Saturday, May 15, 2010

Memang Pak Wan(g) yang dimasukkan ke hospital

Salam semua,

Wayangsari difahamkan memang betul Pak Wan(g) yang dimasukkan ke Wad 4D di sebuah hospital di Kajang tempoh hari. Menurut doktor, wayangsari sah mengidap deman denggi (strong positive) dan juga deman typhoid (weak positive). Kata wayangsari Pak Wan(g) kata deman denggi tu mungkin dia kena ketika bertugas di pejabat awal pagi (shift pagi untuk buletin 12 tengah hari) dan typhoid (kepialu) mungkin kerana minum air berais (kerana tidak dapat disahkan asal usul ais itu -- menurut doktor) Jadi Pak Wan(g) berehat lah semalam dua di hospital. Kos agak lumayan (kos follow-up pun tinggi). Di sini Pak Wan kata dia nak ucapkan terima kasih kepada Kasmawati -- iaitu agen insurans Prudential tu. Pada peringkat awalnya wayangari kata dia tak berapa minat nak ambil medical insurance tetapi setelah bersetuju memilih insurance Kasmawati dia bersyukur kerana kos amatlah tinggi. Pada teman-teman yang belum mempunyai medical insurance Pak Wan(g) kata cepat=cepatlah hubungi Kasmawati. Selain membantu beliau dalam kerjayanya kita juga sekurang-kurang dapat tenang fikiran apabila memikirkan pihak insurance akan menyelesaikan segala kos (memang betul kita kena bayar premium tetapi rasa-rasanya berbaloi apabila kita dimasukkan ke hospital). Jadi segeralah berhubung dengan Kasmawati dan lantiklah beliau sebagai agen insurance anda. Di sini wayangsari juga mewakili Pak Wan mengucapkan terima kasih kepada Kasmawati kerana meyakinkan dia untuk mengambil insurance (ingat - ambil insurance ni bukanlah pulak kita nak menolak takdir atau tidak yakin kepada ketentuan ALlah swt...anggaplah ia sebagai satu usaha kita dalam meneruskan kehidupan).

Sekian. Wassalam

Thursday, May 13, 2010

For Us to Ponder - The Secret of Marriage

This is a very good article. Those who are still single may learn something from here... and those who are already married may take it as a guideline to improve your marriage & relationship ...

DID I MARRY THE RIGHT PERSON?

During one of our seminars, a woman asked a common question. She said, 'How do I know if I married the right person?'
I noticed that there was a large man sitting next to her so I said, 'It depends. Is that your husband?' In all seriousness, she answered 'How do you know?'

Let me answer this question because the chances are good that it's weighing on your mind.

Here's the answer.
EVERY relationship has a cycle. In the beginning, you fell in love with your spouse / partner . You anticipated their call, wanted their touch, and liked their idiosyncrasies (unconventional behavior/habit).

Falling in love with your spouse wasn't hard. In fact, it was a completely natural and spontaneous experience. You didn't have to DO anything. That's why it's called 'falling' in love... Because it's happening TO YOU.

People in love sometimes say, 'I was swept of my feet.' Think about the imagery of that __expression. It implies that you were just standing there; doing nothing, and then something came along and happened TO YOU.

Falling in love is easy. It's a passive and spontaneous experience. But after a few years of marriage, the euphoria (excitement) of love fades. It's the natural cycle of EVERY relationship. Slowly but surely, phone calls become a bother (if they come at all), touch is not always welcome (when it happens), and your spouse's idiosyncrasies, instead of being cute, drive you nuts.

The symptoms of this stage vary with every relationship, but if you think about your marriage, you will notice a dramatic difference between the initial stage when you were in love and a much duller or even angry subsequent stage.

At this point, you and/or your spouse might start asking, 'Did I marry the right person?' And as you and your spouse reflect on the euphoria of the love you once had, you may begin to desire that experience with someone else. This is when marriages breakdown. People blame their spouse for their unhappiness and look outside their marriage for fulfillment.

Extramarital fulfillment comes in all shapes and sizes. Infidelity is the most obvious. But sometimes people turn to work, a hobby, a friendship, excessive TV, or abusive substances.

But the answer to this dilemma does NOT lie outside your marriage. It lies within it. I'm not saying that you couldn't fall in love with someone else.
You could.

And TEMPORARILY you'd feel better. But you'd be in the same situation a few years later. Because (listen carefully to this):

THE KEY TO SUCCEEDING IN MARRIAGE IS NOT FINDING THE RIGHT PERSON; IT'S LEARNING TO LOVE THE PERSON YOU FOUND.
SUSTAINING love is not a passive or spontaneous experience. It'll NEVER just happen to you. You can't 'find' LASTING love. You have to 'make' it day in and day out. That's why we have the __expression 'the labor of love.' Because it takes time, effort, and energy. And most importantly, it takes WISDOM. You have to know WHAT TO DO to make your marriage work.

