Thursday, March 19, 2009

Eh...Lanun, buat apa tu.

Tu dia....... Lanun and the girls.
Lanun, ko jual apa tu.

Tuesday, March 17, 2009

Saloma Bistro - sebelum majlis

Gambar-gambar suasana bilik tempat berlangsungnya TGG sebelum dilanyak oleh KLP-ian
Terdapat lebih dari 40 jenis makanan dan minuman.
Kaunter creme of mushroom soup dan sup ayam mamak, satay dan laksa

Barisan desserts.

Set international buffet.



5 meja VIP disediakan.



Monday, March 16, 2009

MAK AJI JGN JELOUS AKU BERGAMBAR DGN LELAKI2 HANDSOME NI....
P.RAMLEE AND SALOMA BERDUET DGN LAGU 'BILA LARUT MALAM'

ABANG AJIS SATTAR BERDUET DGN SAPE TU..SIAP BAGI BUNGA LAGI..LAYANNN



MALAM TGG YANG HANGAT DAN GAMAT

DANIEL NI MABUK AGAKNYA..TU LAH BANYAK SANGAT MAKAN UBAT

MEMORI ITU

MEMORI ITU
(sempena perjumpaan semula KLP 1981 selepas 27 tahun)

memori itu datang lagi
setelah ia ku pendam 27 tahun lalu

malam itu
melihat mu
aku kembali muda
walau cuma di hati

memori itu
manis dan pedih
manis kerana kau yang ku pernah kenali berada di depan ku
pedih kerana aku tahu aku terpaksa meninggalkan kau jua akhirnya

malam itu kau kembali
bukan satu bayangan
jiwa ku bergelora
nafas ku kencang

andai ku tahu begini kuat cengkaman memori itu
pasti tidak akan ku datang
pedihnya amat sangat
sehingga hampir tidak mampu ku tanggung

memori malam 14 Mac 2009
kenangan itu
akan ku simpan bersama
kerinduan ku untuk bersama mu lagi
andainya jodoh kita ada



Wayangsari
Lokasi "Unknown"
16 Mac 2009 @ 1530hrs

Majlis TGG - Terima Kasih


Sesungguhnya malam sabtu lepas dimana berlangsungnya majlis TGG KLP1981 sungguh meriah dan nyata tujuan untuk mengadakan majlis tersebut tercapai.

Pihak penganjur ingin merakamkan ribuan terima kasih diatas sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh anda semua. Lu orang memang rock.

Terima kasih kepada our dinamic lady, Rose dan Adila. Dua orang nilah yang bekerja keras dan mewarnakan majlis tersebut. Juga terima kasih kepada Danial, Sue Kasma dan Ridzuan Rafflis yang membantu menjayakan majlis ini.

Diharap kita akan dapat meneruskan majlis sebegini dan pertemuan-pertemuan santai yang lain yang mana akan mengiratkan sillaturahim diantara kita.

Wassalam.