Friday, February 5, 2010

Selamat Pagi Jumaat

Salam semua

Pagi nie wayangsari happy sangat sebab banyak sebab. Gembira bukan sbb malam tadi malam Jumaat,tapi happy sebab dua tiga kawan telefon dan sms pagi pagi lagi. Yang paling wayangsari seronok bila Tuan Azri a.k.a Azri Gombak hantar sms mengingatkan kita agar sentiasa berdoa ke hadrat Allah azzawajalla semoga kita sentiasa di dalam perlindungan-Nya. Amin..terima kasih Tuan Azri. Kau penghibur ku di kala duka..(ehek ehek ehek). Selain tu, masa driving to work tadi, ada seorang lagi sahabat telefon. wayangsari terkejut jugak mendapat panggilan dari dia. Mula-mula wayangsari tak kenal sebab no telefon yg keluar bukan no telefon yg wayangsari "store" bawah nama dia. Untuk pengetahuan semua, teman yang telefon tadi tak dapat hadir pada malam TGG lalu kerana bebanan tugas. Dia tak dapat datang pun bukan sebab anak dia tak bagi datang macam ada kawan kita sorang tu yang kerja kat kawanku. Tak kisahlah...yang penting dia telefon bertanya khabar. wayangsari suka sangat..Yang buat wayangsari terus teruja sehingga sekarang ialah apabila seorang lagi sahabat menelefon. Sahabat yang nie pun best gak...wayangsari tak sabar tunggu dan nak baca posting dia...katanya dia sedang menulis sesuatu...(suspensnya penantian nih!). Tetapi yang membuat wayangsari sungguh gembira kerana Allah s.w.t terus memberi wayangsari peluang untuk hidup..untuk melihat wajah isteri dan melihat wajah anak-anak pagi tadi. wayangsari berdoa semoga wayangsari dapat terus bertahan sehingga wayangsari dapat melihat wajah-wajah mereka yang amat wayangsari cintai dan sayangi malam nanti apabila wayangsari balik dari kerja. wayangsari juga sentiasa berdoa agar semua sahabat wayangsari semoga sentiasa dilindungi dan dipelihara Allah s.w.t. Akhir kalam see you when i see you...xoxo! Wassalam.

p.s. maafkan wayangsari sekiranya wayangsari layan blog nie macam my personal blog. Well, its not. klp1981.blogspot.com belongs to us. But since most of you guys are busy with life allow me to be your "penglipurlara" dan mewarnai blog ini dengan my ramblings! Maaf ye...

2 comments:

  1. Terima kasih tak terhingga dari aku atas coretan kau wahai pak wan,keep up the good work.Ada juga ingatan dan hidup juga ruang blog ini untuk dibaca atau dikomen.Satu cara mengeratkan hubungan silaturahim antara kita semua.HIDUP WAYANGSARI.AMIN...

    ReplyDelete
  2. Tak kisah lah Wayangsari. Nak tulis cerita apa pun boleh selagi lembaga penapisan meluluskannya. Lagi bagus kalau cerita yg ditulis tu diahkiri dengan permohonan ma'af. Sejuk sikit hati kawan2 mendengarnya. Kawan2 kita ni ramai yg pemaaf. Maklumlah semua dah jadi org lama.

    ReplyDelete

You are free to comment here...