Thursday, February 26, 2009

Majlis TGG

Sahabat-sahabatku yang dihormati. Majlis TGG akan diadakan seperti berikut:-

Tempat : Saloma Bistro, Jalan Ampang.
Tarikh : Sabtu, 14/03/09.
Masa : 7.00pm - 11.00pm
Makanan : Buffet - continental (macam-macam ada)
Surau : Ada
Parking : Parking percuma (takde masalah)

Majlis kita akan diadakan di tempat yang di khaskan untuk kita-kita sahaja. Pihak penganjur akan membuat persediaan yang terbaik untuk anda semua.

Dengan ini semua yang dah confirm perlu membuat bayaran sebanyak RM60.00 seorang secepat mungkin atau pada 27/02/09 atau selewat-lewatnya jika masa suntuk sangat, pada hari berikutnya. Sila bayar melalui akaun seperti berikut:-

No akaun : 16444100007957
Bank : RHB
Nama : Noor Adilah Binti Hussin
Jenis akaun : Saving


atau

No Akaun : 114011374373
Bank : MBB
Nama : Ismail B. Abdul Rahman
Jenis Akaun : Saving

Sila email atau sms kepada Adila atau Ismail selepas membuat transaksi dan tolong simpan slip bank dan bagi kepada kami untuk bukti pengesahan.

Dalam perkara ini pihak kami sangat mengharapkan kerjasama dari anda. Ini adalah kerana pihak kami telah membuat tempahan dan bayaran deposit telah dibuat oleh Adila untuk majlis tersebut. Yang masih belum confirm dan masih teragak-agak, pihak kami nasihatkan anda supaya membuat bayaran dahulu supaya pihak kami dapat reservekan satu tempat untuk anda.

Pastikan anda melayari halaman ini selalu kerana pihak penganjur akan memberikan latest update, events dan ...... kejutan.

Kami tidak akan membenarkan anda pulang tanpa kenangan.

Pakaian ala P Ramlee & ala Saloma
Surprise!!! Satu hadiah akan diberikan kepada sesiapa yang menggenakan pakaian ala P Ramlee untuk lelaki dan ala Saloma untuk perempuan. Ingat, satu hadiah sahaja untuk lelaki dan satu hadiah sahaja untuk perempuan. Jadi, serikan malam tersebut dengan berpakaian ala P Ramlee atau ala Saloma secantik-cantiknya supaya anda dipilih oleh pihak sponsor sebagai pemenang.


Kami akan sediakan karaoke, jadi sesiapa yang ingin mendendangkan lagu, mulakan latihan dari skarang supaya bila nyanyi nanti, tak lah kena baling dengan telur.

Anda di pelawa untuk mendendangkan lagu dan jika nyanyian anda adalah yang terbaik, anda akan diberikan hadiah. Jika nyanyian anda teruk, out of tune, pitching lari, suara tak sedap dan sebagainya, anda juga akan diberi hadiah setimpal dengan usaha anda. Kami juga akan bagi hadiah untuk outstanding performance, misalnya gaya ada lebih, berani, gila-gila sikit dan lain dari yang lain.

Ada lucky draw. Anda berpeluang pulang dengan hadiah yang disumbangkan oleh rakan-rakan kita. Kita tunggu dan lihat siapa yang dapat.

Kami telah menerima beberapa sumbangan dari rakan-rakan kita yang berupa hampers dan premium items. Dengan ini kami harap anda akan pulang dengan sesuatu yang boleh dijadikan kenangan. Kami akan memastikan semua hadirin akan mendapat sesuatu.