Saturday, January 17, 2009

,RIDZUAN,SALMAH(YONG)LAILY,OMAR











21 comments:

  1. Auntie Laili: Ngantuk aku. Lelaplah kejap
    Auntie Yong : Kutuklah aku tak kisah
    Uncle Wan : Macam mengintel je tu....
    Uncle Omar : Kalau pakai flash pun tak terang jugak.....Kutukan ikhlas dari Upin&Ipin

    ReplyDelete
  2. Hidang makanan atas jambar
    Jambar spesel untuk atuk
    Di atas tebentang gambar
    Apalagi mulalah kutuk.....
    Sila Jawab Upin&Ipin

    ReplyDelete
  3. Laili ni kenapa, nak tido ke?

    Dah banyak gambar salamh aku tengok, tapi mee dia tak abis-abis. Diet kerrrr.

    Ewah, wan62, senyum meleret. Jantan anggun dan dot dot dot.

    Gaya seorang ahli korporat. Sibuk sokmo, bukan kat pejabat tapi padang golf.

    ReplyDelete
  4. Biasanya kalau mata lelap, idung kembang, mesti ada projek toksik ni....KKK

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,
    Disini ingin saya meminjam sedikit masa kawan-kawan semua, untuk sama-sama kita memberikan sedikit ruang dihati menangani masaalah anak-anak se Islam kita di Palestine.Untuk lebih menhayatinya, bayangkanlah photo kepala anak yang terbenam dicelah-celah bangunan yang disiarkan di dada akhbar. AllahuAkbar. Apa kah dosa yang telah dilakukannya. Tetapi Allah lebih menyanginya dan Allah lebih mengetahuinya akan segala kejadian yang terjadi. Sekuat mana kita melaung, sebesar mana pun sepanduk yang kita lambaikan, tak secubit pun dapat mereka dengarkan. Tapi kalau sama-sama kita pulaukan 100% barangan Amerika InshaAllah taklah kita bersetongkol melakukan dosa yang terkutuk yang mereka lakukan. Saya rasa inilah sumbangan yang amat efektif yang termampu kita lakukan. Sekian wassalam.
    Yang Benar,
    Upin&Ipin

    ReplyDelete
  6. Aku fikir kalau nak boikot produk US ni niatnya murni tapi kalau kita tengok empunya franchise produk US ni syarikat2 Malaysia juga dan ade kepunyaan anak-anak Melayu pun. Mungkin kita boleh boikot big ticket items contohnya pesawat2 terbang, kapal2 laut, jentera2 dan juga perkhidmatan advisory dari syarikat2 Solomon Brothers, McKinsey, Boston Consulting dll. Tapi di syarikat2 ini jugak ade warganegara Malaysia yg bekerja di tempat2 ni. Bagaimana pulak dgn syarikat2 US yg melabur dgn mendirikan facility mereka di Penang, di Selangor dan di Pahang? Haruske kita berhenti dan cari kerja yg dipunyai oleh warga Malaysia atau Europe atau Jepun. Mungkin ini pilihannya kalau kita bersungguh nak boikot. Persoalannya sejau mana kesanggupan kita, kemampuan kita utk menggagahi apa yg kita mahu lakukan?

    Apa yg diharapkan ialah kesatuan iman dikalangan negara2 Islam yg bersatu dibawah bendera OIC tapi yg sedihnya pemimpin2 OIC hanya sekadar mengangguk kepala tanda sedar lalu berkata "Oh...I see." Bukan ini yg kita mau. Negara OIC memang kaya dgn minyak tapi kekayaan itu lebih disalurkan utk tujuan kebendaan dan kemegahan.

    Selagi US membelai raja2 dan khalifah2 Arab, selagi US membekalkan kemudahan dan wang ringgit/pinjaman dgn kadar yg rendah, selagi Las Vegas menjadi host yg pemurah kpd raja2 dan pemimpin2 Arab, selagi itulah negara2 OIC terpaksa tunduk hormat kpd US. Yg kuat menentang hanyalah rakyat biasa yg dapat merasakan keperitan hidup dan keseksaan saudara seIslam di tanah Arab.

