Monday, February 1, 2010

Di Mana Mereka Sekarang...

Saudara Zulkifli Khalid atau "Boy". Jejaka tampan ini (lihat gambar) adalah antara sahabat kita yang boleh dikategorikan di bawah umur kerana dilahir pada tahun 1963. "Boy" yang kita kenali pernah tinggal di Taman Bunga Raya di Hulu Klang. Kegemaran "Boy" ketika di KLP ialah duduk di barisan belakang kelas dan buat lawak "bodoh". Rakan baiknya Abdul Rahman Bahadzar a.k.a "Yoda".
Selepas KLP "Boy" bernasib baik diterima masuk ke Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM mengambil jurusan perniagaan di Fakulti Ekonomi. Lepas "grad" dia kerja kat Moccis Trading jual peti ais dan "washing machine". Dia kerja kat Moccis sampai ke jawatan Asst General Manager sebelum syarikat itu sedar "Boy" cuma makan gaji buta.
Dengan menggunakan alasan Moccis melalui proses "Management Buy Out" "Boy" meninggalkan Moccis dan menjalankan perniagaan herba "Aki"nya. Mengikut kata "Boy" herba "Aki" keluaran syarikat beliau "power". Herba yang dikilangkan di Selayang itu dikatakan berupaya mengurangkan kepekatan darah dan menghindarkan "stroke". "Boy" turut bagi jaminan produknya menggunakan 100 peratus herba -- tiada bahan kimia. Dia kata kalau tak percaya boleh layari laman sesawangnya di http://www.bioaki.weebly.com/.
Bagi mereka yang mungkin tertarik untuk menjadikan"Boy" calon laki harap maaf. Dia dah kahwin. Sorry...
"Boy" kini bergelar usahawan. Sebagai taukeh herba "Boy" bolehlah dianggap pakar dalam permasalah lelaki seperti "erectile dysfunction".
Tunggu profil seterusnya di dalam "Di Mana Mereka Sekarang.." minggu hadapan

4 comments:

  1. Wahai wayangsari mu coret amatlah geli hati den.mu tahu mana yang boy tu? itu lah....Macam ada cuba....je.check fakta dulu takut kena saman juta juta tau

    ReplyDelete
  2. Wah..detail sungguh biodata si Boy ek...kalau aku sah dah aku saman juta-juta...eh, since wayangsari begitu arif tentang product herba aki, ermmm...wayangsari ni pelanggan setia boy ker...

    ReplyDelete
  3. Rahsia Alam... Ada yg tersirat disebalik yang tersurat.

    ReplyDelete
  4. wayangsari kata bukan shj dia dah test dia boleh bagi testimonial lagi...call me for consultations...wink! wink!

    ReplyDelete

You are free to comment here...