Thursday, March 26, 2009

Gambar TGG 14 Mar










































































Gambar-gambar TGG 14 Mar










Gambar-gambar ihsan dari Lanun dan Shimi.

Monday, March 23, 2009

CADANGAN PENUBUHAN KOPERASI KLP1981

Untuk makluman semua, kami, warga KLP sedang mengusahakan satu project untuk menubuhkan Koperasi KLP1981. Usaha ini diusulkan oleh Hazizan dan kami rasa ia adalah satu usul yang sungguh baik dan berguna kepada kita. Beberapa usulan telah dibincangkan seperti peluang perniagaan, bantuan kewangan untuk pelajaran anak-anak dan kerja-kerja amal dibawah koperasi ini akan diusahakan.
Dengan ini pihak kami akan mengadakan beberapa roadshow untuk menerangkan dan juga untuk mendapat pandangan dan persetujuan semua ahli diikuti dengan satu taklimat yang akan di kendalikan oleh wakil dari Registration of Society (ROS) pada tarikh yang akan diberitahu kelak.
Kami harap akan mendapat kerjasama dari semua agar dapat di perbincangkan dengan lebih lanjut berkenaan project ini . Tarikh yang dicadangkan penubuhan koperasi tersebut ialah pada awal Mei 2009.

Roadshow akan diadakan seperti berikut:-

1st round : 27/03/09 Jumaat 8 mlm, Restoran Rafi Bistro di Section 13 , Shah Alam (dekat Giant)
2nd round : 28/03/09 Sabtu 8 malam, 2-2A Jln UP 1/5, Ukay Perdana (atas peppercorn cafe).
Final round : 30/03/09 Dibatalkan diatas sebab-sebab teknikal, kami akan mengadakannya pada masa yang akan ditentukan nanti.

Sila hubungi Ismail (012-2958985), Adila (016-2850015), Rose (019-3810300) atau Danial (012-3419522) untuk confirm tempat roadshow yang anda ingin hadir.

Confirmation dalam blog juga dikira pass...

Sunday, March 22, 2009

Terima Kasih kawan-kawan.....( Terutamanya Sue, Rozie, Danial dan Lanun)

Aku baru balik dari out station semalam. Beberapa orang kawan2 kita dah cerita pada aku pasal kehebatan malam TGG tu... Aku sempat buka blog terhangat KLP untuk melepas rindu pada kawan-kawan. Wah...hebat sungguh korang malam tu ye...paling aku tak boleh tahan...Su hantar gambar dia dengan jejaka-jejaka hensom KLP.Tahniahlah Su engkau dah berjaya buat aku jelous dan sakit hati sebab tak pergi hari tu...apa2 pun aku gembira jugak sebab kawan2 semua nampak enjoy sakan dan gambar kawan2 lama sempat di tag oleh Danial untuk aku. Thanks Danial...( tak sia-sia engkau pegang bag aku masa kita jadi rockers dulu ye...)Aku tau kau terpaksa pegang bag aku tu...sebab... kalau tak ...dah kena lesing dengan aku...macam yang selalu aku buat kat Lassie.

jugak aku sempat hubungi Rozie yang khabarnya sakit tapi sempat curi masa untuk datang TGG tu...Rozie kau memang hebatlah....tapi rahsia kumpulan rockers berpaling tadah dah pun aku dengar dari engkau semalam. Yalah kau taulah...si Mail, Rod, Danial, Kamarudzaman dan Arwah Hasnan memang baik dengan korang ( Anum, Enab dan kau) tapi entah macam mana aku pulak yang jadi penyanyi kumpulan rockers tu....tentu korang sakit hati tengok gambar tu kan...tak pe...dah 28 tahun berlalu...itu cerita lama. Kita pun dah berdamai...tak guna rebut budak2 rockers hingusan tu Rozie... buang masa kita je masa tu... pasal tu jugak kita semua cari yang luar pagar kan ( maalumlah buah cempedak luar pagarlah...)

Hah...hari ni pulak aku sempat berbual dengan Lanun. Dia ni memang kelakar habis.... banyak sangat cerita dia kat aku...dan yang paling mengelikan hati aku ...bila dia kata ada orang nak pinjam seluar bell bottom aku tu...( seluar tu aku dah antar kat Muzium seni dah) aku gelak terbahak-bahak sampai anak aku ingat Mamanya dah kurang siuman. Lanun...thanks sebab selalu update aku tentang kawan2 kita. Tak lupa...Korang semua ....kawan2 KLP yang lain U all memang best...dalam aku tengah tension pasal kerja, nak mengajar, misi akademik aku, perangai students aku dan masalah di Universiti....korang buat aku release tension habis-habisan. What are friends for....

Wah...aku dengar si Enab pun datang gak ye malam tu ye..( Malam tu aku dengar kau kemain ligat Nab)...Wei...kalau aku ada malam tu boleh pecah Saloma Bistro dengan kombinasi mulut aku dan Si Enab. Si Amatul tu pulak nyanyi dengan sape ye...jejaka skema nampaknya... Si Izan tu kalau tak silap aku penari DBKL yang duduk kat Bandar Tun Razak Cheras tu..kan....erm...aku ingat2 lupalah kat ramai yang Danial tag kan namanya dalam gambar tu....tapi sorang yang aku agak pelik ialah Kamaruzaman KKK yang dulunya rambut kerinting yang bergambar bersama rockers group kami dah menjadi botak...apa dah jadi tu....( lain kali pesan bini kau jangan suka tarik rambut)

Ok lah....thanks pada semua yang dah update aku tentang TGG tu...nanti ada masa aku nak gak jumpa kawan2 untuk sesi teh tarik...( itupun kalau korang buat kat Shah Alam atau PJ le...)Oh...sebelum aku sign off...ada satu yang aku tertinggal...jejaka yang aku cari selama ni ada malam tu...Khairul...pesanan dari aku..." engkau lebih hensem dari zaman sekolah dulu...menyesal aku tak mengurat kau dulu.." hehehehe... chewah...jangan marah ye Sue...Aku tau kau sengaja ambil gambar tu nak buat aku panas hati...tak pe ada ubi ada batas ada hari aku balas balik Sue...TUNGGU...

P/s: Mail...apasal susah sangat ko nak jawab phone tu...engkau takut Along yang call ker??? (Jawab Mail...jawab..)