    Mana yg mampu antara kita, dermalah melalui agensi dan organisasi yg bertangungjawab atau memanjatkan doa ke hadrat Illahi agar diberi kekuatan dan bantuanNya. Produk2 yg kita tau datang terus dari US, kita hindarkanlah jikalau kita mampu.

    Sekian. My 2 cents thought.

    ReplyDelete
  7. Salam
    Isu kekejaman regim yahudi dan penindasannya ke atas warga Palestin akan berpanjangan. Ianya hanya akan tamat apabila bangsa Arab bersatu. Dan apabila itu berlaku - bermakna lenyaplah bangsa yahudi dan bermula lah rentetan Qiamat. Pandangan Kush dan sahabat semuanya ada asasnya. Semua harus faham dan ingat bahawa isu Palestin bukan isu bangsa Arab. Isu Palestin/Gaza adalah isu maruah Islam yang setiap hari kian dicabul, dirobek, dibogelkan dengan bedilan bom regim yahudi dengan disokong marshal dunia amerika syarikat dan sekutunya. Apapun,untuk isu itu cepat tiba kepada noktahnya, adalah amat penting dan utama bagi bangsa Arab itu sendiri bersatu. Kita umat Islam yang lain pula, perlu juga memainkan peranan menyokong dengan berdoa dan boikot. Di sini kita perlu ada kekuatan politik dan semangat untuk menafikan kemenangan mutlak regim yahudi dan sekutunya. Jadi, boikot itu perlu kita lakukan. Mana boleh kita samakan kehilangan nyawa beratus manusia Islam dengan kerugian wang ringgit syarikat tempatan tetapi berkiblatkan Amerika Syarikat dan yahudi. Wassalam

    ReplyDelete
  8. Gua pun ala ingat itu yahudi manyak jahat puya olang. Meleka kasi bom sama itu tempat semayam. Haiya... mana bole ini macam. Gua aaa..manyak susah mau boikot itu balang. Sedala gua jadi tokeh itu lestolan. Gua puya anak sedala ala kilija dekat itu pasalaya. Haiya...manyak susah ooo. Sikalang kilija maaanyak susah mau lapat. Amacam, ala olang mau tolong olang malaysia aaa.

    Gua sendili pun manyak susah. Susah mau lapat itu amoi pipi melah sama itu amoi macam alab.

    ReplyDelete
  9. Baik-baik Auntie Yong, kueh tiaw sup tu panas dan pedas, kalau tumpah ke bawah peeeedas....
    Ipin&Ipin nasihat aje

    ReplyDelete
  10. Upin&Ipin dah 9 hari tak makan Mek Nonai sekarang makan burger ramlee,minum pun air sasparella, Abah pun dah berhenti hisap malbolo, dia cuba sentil tembakau kelantan nak hilang gian, Omak memang dari dulu pakai jenama syura,sebab barang hantaran Abah dulu pun itu jugak. Yang tak dapat elakkan tengok CSI Miami aje dah masuk package astro......

    ReplyDelete
  11. Upin&Ipin baru balik mesjid ada solat hajat untuk sedara adik di Palestin. Adik nangis masa solat sebab imam arab yang baca surah tu pun nangis, abah dan ada atok sebelah dia pun nangis jugak tapi kontrol macho.Lepas tu dia terangkan masalah Gaza,lepas ni adik betul betul taknak makan Mek Nonai lagi,tak tergamak adik.....Yang adik nak tekankan pada Pakcik Makcik cubalah kita berjihad, muhasabah diri, sebagai permulaan memulaukan barangan Amerika ini setakat yang termampu. Banyak pilihan lain lagi. Allahuakbhar sama-samalah kita berjuang demi Islam Subhanallah.

    ReplyDelete
  12. Upin&ipin ni boleh tahan. Mula-mula percakapan macam budak-budak skolah rendah tapi bila part muhasabah diri, bukan main lagi, macam propesor pulak.

