Thursday, May 7, 2009

HOLIDAY IN JAKARTA/BANDUNG ANYONE ..??

Tersebutlah alkisah tentang rancangan nak buat rombongan ala ala rombongan Cik Kiah. Cadangan datangnya dari salah seorang sahabat kita jugak. Rombongan ni untuk kita-kita saja, warga KLP dan ahli-ahli yang sewaktu dengannyer. Aku rasa cam best jer...

Tempat yang di cadangkan ialah Jakarta/Bandung atau Jakarta + Bandung. Percutian 5 atau 4 hari dengan agenda melawat tempat-tempat yang menarik di sekitar Jakarta / Bandung dan tempat-tempat membeli belah. Pada yang gila shopping, tempat nie memang shopping paradise laa, tapi pada yang lebih ingin beristirehat boleh la menghabiskan waktu terluang dengan menikmati SPA tradisional jawa ker, menjamu mata saja ker...ikut suka lah.

Ini baru rancangan je. Jadi kepada yang ingin mengikuti rombongan ni atau yang mempunyai cadangan lain yang lebih menarik, sila-silakan lah bagi cadangan, calling calling atau sms atau email kat Mr.Ismail kita seperti biasa, teman yang sentiasa membantu....

Wednesday, May 6, 2009

Kita semua bagaikan Pelangi Petang.....





Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan. Namun percayalah bahawa ketika Allah mengambil sesuatu, Dia telah mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan lepada kita.