Wednesday, December 15, 2010

Blog Semakin Sepi Dengan Komen dan Tiada Sambutan

Entah apa silap dan dimana salahnya, blog kita sejak kebelakangan ni semakin kurang mendapat sambutan. Mak Aji cuba sedaya upaya menyatukan kawan-kawan dengan menulis email dan melahirkan cetusan perasaan di blog, tapi ternyata sememangnya kurang berkesan. kalau ada yang membalas cuma dua tiga orang sahaja. Itu pun dengan sepatah dua kata yang seakan melepaskan batuk ditangga.

Mak Aji pernah teringat kata-kata Allahyarham kentat atau Kamarudzaman semasa hayatnya yang aktif menulis diblog KLP setahun lalu, katanya beliau agak sedih bila blog tak ada sambutan, akhirnya menyuruh Mak Aji uploadkan lagu2 dan zikir untuk tatapan rakan2...rupa2nya permintaan itu adalah permintaan terakhir beliau sebelum meninggalkan kita buat selamanya. Selepas beliau tiada, blog kembali aktif...tapi dah terlambat kan...sekarang blog kembali kusam dan tidak bermaya...

Kawan2...jika ada yang terkecil hati dan berselisih faham serta mungkin ada sedikit perasaan kurang senang sesama rakan-rakan KLP yang lain...kita maafkan sahaja...kita manusia biasa yang tidak sunyi dari membuat salah dan silap...beri lah kemaafan kepada rakan kerana pada usia kita belum tentu esok masih ada buat kita.

Sama-samalah kita menghargai sebuah persahabatan yang terjalin semula setelah terputus hampir 30 tahun lalu. Hargai masa yang Allah berikan pada kita ketika ini.Mak Aji mohon ampun dan maaf kepada semua rakan-rakan yang mungkin ada tersingung dan berkecil hati dengan mak Aji. Mungkin jika selepas ini blog semakin suram dan tiada sambutan Mak Aji akan menarik diri dari menjadi contributer kepada blog ini. Fikir-fikirkan lah sahabat2 semua....

Salam Ukhuwah buat semua....

15 comments:

  1. Mak Aji,
    Saya setuju dgn Izan. Hujung tahun ramai yg cuti. Mak Aji jgnlah undur diri. Saya ibaratkan Mak Aji sbg tulang belakang blog kita ni. Kalau Mak Aji tak de habislah agaknya blog kita ni.

    Izan, --- jom bangun,,,bangun.

    Mat Kepoh , Lu masih kepoh lagi Kah?

    ReplyDelete
  2. Mak aji, mak aji?jangan hilang brutal. Betul kata izan & sun,ramai yang bercuti.. Jangan merajuk...jika ade kelebihan berilah sumbangan,kita yang kekurangan hanya memerhati dan tetap menanti kedatangan sumbangan idea.so pada rakan rakan yang jom kita hangat kan semula blog ni...tq

    ReplyDelete
  3. Wahai Mak Aji jgn lah merajuk, teruskan coretan anda dalam blog ni...blog ni dah tentu ada pasang surut...

    Yg menjadi hambar kerana yg pertama penulis kita yg aktif seperti arwah Man dah tak de lagi, yg kedua Wayangsari sehingga masa kini masih lagi tak nak menjadi main player, yg ketiga Kushairi juga tidak mau sertai blog ni lagi kerana kommitment kerja dan juga yg lain2 kawan2 kita lebih minat pada Facebook dari Blog ini...tu sebab kita ketandusan...

    Namun sekiranye Mak Aji merajuk, alamatnye kena tutup lah bolg ni!

    ReplyDelete
  4. Mak Aji jangan feeling2. Anna ada.
    Mak aji bila feeling2 buat Anna rasa tua pulak. Kadang2 Anna pun ada jugak rasa macam tu,tapi bila ada gathering semua ok balik. Don't worry I am with KLpians. Just that this month busy with closing etc. Anak2 bercuti,so kurang free sikit sampai Jan'2011. I lov u ......

    ReplyDelete
  5. Asalam..

    Memang betul kemana menghilangnya Sue Kuantan.. Rose.. Mattegak.. meh la panaskan blog kita ni..

    ReplyDelete
  6. Alahai Mak Aji sayang.......