    Mula-mula heran jugak dengar nama Mek Nonai. Seingat aku kita takde kawan dari Kelantan. Rupanya McDonald. Alahai, sedap jugak nama Mek Nonai. Aku dah lama tak beli MekNonai ni. Bukan boikot tapi mahal. Anak aku 5 orang. Selalunya order 2 BigMac, 1 McChicken, 2 Cheese Burger campur 5 air, french fries 5, harganya, wow...tak payah cakaplah. Aku dan maknya, cekau jelah bebrapa ulas f/fries & teguk air anak-anak. Kalau ikutkan anak2 mau botak kepala aku. Secara tak langsung aku dah boikot MekNonai.

    Setiap kali lepas sembahyang, doakan juga untuk palestin. Sumbangan yang paling mudah selain jihad.

    ReplyDelete
  13. Bagaimana plak dgn Gahmen kita 3 thn dulu tukar Steyr rifles kpd Colt M4 Carbine buatan US. Pada dasarnye Gahmen kita takkan boikot kerna kita banyak berganting kpd US. US adalah salah satu rakan niaga terbesar Msia. US plak harus menyokong Israel kerna 70% ekonomi US dikuasai oleh Yahudi. mana2 calon presiden US harus mendapat restu dpd kerajaan Zionist kerna tekanan komuniti Yahudi yg menguasai ekonomi US.

    ReplyDelete
  14. Pakcik Kush, Upin&Ipin ceritakan kita, bukan gomen,kalau kita tak mulakan dari rumah sampai bila2 kita setongkol. Kita tanyalah diri kita, selera kita, waimal kalau bukan kita yang mulakan, capa nak mulakan. Omak pun dah tak pergi Tesco, pasar tani aje...Upin&Ipin bagi pandangan aje

    ReplyDelete
  15. Gomen tu talam bermuka-muka. Aku ni tak berapa minat nak bukak cite gomen. Buat sakit ati je. Lebih baik kita bukak cite lain.

    Mari kita bertongkol-tongkol pegi pasar tani. Beli ulam ulaman yang orang kita jual. Bagus untuk kesihatan.

    ReplyDelete
  16. Bagus Uncle Mael, cuba bisikkan nama pompuan yang nak uncle tackle tu. Auntie Shahrul kah? Cikgu adik kah? Pipi Merah tak leh, nanti muka Uncle kok confirm merah di belasah dek laki dia.Bisik-bisik jangan tak bisik, Upin&Ipin sedia membantu, tapi adik tak makan pizza, ada nak baju Ben 10.

    ReplyDelete
  17. Upin&Ipin, bukan tak nak kat Auntie tu, tak boleh. Pakcik dah kawin. Bagi can lah pada yang masih single dan telah single.

    Pipi Merah tu, kalau pakcik nak, dah lama jadi bini pakcik, cuma pakcik takut rambut kaler kuning tu nanti berjangkit kat rambut pakcik.

    Pakcik ni samo laie dongan abah ekau, ado tigo tompek laie, nanti maso jo ni.

    ReplyDelete
  18. Abah kadang-kadang tu ada jugak tersasol pasal hajat dia tu, tapi tak berani, omak garang benar.Topik itu sampai pagar rumah dia tinggalkan kat luar.Cuma kekadang dia siul lagu P.Ramlee,kalau ana kawin tiga.Nampak omak lansung tukar lagu, papa jahat.

    ReplyDelete
  19. Eh heh pakcik Mael pun ada hajat gak nak bukak cawangan.

    Jangan jang! Jangan! Bukan apo, den takuit kok dongar bini ekau kang dipialnyo telingo ekau merah nyalo. Digolar urang Mael telingo merah.

    Pipi Merah dah kuar lum? Mano pulak poienya Pipi Merah ni. Dah berpuloh urang menanyo!

    ReplyDelete
  20. Kalau diikutkan Uncle Maellah paling layak tambah cawangan, sebab dengan prestasi produksi dia sekarang, memang memberansangkan. Tahap pengeluaran makro dan mikronya terserlah....
    Upin&Ipin cadang aje....

    ReplyDelete
  21. Yang Upin nampak Uncle Kush aje yang bertanyakan pipi merah.........................

    ReplyDelete

You are free to comment here...