Friday, February 5, 2010

Knock knock

Knock knock!!!
Who's there?
Me
Me who?
Anna
Anna who?
Anna Al-Friday
Got Something On Tonight
By Anna Al-Friday

Saturday 30th Jan’2010
January 2010 coming to an end . One month older ! “ Well get on your feet , put on that black jubah and off you go for your mengaji” said that second voice in me .

7.20am : ” Assalamualaikum ustazah. Hari ni Anna ngaji awal sikit, pasal nanti ada hal sikit . “ Anna pun startlah ngaji . Kebetulan surah Luqman. Kalau ada ibu mengandung atau nak kelembutan dalam mendidik anak-anak banyakkan lah baca surah ni.
Ref :http://www.missionislam.com/family/adviceluqman.htm
9.00am
: Jubah dah melayang, Anna bersama rakan – rakan half her age at the badminton court. Nak sampai badminton court pun setengah mampus panjat 3 tingkat. Ok main badminton and it went on untill 1.00pm. Depa boleh tanya “ Kakak ok? Nampak penat je” Memang lah dah penat.Dah tua .
1.30pm : “Jom kita main bowling” How to say no. Bukan selalu keluar dengan budak budak ni. Bila nak habis ni… I need to rest . Got something on tonight
2.00pm : Makan Nasi Ayam . They wanted to go to a telecommunication fair but I put my feet down. Sorry not this time . Kena balik .Ada something on malam ni.
3.00pm
: Did my zohor and “ Yash! Wake me up at 4 ok . Mummy dah nak pengsan. All muscles aching from that badminton game”
4.00pm : “ Mummy bangun . Dah pukul 4.00” Aduh macam tak boleh gerak satu badan . Tangan ,kaki semua sakit. “ Yash , give me one more hour ok. I will sure get up . I got something on tonight”
6.00pm : Finally I managed to drag myself out of bed. Turun bawah . Family time. Extra nice to everyone.You know why lah. I got something on tonight. Mata dok tengok jam. Dalam kepala dok plan nak pakai baju apa, nak matching handbag apa, kasut apa?. …………
7.00pm : Cepat-cepat mandi. Orang bang je sembahyang dulu…. . salin baju ,geledah cari handbag. Jangan kasut yang I plan nak pakai nanti putus sudah. Alright everything is fine. My daughter Adriana called ”Mummy, Just be yourself and have fun ok” I will. Dalam kepala otak “ Macam mana rupa kawan –kawan I ni? Macam mana nak face depa ni. I dah tua dah. Sure depa tak kenai I lagi.No conversation for 30yrs?” and my feet are still aching.
8.00pm : “Bye! mummy pergi ye…. Esok mummy bawak Yash gi KLCC tengok Avatar & we go jalan–jalan ok.” Don’t lie! You mothers use the same line with your kids that night right?
8.15pm : At Caltex junction facing Flamingo .Red light-- It striked me how much effort the committee must have done to put this function together. Believe they must have sacrificed hours discussing , preparing and were at the venue since morning . Where was I? Main badminton & having a good long afternoon nap. Sincerely from the bottom of my heart - May Allah bless each and everyone of you always.
8.17pm : Lampu hijau, drove across ,curi jalan no entry, masuk FLAMINGO! On my right, I saw Lanun, Danial & two others (sorry tak kenai) at the entrance. Park at the basement. Walk towards the entrance, bukak pintu “Yes ! all of them are as old.” Ha ha ha Can’t help but to hug my good looking orang kampung, Laily( who fried nasi goreng for me when we were 18)Salamah,Izan etc etc.... who greeted me at the entrance. All the girls have not changed a bit.I am still one of them. The size does not matter. Some turned from an ugly duckling into to a swan, some from a swan into an ostrich . The laugh, the girlish jump, jump, the giggle and the clap clap clap .Semua sama. Nothing have changed but something happened that night - I am 18 again…………………

Tak kenal maka tak cinta
Tak bersua bukan tak sayang

Selamat Pagi Jumaat

Salam semua

Pagi nie wayangsari happy sangat sebab banyak sebab. Gembira bukan sbb malam tadi malam Jumaat,tapi happy sebab dua tiga kawan telefon dan sms pagi pagi lagi. Yang paling wayangsari seronok bila Tuan Azri a.k.a Azri Gombak hantar sms mengingatkan kita agar sentiasa berdoa ke hadrat Allah azzawajalla semoga kita sentiasa di dalam perlindungan-Nya. Amin..terima kasih Tuan Azri. Kau penghibur ku di kala duka..(ehek ehek ehek). Selain tu, masa driving to work tadi, ada seorang lagi sahabat telefon. wayangsari terkejut jugak mendapat panggilan dari dia. Mula-mula wayangsari tak kenal sebab no telefon yg keluar bukan no telefon yg wayangsari "store" bawah nama dia. Untuk pengetahuan semua, teman yang telefon tadi tak dapat hadir pada malam TGG lalu kerana bebanan tugas. Dia tak dapat datang pun bukan sebab anak dia tak bagi datang macam ada kawan kita sorang tu yang kerja kat kawanku. Tak kisahlah...yang penting dia telefon bertanya khabar. wayangsari suka sangat..Yang buat wayangsari terus teruja sehingga sekarang ialah apabila seorang lagi sahabat menelefon. Sahabat yang nie pun best gak...wayangsari tak sabar tunggu dan nak baca posting dia...katanya dia sedang menulis sesuatu...(suspensnya penantian nih!). Tetapi yang membuat wayangsari sungguh gembira kerana Allah s.w.t terus memberi wayangsari peluang untuk hidup..untuk melihat wajah isteri dan melihat wajah anak-anak pagi tadi. wayangsari berdoa semoga wayangsari dapat terus bertahan sehingga wayangsari dapat melihat wajah-wajah mereka yang amat wayangsari cintai dan sayangi malam nanti apabila wayangsari balik dari kerja. wayangsari juga sentiasa berdoa agar semua sahabat wayangsari semoga sentiasa dilindungi dan dipelihara Allah s.w.t. Akhir kalam see you when i see you...xoxo! Wassalam.

