aji upload gambar2 bowling tadi....Maaflah kawan2 gambar ni dari kamera Mak Aji...so banyak lah gambar Mak Aji dengan kawan-kawan dan anak2 mak Aji ye...jangan marah ye...