Tuesday, February 8, 2011

Se Malam di Kuantan

Aku nak cerita sikit pasal trip aku ke Kuantan. Aku dilahirkan dan dibesarkan di sana. Aku kerap ke sana sebab ia merupakan tempat yang paling aku suka pergi. Lagipun kakak aku tinggal kat sana. Jadi, takde masalah dengan tempat tinggal. Banyak tempat yang menarik kat sana tapi aku suka bawa famili aku ke tempat-tempat yang adventurous sikit seperti Sg Lembing.




Kali ni trip aku lain sikit. Sebab bila sampai di sana, aku telah menalipon rakan kita yang telah menetap di sana, Sue Noraini (kawan baik Mak Aji). Apa lagi, kawan kita ni terus ajak makan malam. Dia suruh bawak famili skali. Katanya dia nak belanja makan lempeng. Aku pun bukan stakat bawak famili je, aku bawak mak aku skali dan kakak aku serta anak kakak aku pun aku ajak sama. Biar terkejut Sue dan Rosli. Satu gerabak aku bawak.



Walaupun malam tu hujan renyai-renyai tapi suasana cukup meriah. Sue dan Rosli datang dengan anak bujang mereka. Lempeng kat sini special dan sedap. Dimakan dengan sardin atau kari daging. Berselera famili aku makan. Terima kasih Sue, terima kasih Rosli.

Kesimpulannya, bercuti-cuti lah di Kuantan. Banyak tempat menarik di sana. Tapi jangan lupa contact rakan kita ni. Rapatkan silaturahim antara kita. Begitu juga kalau ke Alor Star, contact Rod. Dan kalau ke Johor Bahru, contact Azri.

Seperti biasa sebelum balik, aku akan pergi ke tempat nelayan dan kilang keropok, beli keropok lekor yang masih panas. . . .

9 comments:

  1. Assalamualaikum semua khasnya pada Mail and Sue. Terima kasih banyak banyak Mail kerana berkongsi berita melalui bloq ini. Menarik cerita dari Kuantan bersama Sue dan suaminya Rosli.
    Untuk mengukuhkan cerita Mail ini, Rod nak tambah sedikit.
    Sue dan khasnya suaminya ni orangnya baik. Selalu berlapang dada dan mempelawa aku ke Kuantan makan masakan asam pedas masakannya. Suaminya pula sentiasa taat dan kasih pada Sue. Setiap kali Sue datang untuk perjumpaan Klpians...pasti suaminya ada bersama. Rosli (suaminya ini) bagaikan sebahagian dari Klpians pula. Sporting habis.
    Tak hairanlah kalau Mail dan keluarganya dan keluarga kakaknya dilayan sebegitu rupa oleh Sue dan suami di Kuantan. Semoga Allah merahmaati , memberkati serta memurahkan rezeki Sue dan keluarga.Begitu juga kepada sesiapa yang memuiliki sifat sebegitu. Amin.
    (Aku teringin nak sampai ke Kuantan nak makan
    masakan asam pedas masakan Sue.)OK...Over and Out.

    ReplyDelete
  2. Dia ni pun satu lagi. Tempoh hari...masa first time pi rumah Izan, hospitality dari tuan rumah cukup bagus. Suaminya santai aje. Layan kita macam dah kenal 23 tahun. Aku dan Mail dihidang dengan cucoq goreng ikan bilis. Aduuuhhhh!!!!! sedepppnye. Layanan dihotel pun kalah.
    Nie.... dia jemput kita makan lempeng pisang. Lame aku tak makan lempeng pisang. Macam cerita si Tenggang puloq.
    Izan, you set the date nanti bila aku dtg ke KL.Aku nak rasa lempeng kau.
    Over and Out.

    ReplyDelete
  3. Alahai.....sedapnya makan lempeng. Dah lama minah tak makan lempeng. Lain kali kalau ada sape-sape yang nak gi makan lempeng, jangan lupa ajak minah skali yerr. Minah dah mengidam lempeng dah ni...hi hi hik.

    Alahai Mr Rod. Ayat anda tu ada unsur-unsur tak senonoh laaa. Tapi takpe la kan, janji kita hepi.

    Jom....kita gi kuantan ramai-ramai, minah pun dah lama tak gi sana.

    Psssssst....nak bisik-bisik ni. Minah dengar wgc dah bersidang dan dah ada tempat dan tarikh tgg. Kalau sape-sape tau, bagitau la kat minah. Dah tak sabar nih.

    ReplyDelete
  4. Dear NorRehan@Izan...jangan sekadar bicara..ayuh lunaskan...pasti ramai yang mahu datang...pergh!

    ReplyDelete
  5. Oh Se Malam di Kuantan.. Bila pulak nak gi utara? Kali ni Se Petang di Alor Setaq. Rod! Are u ready?

    ReplyDelete
  6. Salam pantai-timur.

    Terimakasih kembali Mail...sekadar lempeng menjamu selera nanti dilain masa pula aku sediakan menu ubi rebus bercicahkan sambal tumis ikan bilis..huh!!! pasti terangkat semua,selera kita ni dh selera org tua,yg penting keikhlasan....

    Ini nak bercerita pula sehari aku dn keluarga di johor...layanan highclass...kawan kita Azri n family sudi melayan kami dgn menyediakan bilik hotel hingga ke restoran masakan kampung org johor dgn lauk tempe yg lazat...thanks azri n his wife

    Rod, aku sentiasa menunggu kedatangan hang ke kuantan...begitu juga dengan rakan2 KLP yg lain,sila-silakanlah ke pantai timur...tp masa Mail datang kuantan baru ni dapur aku sehari tak berasap sbb sibuk dgn gotong-royong membantu majlis kahwin 2 jiran di tempat aku...so aku ajak makan di restoran laaa...sorry ya!

    ReplyDelete
  7. Seronok mendengar perkhabaran dari rakan rakan kita ttg perkara yang boleh mengeratkan lagi perhubungan kita semua. Lempeng ke...ubi kayu rebus ke... masakan kampung ke...whatever...asalkan kita dapat get together. This shows that we are more than long last friends. We are like brothers and sisters. Macam one big family. Bila hangpa nak mai Aloq Setaq?.. Aku nak bagi makan apa haaa???? Ayaiq ketum banyak la! Don't worry. You come first...we think about that later.

    ReplyDelete
  8. Ini cadangan yg baik...ape kata lain kali kita buat 'potluck' gathering . Masing2 blh bawa menu sendiri.

    ReplyDelete
  9. setuju ngan minang,kita buat 'potluck' aku buat laksa perak amacam'

    ReplyDelete

You are free to comment here...