Make no mistake about it. Love is NOT a mystery. There are specific things you can do (with or without your spouse) to succeed with your marriage.

Just as there are physical laws of the universe (such as gravity), there are also laws for relationships. Just as the right diet and exercise program makes you physically stronger, certain habits in your relationship WILL make your marriage stronger. It's a direct cause and effect. If you know and apply the laws, the results are predictable... you can 'make' love.

Love in marriage is indeed a 'decision'... Not just a feeling.

Remember this always:

'God determines who walks into your life. It is up to you to decide who you let walk away, who you let stay, and who you refuse to let go.'

kelab Eksklusif Warga Emas KLP81



Salam kawan...Mak Aji terpanggil untuk menulis pasal kelab ni...sebab Izan ada sentuh mengenai rumah besar yang dia nak sewa ramai2 kat kita semua kalau anak2 kita tak nak menjaga kita dah tua nanti. Sebenarnya kita ni mampu buat kelab eksklusif kita sendiri....yang ada karaoke ( koleksi lagu lama2 je), spa, jakuzi, kolam renang ( jangan dalam sangat nanti lemas), tempat refleksologi, facial ( nak jugak ker) dan banyak lagi lah...Nanti kalau kita semua dah tua ( 10 tahun lagi), boleh jumpa selalu kat kelab tu...erm...bayangkan Mak Aji dah tua...gigi sume dah tak de...kaki selalu sakit ( sakit lutut Mak Aji ni sekarang)Izan pulak...erm mesti dah tukar fesyen kut...tak pakai baju ketat2 lagi ( cover perut Zan)...agak2 pakai baju apa ye Izan. Su dan Sun dua2 mesti macam Mak Datin Spa Q...( Bayangkan yang lain gak lah...)Rose mesti tambah cun macam Sharifah Aini...

Mail...walaupun dah tua nanti mesti maintain cute (senyuman Mail menawan, patutlah Mala terpikat)...Rod..agaknya macam mana, cuba kawan2 bayangkan. Danial..erm...mamat ni kalau kurus sikit dah tua pasti macho kut... Mak Aji tak berani nak komen yang lain sebab takut kena pancung...nanti ada yang merajuk tak nak masuk blog...ada yang tutup phone dan macam2 lagi...Apa2 pun Mak Aji rindu sangat kat korang sume. What is past is past...walaupun apa pun cabaran dan dugaan yang mendatang...hadapi dengan senyuman...life is short so make it sweet my friends.

Tuesday, May 11, 2010

Menjadi Tua dengan Tenang



Sebahagian daripada penghuni Rumah Orang-orang Tua Al Ikhlas di Puchong Selangor



Bersama salah seorang penghuni Rumah Orang-orang Tua Al Ikhlas di Puchong Mak Som yang lumpuh hampir seluruh badan.



Apa khabar kawan-kawan??? Lama menyepi diharap semuanya sihat dan tenang selalu. Mak Aji sedang bergelut dengan kertas peperiksaan pelajar yang hendak diberi markah. Cuti semester bagi pelajar Mak Aji sudah bermula tapi bagi kami tenaga pengajar ianya bermakna kerja tambahan dan kerahan otak untuk menentukan pencapaian pelajar.

Namun dalam pada kesibukan memberi grade pada pelajar mak Aji terasa rindu pula pada kawan-kawan. Tangan cuba-cuba membuka blog dan ada dua entry baru dari Izan dan Mail yang sememangnya orang kuat KLP sejak setahun lalu untuk menyatukan kita semua. Dah berbulan tak buka blog kerana Mak Aji tahu masing-masing sudah mulai tawar berinteraksi dalam blog. Kenapa dan mengapa hanya kita semua yang tahu jawapannya. walau apapun yang difikirkan, buangkan lah yang keruh ambil yang jernih. Life has to go on dan seperti kata Izan....hidup bukan untuk derita.

Selama hampir beberapa bulan ini Mak Aji sibuk dengan kuliah pelajar dan aktiviti pembelajaran di Universiti. Dikesempatan ini ingin Mak Aji berkongsi pengalaman sewaktu melawat Rumah orang-orang Tua Al Ikhlas di Puchong Selangor yang memberikan kesan dalam hidup Mak Aji.

