Sunday, July 24, 2011

Berat Mata memandang Berat Lagi Bahu Yang Memikul

Aku sentiasa mencari wadah untuk aku luahkan perasaan yang adakalanya tidak dapat dikawal. Blog ini adalah satu2nya blog yang jarang dikunjungi, justru aku mengambil keputusan untuk meluahkan sedikit rasa kesedihan yang aku tanggung, supaya dapat mengurangkan rasa tertekan yang amat sangat. Aku tau FB dibaca oleh semua orang. Tapi disini hanya beberapa kawan yang benar2 memahami isi hati aku dan mereka akan dapat mengetahui mengapa aku berubah sikap sejak akhir2 ini.

Sejak emak aku sakit lebih kurang setahun lamanya, aku terpaksa berkorban banyak perkara dalam hidup. Aku ketepikan perasaan, aku ketepikan keinginan dan aku menolak kehidupan yang sememangnya mewarnakan hidup aku. Paling terkini aku bakal mengorbankan kerjaya dan masa depan aku atas nasihat beberapa sanak saudara yang mahukan emak aku sihat. Mungkin benar kata mereka ....aku dah tua,kerjaya pun dah sampai kepenghujung jadi lebih baik jaga mak dengan baik dan berada di sisi mak kerana mak amat memerlukan aku. Kata mereka setidak2nya ada seorang yang perlu berkorban demi mak. Lagipun aku anak perempuan sulung dan mak juga rapat dengan aku. Aku sebenarnya tak kisah sangat untuk berkorban tapi aku jugalah `bread winner of the family' yang menyara keluarga dan mak serta nak menentukan mak dan keluarga aku makan dan ada tempat tinggal yang lebih selesa. Semua orang boleh bercakap tapi kenyataannya belum dapat dipastikan.

Aku tahu kalau aku susah ada yang lebih susah dari aku. Ini semua ujian Allah pada hambanya. Aku terima semua dengan rela, tapi sebagai manusia adakalanya aku perlu juga buat keputusan untuk diri sendiri dan bukan orang lain buat keputusan untuk aku. Dalam mengharungi saat2 sukar ini adakalanya aku sendirian...mungkin tak perlu aku elabotare lebih panjang. Manusia ni tak kira darah daging sendiri mahupun yang pernah berkongsi hidup dengan kita, tidak akan sanggup berhadapan keadaan sukar dengan kita. Ada yang buat tidak kisah ada yang mengatakan itu tanggungjawab aku saja dan macam2 alasan yang diberikan...sebenarnya jika difikirkan bukan lah menjaga mak yang susah tetapi berhadapan dengan manusia seperti itu yang lebih memberi tekanan sehingga aku rasa lebih baik bawa mak aku dalam hutan dan aku tinggal bersama dia sahaja tanpa ada gangguan orang lain. Memang rasa nak bawa mak aku lari dan pergi jauh2...jauh2...sangat....tapi tak tau kat mana....

Mesej Nik kepada aku di FB sebenarnya amat memberi kesedaran dan melegakan perasaan aku dalam kekalutan hidup berhadapan dengan kemelut jiwa dan perasaan.Begitu juga kata2 perangsang dari Izan dan pengalaman Sue yang menjaga emak nya sakit kanser serta neneknya yang sakit tua memberikan aku semangat dan kekuatan. Nik , Sue dan Izan pernah lalui ini semua dan mereka juga ada berkongsi pengalaman bersama aku. Kejayaan mereka melalui semua liku hidup yang penuh berduri dengan kesabaran menjadi inspirasi bagi ku...Alhamdulillah dengan perkongsian ini aku dapat melegakan sedikit perasaan dan sentiasa berfikiran positif bahawa Allah akan memberikan jalan yang mudah bagi aku nanti...Aku bermohon padaNYA supaya aku diberikan kekuatan dan ketabahan yang berlipat ganda. Kerana aku percaya Allah menguji hambanya yang dapat melalui segala ujianNya. Aku minta kawan2 sama2 mendoakan aku dan emak aku agar kami dapat melalui ujian Allah ini dengan tabah. Amin

2 comments:

  1. Salam Pantai-Timur....

    Lama sungguh ambo tak join blog ni sbb asyik melayan fbook je...sorry ye MakAji..Bila aku baca curahan perasaan kau ni aku teramat-amat simpati dan dapat rasa kesusahan yg kau tanggung sekarang tp ialah sepertimana yang kau kata 'berat mata memandang berat lg bahu yg memikul'...menjaga ibu bapa tidak sama seprti kita mnjaga anak,silap bicara dan tindakan kita akan mengguris perasaan mereka dan jika dilayan akan menambahkn dosa pula...sabar ye mak aji kerana Allah lebih mengetahui segala2nya...

    ReplyDelete
  2. MakAji seorang yang sungguh tabah. Sungguh berat apa yg sedang dipikulnya.

    Aku dan isteri telah berkesempatan melawat ibu MakAji sebelum puasa. Walaupun bermacam2 tekanan yg dihadapinya tapi wajah MakAji nampak tenang.

    Dalam bulan yg mulia ini, mari lah kita sama2 mendoakan yg terbaik utk MakAji dan ibunya.

    ReplyDelete

You are free to comment here...