Saturday, January 10, 2009

28 tahun kemudiaan......

Panggilan telefon dari Mail pada 26 Dec 2008 aku rasakan bagaikan sebuah mimpi. Tak percaya pun ada, macam mana Mail boleh dapat hubungi aku dan masih mengenali aku lagi. Rentetan dari panggilan telefon itu aku dapat bertemu dengan ramai kawan2 lama di KLP dulu. Bagaimanapun aku sedikit terkilan kerana pertemuan pertama mereka pada 26 Dec lalu tak dapat aku hadiri sebab masa tu aku berada di Batu Pahat mengantar anak ke UTHM.

Seminggu kemudian aku mendapat panggilan telefon dari Lanun dan email daripada beberapa rakan lama KLP yang sudah lama terputus hubungan. Aku juga menghubungi Rohana, Amatul dan Su. Selain itu aku juga cuba hubungi Din Gajah, Danial, Mail dan Lassie melalui SMS. Terasa aku kembali muda apabila dapat berbual dengan dengan rakan2 KLP melalui telefon. Suara mereka masih seperti dulu dengan intonansi dan gurauan yang tidak banyak berbeza 28 tahun yang lalu.

Rindu semakin membuak untuk bertemu rakan2 lama. Aku mengusulkan pada Danial dan Mail untuk organise pertemuan kedua, kerana aku begitu terkilan tidak dapat jumpa mereka semua pada pertemuan pertama di Restoren Aliza 26 Dec tu.

Dua hari lepas aku dapat berbual dengan Su di Kuantan, dia kata Lanun ajak jumpa kat restoren Ali di kampung Baru. Aku begitu teruja sekali. Memang nak sangat2 jumpa kawan2 lama ni. Tak tidur malam aku dibuatnya. Sebelum tu aku sempat telefon Amatul kami berbual biasa-biasa saja. Tiba2 Su bagitahu gathering di kampung Baru confirm pada hari Jumaat jam 8.30 malam di restoren Ali ( Bekas ketua darjah kita dulu)dan dia akan datang dari Kuantan untuk jumpa kawan2 lama.Aku terlalu excited hari Jumaat tu. Masa mengajar, aku tak dapat concentrate sangat. Rasa nak cepat2 habiskan kelas. Tapi aku control keterujaan aku tu, depan students. Aku mengajar macam biasa dan tepat jam 6 petang aku tamatkan kelas dan bergegas balik ke rumah.

Lepas solat Maghrib aku ajak anak kedua ku Ayu untuk menemani aku ke Kampung Baru. Ayu memandu kereta aku pulak sibuk menalipon dan menghantar sms pada rakan2 yang akan turut serta malam tu. Ayu cakap Mama nampak suka sangat dan mengelabah. Aku kata memanglah terlalu suka ni sebab Mama dah tak jumpa kawan2 tu 28 tahun. Ayu gelak aje lihat telatah aku dalam kereta. Telefon sana, telefon sini, hantar mesej jawab mesej.

Tiba di Kampung Baru, parking tak ada. Aku mengambil masa kira2 setengah jam berlegar2 kat kawasan kampung Baru tu. Akhirnya atas saranan Mail aku parking kat depan pintu gerbang yang kena bayar RM3 tu...selamat dan sampai gak aku kedestinasi.

Melangkah ke restoren Ali, aku dah nampak Mail yang cute mute tu...Ali pun sempat gak jadi penyambut tetamu sambut aku dan anak dara aku. Lanun seperti biasa akan `interprame' kat mana-mana. Dari jauh aku dah kenal Lanun, yang suka berjalan kehulu kehilir macam dalam kelas dulu. Cuma rambut kerinting dia je dah tak ada.

Tengok muka Ali je aku ada cerita. hah...dia ni aku pernah berbual masa aku makan kat situ setahun yang lalu.Kami berbual panjang tentang rumah dan restoren tu. Cuma aku tak kenal dia masa tu. Memang aku tak sangka dia tu ialah Ali Martopo gelaran yang kami bagi pada bekas ketua kelas aku dulu di KLP. kalau tak ada perjumpaan macam ni mungkin sampai sekarang aku tak kenal Ali.