p.s. maafkan wayangsari sekiranya wayangsari layan blog nie macam my personal blog. Well, its not. klp1981.blogspot.com belongs to us. But since most of you guys are busy with life allow me to be your "penglipurlara" dan mewarnai blog ini dengan my ramblings! Maaf ye...

Thursday, February 4, 2010

Breakfast with Wayangsari

Two little birds were lucky to have breakfast with wayangsari this morning. Bukan senang wayangsari nak luangkan masa dia layan orang, tambah tambah lagi ketika nie wayangsari sibuk dengan tugasan rasmi. tapi sebab dua omak budak nie nak sangat bersarapan pagi dengan wayangsari..maka wayangsari pun akurlah..maklumlah. Apa yang menarik pada sesi "Sarapan bersama Wayangsari" tadi ialah suara-suara dan nada-nada penyesalan yang dizahirkan kedua wanita tadi kerana tidak mengenali wayangsari secara lebih akrab dolu... ( what can I say its their loss!) Sekarang sume nye dah terlambat (bak kata malek redzuan lah) ... I've moved on. Then suddenly tweet, tweet, tweet, a little yellow bird then came and whispered into my ears that the two ladies actually had to cancel their morning exercise simply because they didn't want to miss the chance to sit with wayangsari. Kesian bila wayangsari dengar duo duo mereko cubo nak tanyo apo rahsio wayangsari maintain awet mudo...dorang heran mcmana rambut wayangsari masih lobat dan hitam; pinggang maintain 31 dan mata torang bondorang. Lalu wayangsari pun cakap (sambil menyantap roti tolor dan nescafe tarek) yang "hati mau baik beb", banyakkan solat dan berdoa, insyaAllah sume ok. btw yang dua ibunda tadi makan tose rawa (?) dengan teh tarek ( den tengok sodap gak..tapi sebab nak maintain pinggang 31, den santap dengan mato ajolah)...dua dua omak kepada enam orang anak tadi pun citer pasal mcmana dorang berjanji...oops citer dah abis...lain kali sambung...

Walimatul Urus

Rozie dan keluarga ingin menjemput warga KLP1981 serta keluarga ke majlis perkahwinan adik lelakinya:-
Mohd Helmi bin Hj Aziz
dgn
Anfarizhani bt Anuar
di alamat:
Lorong Meranti, Kg Padang Lebar,
Rembau, Negeri Sembilan
tarikh:
Ahad, 07/03/2010
aturcara majlis:
Jamuan: 11.00 pg - 4.00 ptg
Bersanding: 1.30 ptg
Bunga telur kami hulurkan, bunga rampai harum mewangi,
kehadiran tuan/puan pasti memeriahkan, hari bersejarah Raja Sehari.

Tuesday, February 2, 2010

Aku Bukan Dia

Aku bukan dia
lelaki yang pernah kau cintai
lelaki yang pernah mencintai mu
aku bukan lelaki itu lagi
dia sudah lama pergi
selamat tinggal sayang
perpisahan ini pasti

(sajak ini ditujukan khas kepada selendang enterprise dgn ucapan jangan dirayu pada yang tak sudi...)

wayangsari
1219hrs
02/02/2010
sri pentas bandar utama

Monday, February 1, 2010

Di Mana Mereka Sekarang...