    Maafkan minah yerrr sebab minah jarang masuk blog. Macamanapun minah tetap akan buka blog bila ada kelapangan. Tapi kadang tu minah tak lah komen sebab minah takde idea apa nak komen.

    Ada la minah beborak ngan kawan-kawan kita yang jantan-jantan tu. Dorang kata, dorang tak pandai nak komen-komen ni. Ish...ish...ish, setakat 2-3 kerat takan lah tak pandai. Tapi itu la yang mereka kata.

    Yang pompuan nya pulak, yang nak sangat komen, rabun IT pulak. Yang lain nya malu-malu pulak. Alahai..... camno nak buek.

    ReplyDelete
  7. SALAM PANTAI-TIMUR...

    Salam semua TEMAN2,ohhh abg KARL jentik nama ambo ye...mu rindu ke ambo ke???nape mu dok datang masa lunch kat 'nelayan' hari tu?ambo tunggu jgo mu mcm menunggu buah tak gugur2 weeeaaa...

    Buat MAK AJI, Jangen la dok bersedih pasal blog yg kesepian ni...nak bwt macam mana kita tak boleh paksa orang lain ikut cara kita...ikut masing2 lah dan jgn lh dok bersedih ye...betul kata Abe Nik tu hilang 'kebrutalan' mak aji bila merajuk2 ni...WELCOME ABE NIK...nape menyamar panggil 'POK2' ni..kan manis lg panggil ABE NIK....

    ReplyDelete
  8. EEEHHHHHH!!!....MAT TEGAK MANA YE...jange nok merajuk,memang mu doh tuooo...

    ReplyDelete
  9. Sepi di blog tetapi sentiasa di hati.

    Sepi bukan bermakna kita tidak ingat kat kawan-kawan. Mungkin sepi yang akan mengeratkan silaturahim kita. Dan sepi lah yang akan menemukan kita di antara satu sama lain.

    Siapa sepi......entahlah, ambo tak tau.

    ReplyDelete
  10. apasal lak emo minah penulis ni...hello....lu tak dak orang lain ramai lah...tarak rugi ooooo...hehehehehe

    ReplyDelete
  11. ikut demo lah,sue.den tak kisah,asal sodap di hati ,sodap di tligo.guna pakai lah.
    TQ mr. Dan
    i... Kesilapan yang diperbetulkan.

    ReplyDelete
  12. Salam buat Mak Aji and rakan rakan KLPians. Semua jawapan di atas adalah betul. Bukankah setiap kali kita berkumpul, walaupun noticenya cuma gitu gitu aje namun kehadirannya amat menggalakkan. The last we had was at Kafe Mak Leha di Setapat@ Segambut.(Aku tak rtahu sangat tempat tu. Aku ikut Mail) It was a successful gathering. Ramai yang dtg. Muka muka baru pun dtg. Tak payah nak set tempat tempat yang exclusive. Yang geng gadis perempuan datang berpakaian jubah pulak tu. Cantik cantik belako. Am (Amatulllllll) walaupun tak berjubah lagi mengacammmmm. Lanun simple as he is...tetap mengancam dengan caranya. Enab dari bertudung lingkup pada awalnya sehingga buka tudung tetap bersaing memberi ancaman. Mereka ini semua patut di masukkan bawah kawalan ISA. Akta Keselamatan Dalam Negeri.
    So Mak Aji. You don't wori wori lah ttg kedinginan bloq kita. Dingin sebab mereka sedang cari yang panasssssss!!!!!
    Over and out.

    ReplyDelete
  13. Alahai Sue, apasal pulak yang tegak2 je Sue cari. Yang lentok ni camana......hi hi hik.

    ReplyDelete
  14. Alahai Mr Rod. Memang cantik2 dan masih mengancam lagi minah2 klp, termasuk lah minah ni...hi hi hik.

    Minah sangat setuju dengan rod. Memang minah2 ni outstanding, minah yang gebu gebuan ni pun kalah.

    Apa apa pun, mat2 klp pun apa kurangnya....kan kan kan.

    ReplyDelete
  15. Hai MINAH RONGGENG....Ambo raso MATTEGAK ni dah kendor laaaa...sbb tu dio dok senyap je...hi hi hikkk...

    ReplyDelete

You are free to comment here...