Melangkah kerumah Orang-orang tua di Puchong membuatkan mak Aji terasa sebak. Bukan kerana keadaan rumah atau kemiskinan mereka tetapi wajah sayu penghuni rumah berkenaan yang menyambut Mak Aji dan pelajar Mak Aji yang membuatkan kami hampir menitiskan air mata. Kami dipeluk dan dicium mesra oleh penghuni rumah berkenaan. Ada yang menitiskan air mata melihat kedatangan kami.

Mak Aji sempat berbual mesra dengan beberapa penghuni disana dan kisah disebalik mereka dihantar kerumah berkenaan amat menyayat hati. Bayangkan ada yang dibuang anak-anak di hospital ada yang sengaja menghantar ibu dan ayah kerumah berkenaan dengan alasan tidak mampu dan tidak ada masa menjaga mereka. dari temubual mak Aji ada ibu dan ayah yang mempunyai ramai anak tapi tak seorang pun yang mahu memjaga mereka. Seorang ibu tua memberitahu Mak Aji, dia sedih bila anaknya menghantar dia kesana kerana semasa mudanya dulu dia membela kedua ibubapanya dengan baik tetapi apabila tiba giliranya menjadi tua dia dihantar kesitu dan ada kalanya anak2 dan cucu tidak datang menjenguknya berbulan-bulan lamanya.

Ah...Mak Aji sungguh tersentuh dan bertanya dimana sifat kemanusiaan dan sifat kasih sayang yang dianugerahkan Allah pada mereka. Tergamak membuang ibu dan ayah yang membesarkan dan menjaga mereka sejak kecil. Betul lah kata pepatah seorang ibu boleh menjaga sepuluh orang anak tetapi seorang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu atau seorang ayah. Mak Aji tahu betapa sukarnya menjaga ibu yang tua lebih-lebih lagi yang sudah sakit dan uzur. Memang bukan mudah, pengalaman menjaga ibu yang sakit dan tua membuatkan Mak Aji amat sensitif dengan apa yang berlaku pada masyarakat kita sekarang ini. Alhamdulillah Allah memberikan Mak Aji kesihatan yang baik dan kerjaya sebagai seorang pendidik yang membolehkan Mak Aji menjaga ibu dan bersama beliau bila-bila masa yang dia perlukan Mak Aji.

Justru, Mak Aji menghitung usia yang bakal menjangkau 50 tahun awal tahun depan.Mak Aji akan masuk golongan tua, usia setengah abad yang Allah kurniakan pada Mak Aji insyaAllah. Ya...kita semua tidak boleh lari dari menjadi tua. Fitrah manusia sudah begitu. Dari muda menjadi tua dari tua menjadi uzur dan akhirnya kita kembali pada pencipta kita. Apa yang Mak Aji mahu ialah melalui zaman tua dengan tenang, bahagia dan tidak mahu bermusuhan dengan sesiapa pun. Buang yang keruh ambil yang jernih, lupakan sengketa lama dan jalani kehidupan ini dengan penuh tabah, positif dan sentiasa tenang mengharungi detik-detik akhir dalam hidup.Semoga kita semua tenang dalam menjalani usia tua kita. Amin.

Monday, May 10, 2010

Apa khabar???

Lama tak dengar cerita, sunyi pulak rasanya.

Sebenarnya banyak cerita tentang kawan-kawan kita ni. Ada yang sedang (tak abis-abis) membina badan. Isk, isk, isk....... besar macamana lagi dia nak badan dia tu. Ada pulak yang control makan, nak maintain badan cam 28 tahun yang lalu laa katakan.

Bab nak maintain badan ni, ada juga kawan-kawan kita yang gi jogging dan buat exercise tiap-tiap pagi. Ambo respect hok ni, semangaq tinggi ni. Tapikan....mula-mula tiap-tiap pagi. Pastu 3 kali seminggu. Pastu pulak, skali sminggu. Udahnya, bagi alasan kasut jogging anak dah bawak melaram.

Bab exercise ni bagus untuk kita tapi bab makanan perlu juga dijaga. Laa ni banyak kes yang masuk hospital disebabkan makanan. Ada kawan kita dah masuk hospital disebabkan makanan. Kalau tak silap, 3-4 hari jugalah dia kena rehat kat dalam wad tu. Alhamdulillah, skarang dia dah sihat. Nasihat dia kat kita semua "berhati-hati bila makan kat luar terutama kat gerai dan restoran yang kotor".

OK lah. Sampai disini dulu. Lain kali kita cerita lagi. Ambo mintak maaf kalau article ni menyinggung perasa'ang anda. Call aku, kita boleh bawak berbincang sambil pekena teh tarik.