Monday, January 25, 2010

Jom pergi TGG

Jom ramai-ramai kita pergi ke Majlis TGG di Flamingo Hotel pada hari Sabtu ni. Dengar cerita, Iron Lady kita berusaha untuk menjadikan majlis kali ni meriah dengan suasana yang sungguh glamour. Berbagai acara telah disediakan dan banyak hadiah untuk lucky draw dan sebagainya. Pastu siap ada rehearsal lagi, sure gah nieee.

Camera man akan disediakan. Dia akan ambik gambar untuk keseluruhan majlis, dari masa kita berjalan masuk sampai habis majlis. So, minah-minah KLP jangan lupa datang dengan bling-bling dan mamat-mamat KLP jangan lupa datang dengan penuh bergaya.

Tolong datang awal, pukul 7.30 sebab banyak acara ni. Bilik solat di sediakan.

Apa lagi......jom kita pergi walau seribu rintangan yang ada.




Tengok 3 orang mat hensem ni. Dah siap sedia dengan baju glamour nak pergi ke Flamingo Hotel. Diorang ni dah tak sabar dah walaupun terpaksa naik basikal je (agaknya bini diorang sorok kunci kereta kot). Mereka ada pesan, kalau sesiapa nak tumpang, boleh, tapi ada syaratnya.

Kepada Danial, Pak Wan dan Mail, berhati-hati dijalanraya. Biar lambat asalkan selamat.

6 comments:

  1. Mail...susahnya nak masok blog ni. Apa dah jadi?
    Agaknya disebabkan u, 3 org Mat Hansem ni tak?
    Hai dah lama ke tak naik basikal. Kekok benor nampaknya!

    Mail.... jgn pelawa org tumpang nanti pancit tayar!

    ReplyDelete
  2. Sun, u pun bole naik basikal juge...umur2 kita org dah nak masuk 50 ni selalu la eksesais...nak jaga kesihatan, badan dan bermacam2 lagi...

    Wan, ko nanti hari Sabtu lepas subuh bole la mula kayuh dari Bangi supaya sampai in time for TGG...

    Mail dia no problem pasal potongan badan dia masih nampak mcm pelumba basikal...banyak tenaga tuuuu...

    Aku pulak lepas maghrib malam Jumaat tu aku mula kayuh...sape nak tumpang aku no problem pasal basikal aku pakai tayar mati tak perlu angin.

    ReplyDelete
  3. Kha kha kha.....gua no problem dengan transport. Bini gua tak penah sorok kunci kereta gua. Gua kesianlah kat member2 gua yang ada masalah nak keluar rumah. Tapi nak kesian buat apa. Diorang yang pilih camtu. Lu pikir lah sendiri.

    Gua bukan cakap pasal 3 orang ni. Gua tau diorang ni takde masalah keluar malam. Lebih kurang macam gua jugak lah, malam jadi musang.

    Sun, lu mau tumpang, lu cakap saje lah. Buat apa lu malu.

    Allo Mail, lu ada basikal lebih tak?

    ReplyDelete
  4. Alahai.... naik basikal, seronoknya. Tapi minah tak boleh tumpang lah sebab minah dah buat arrangement lain. Lagipun tempat tu takde masalah untuk minah pegi.

    Ada lagi sebab ngape minah tak boleh tumpang basikal ni. Sebabnya ialah nanti rosaklah rambut yang minah dah set ni. Baju minah yang lip-lap pun rosak nanti.

    Sebab yang utama ialah nanti ada orang jealous, betul tak Yong, betul tak Rose. Maklumlah minah ni kan glamour, minah tak nak jadi isu pulak.

    Apa apa pun jumpa disana yerrrrrr. Saksikan minah dengan baju lap lip lap lip.....hi hi hi.

    ReplyDelete

You are free to comment here...