Saudara Zulkifli Khalid atau "Boy". Jejaka tampan ini (lihat gambar) adalah antara sahabat kita yang boleh dikategorikan di bawah umur kerana dilahir pada tahun 1963. "Boy" yang kita kenali pernah tinggal di Taman Bunga Raya di Hulu Klang. Kegemaran "Boy" ketika di KLP ialah duduk di barisan belakang kelas dan buat lawak "bodoh". Rakan baiknya Abdul Rahman Bahadzar a.k.a "Yoda".
Selepas KLP "Boy" bernasib baik diterima masuk ke Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM mengambil jurusan perniagaan di Fakulti Ekonomi. Lepas "grad" dia kerja kat Moccis Trading jual peti ais dan "washing machine". Dia kerja kat Moccis sampai ke jawatan Asst General Manager sebelum syarikat itu sedar "Boy" cuma makan gaji buta.
Dengan menggunakan alasan Moccis melalui proses "Management Buy Out" "Boy" meninggalkan Moccis dan menjalankan perniagaan herba "Aki"nya. Mengikut kata "Boy" herba "Aki" keluaran syarikat beliau "power". Herba yang dikilangkan di Selayang itu dikatakan berupaya mengurangkan kepekatan darah dan menghindarkan "stroke". "Boy" turut bagi jaminan produknya menggunakan 100 peratus herba -- tiada bahan kimia. Dia kata kalau tak percaya boleh layari laman sesawangnya di http://www.bioaki.weebly.com/.
Bagi mereka yang mungkin tertarik untuk menjadikan"Boy" calon laki harap maaf. Dia dah kahwin. Sorry...
"Boy" kini bergelar usahawan. Sebagai taukeh herba "Boy" bolehlah dianggap pakar dalam permasalah lelaki seperti "erectile dysfunction".
Tunggu profil seterusnya di dalam "Di Mana Mereka Sekarang.." minggu hadapan

Sunday, January 31, 2010

TGG2010 - A Post Mortem Report

Firstly, I would like to congratulate Izan and her motley crew for making the TGG2010 a big success. Kudos to you guys (you know who you are). Izan and the gang have managed to set a new benchmark in the organisation of such an event. It is definitely a hard act to follow (this is not to deny the great work done by the crew who did the first TGG - Mail and your crew, you know I am referring to you). It would be a great if you guys could continue taking the lead in organising this event on an annual basis.



Okay..enough with that. Lets get down to business.



The Post Mortem Report

Organisation

* Organisation was excellent. However...it could have been better if the karaoke songs were pre-selected. The guy handling the songs appeared to be not prepared and slow in finding the songs. And please ban the singing of slow and sad songs! The committee should also consider having a Plan B next if the students' rep like Shaharudin had to abandon the event at the last minute.


* Total participation

The next TGG must encourage the participation of everybody and not just the usual suspects. I was a little bit bored because it is always the same person performing. I hope to see people like Yoda, Zul Boy, Minang, Shahrul Azizan or Sundarwati etc to step up to the plate.


* The selection of winners

Let selected KLPians choose and decide winners the next time. Take for example the choice of the best dressed male. I personally believe Hazizan was the best dressed male that night and if there was an award for best mix-matched dress male then Lanun probably would have been the winner. But he is definitely not the best dressed male last night. (Ridzuan pun nampak anggun malam tu!). As for Nor Laily...she looked glamourous and elegant and she deserved to win.



The running order

There appeared to be some moments of lull in the whole event, especially during the showcase and lucky draw sessions. The pace needs to be faster the next time.


Conclusion:

Congratulations to all for making the TGG2010 a success. Izan and her team could not have done a job so wonderfully enjoyable if you guys -- the KLPians -- decided not to attend.


Thank you.

TGG2010


Cerita Kita
-----------
Teman
Telah ku selongkar laci kenangan kelmarin
Kalut mencari jilid ikatan imbauan silam
Teman
Ingatkah kau zaman itu?
Tatkala perawi ceritera layar perak
Di Odeon dan Cathay
Lebih senang membawa plot fiksyen
Lakonan adiwira khayalan Luke Skywalker dan antagonis Darth Vader
serta Yoda dengan mantra keramatnya
Teman
Itulah zaman kita
Di mana fiksyen lebih gah
Daripada laungan keramat Hulubalang Melayu Jebat dan Bang Tuah
Teman
Itulah juga zaman ku
Di Kuala Lumpur Polysciences
Tempat aku dilahirkan
Bertatih dan merangkak
Teman
Di situ aku pandai berlari
Aku dibesarkan matang
Aku pandai bermain mata
Aku pandai bermain kata
Teman
Kini hampir 29 tahun
Kita bersarak berasing-asingan
Tiba-tiba aku sedar
Kita bukan lagi kanak-kanak
Teman
Sudah adapun yang gugur
Dijemput janji Pencipta
Hasnan, Kamaruzaman, Zainudin, Zulkifly
Al Fatehah untuk kalian
Aku hiba dalam perjalanan menjejaki kalian
Teman
Malam tadi hiba ku terubat
Menatap wajah usang kalian
Ya...
Kita sedikit tua dan rabun barangkali
Terima kasih teman
Kerana menguli dan membentuk ku menjadi manusia
Kamu semua adalah adiwira ku!
Terima kasih KLP
Kerana menemukan aku dengan mereka
Kerana kau silaturahim terjalin
Tanpa perlu facebook, friendster maupun YM
Bersahaya kita bersahabat
Dan di pentas ini
Aku...wayangsari
Menghulur salam
Dan dalam penghuluran salam ini
Satu apologi dari ku
Yang sering dianggap antagonis
Teman
Aku bukan pembawa watak jahat
Seperti satu bayangan fiksyen
Aku cuma si tua
Yang mencari jalan pulang
Tempat ku belajar jatuh
Di mana aku bermain mata dengan si dia...
Wayangsari
26 Jan 2010
2309hrs
Bandar Baru Bangi