Thursday, January 8, 2009

Di Satu Pagi Di Hari Isnin

Aku turun dari bas mini no 10A (warna pink) di Chow Kit Road. Sebelum berjalan, ku lihat dulu kiri dan kanan, manalah tahu kok ada kawan yang boleh jalan bersama. Takde. Takde sorang pun yang aku kenal. Masa tu di Chow Kit takde orang Indonesia dan Bangladesh berkeliaran. Boleh dikatakan semua orang tempatan dan tak sesesak macam sekarang.

Aku berjalan menuju ke sekolah dengan jeans dan baju kemeja putih. Itulah pakaian resmi sebahagian dari kami. Cuma sorang saje (sekarang dah jadi tokeh restoran) yang selalu pakai seluar putih yang design nya sama dengan seluar cikgu Romeo Tak Bertempat.

Sambil menyandang beg yang tak berapa penuh, aku ikut jalan short cut melalui lorong rumah orang. Nanti dulu, bila bercakap tentang beg, ada sorang ni, sungguh berlainan. Baik ke kelas atau pun ke padang bola, dia ni cuma pakai beg plastik je. Dah jadi Majistret pun dia. Sekarang ni macam dia aa...

Sambung balik cerita. Masuk je lorong tu, aku dah nampak bangunan sekolah. Itulah dia Kuala Lumpur Polyscience. Sungguh gah bunyinya. Bangunan empat tingkat. Ada asrama lagi. Ada kantin lagi walaupun cuma 2 meja dan beratapkan plastik yang diikat ke pagar.

Berjalan menyusuri pagar sekolah, zzzzzzzzzzz aah, mengantuk pulak tu. Aku tengok jam, alamak, dah pukul 12.30 mlm. Masuk bilik dulu lah. Nanti kita sambung balik. Tungguuuuu.

2 comments:

  1. Apabila membaca catatan ni, memang teringat suka duka bersekolah di situ. Mana tak, kawan2 lain sambung study di ITM, aku tersangkut di KLP. Tapi ade gak orang yg KAGUM dengar apabila aku sebut KLP tu Kuala Lumpur Polyscience. "Wah..terre ko belajar sains1". Terkembang sedikit tapi aku tahan supaya tak kembang sangat takut seluar terkoyak. Tapi di situ aku dapat jumpa dengan character2 yg menghiburkan sbg kawan. Dah bertahun2 tak jumpa, la ni baru dapat jumpa balik. Thanks again to efforts made by Mail, Rose and company. Ade banyak cerita yang aku sendiri tak tau masa tu. Di pertemuan camni la citer2 lucu akan timbul balik. Pelopor blog ni pastinya ade banyak citer nak dihebahkan. Diharap jugak kengkawan lain pun turut sama dlm celoteh ni. OK?

    ReplyDelete
  2. Masihkah kau ingat kita berjalan menuju ke KLP berseorangan,berdua,bertiga,berkumpulan dan ada juga yang datang berteman!Datangnya dari Setaman,sesekoah dan ada juga sebas mini mahu pun besar.Masih aku ingat kita berjalan tunduk dengan perasaan malu dan rendah diri akibat kegagalan lampau menjawab soalan MCE dengan kurang tepat dan BM 7(ini kerana ramai yang sedewan semasa mengambil JULAI paper).Tetapi kini kita berjalan megah bukannya sombong dan berbangga diri tetapi merasakan kejayaan mendapat pendidikan di KLP.TERIMA KASIH WAHAI CIKGU-CIKGU DI KLP.Diantaranya CIKGU ANUAR,CIKGU LATIF,CIKGU SAMAD,CIKGU NIK dan TERUTAMANYA DATO IBRAHIM ALI ( MAAF nama lain tak ingat akibat terminum air bersemut dan terlebih makan asam). Assalam....mualaikum.

    ReplyDelete

You are free to comment here...