Disatu sudut kelihatan deretan meja dan riuh rendah suara rakan2 berbual dan gelak ketawa. Mata tertumpu pada beberapa wajah yang masih boleh dikenali. Paling jelas yang duduk di meja depan Iskandar yang tak banyak berubah cuma rambut yang dah banyak putih. Ridzuan Raflis pulak banyak juga perubahan, sebab masa aku tinggalkan NST tahun 1994, rambut dia masih lebat lagi, sekarang ni dah nampak jarang2 dan badan sedikit gempal. Apa2 pun senyuman Ridzuan masih maintain dan dia tetap cool macam dulu.

Kemudian aku menuju kearah rakan2 wanita, aku nampak Ana, Rohana budak pandai yang dulunya comel dah tembam, tapi muka tak banyak berubah. Kemudian aku peluk Salamah yang dulunya saiz xs sekarang dah XL, Sharul Bariah masih maintain, Rozie sedikit tembam dari yang aku pernah jumpa setahun lalu. Maznah masih macam tu lagi. Aku juga mendekati seorang demi seorang, akhirnya aku dapat mengingatkan kembali semua rakan2 lama walaupun ada yang dah terpadam memorinya dalam minda aku. Zaidi, Lassie, Danial, Rosman, Su, Laili, Omar dan Rosman.

Aku nampak Su dan suaminya Rasli bersama anak handsomenya berumur 15 tahun. Kemudian aku memulakan tawaf sekeliling meja berjumpa rakan2 lama. Sedang rancak berbual datanglah Din Gajah yang sama2 mengajar di UiTM dan aku ambil kesempatan bagitahu dia yang aku selalu jumpa di di Fakulti Masscomm. Wah...kecil betul dunia ni. Cuma masalahnya aku juga tak kenal dia bekas rakan sekelas. Kemudian Su bagitahu Amatul nak datang jumpa kami. Wah...meriah sungguh rasa malam ni. tak sabar menunggu Mak Datin ni sebab masing2 nak tengok Amatul yang terkini. Sebabnya minah nilah paling glamour masa sekolah dulu. Semua membayangkan Amatul dengan rambut blondnyer. Amatul tiba dengan caranya yang tersendiri, Dia memang tak banyak berubah, masih peramah dan seksi tu tak pernah hilang. Gelak dan senyum dia masih maintain. Rambut...??? Mestilah blond beb...kalau tak itu bukan Amatul lah namanyer...

Malam tu Sanusi pun datang juga, walaupun sekejap saja, tapi cukuplah untuk melepaskan rindu kawan2 lama. Maalumlah pegawai polis ni sentiasa sibuk. Begitu juga Sham walaupun lambat semua rasa happy sebab rakan2 make an effort untuk datang berjumpa kami. Secara keseluruhannya, malam tu memang best dan pastinya selepas ini ada lagi perjumpaan dan carilah kawan lain tu untuk join kita. Mudah2an dapat memperkembangkan lagi networking kita.

Sebelum balik aku teringat pada seorang teman kelas namanya Khairul. Masa tu dia sama2 di Wisma Yakin. Tapi rasanya dia tak sambung di Kampung Baru. Aku dan Su agak rapat dengan dia sebab kami sama2 balik naik bas ke Sungai Way dulu. Masa tu dia di Kampung Medan. So perjalanan kami yang sama membuatkan kami selalu balik bertiga. Dimana dia sekarang ye???

Kepada rakan2 lama yang masih tidak ditemui diharap jika mereka mengetahui tentang blog ini dapatlah kita buat reunion semula. Kepada semua yang hadir pada malam semalam, terima kasih dan semoga ikatan ukhuwah kita terus berpanjangan.

6 comments:

  1. Pandai mama mascomm ni bercerita. Sedap plak bila baca. Orang masscom la katakan. Malam tu sukar plak rasa nak datang sbb company ade buat event yg aku sendiri pun tak hadir sbb kepenatan yg teramatla sgt. Di siang harinya mengabiskan jadual/agenda utk haritu sampai 3 urusan di 3 tmpt yg berlainan. Pas solat maghrib, duduk sekejap di sofa. Tau2 dah lena hingga kol dari Iskandar pun missed. Tu pun my youngets daughter yg kejutkan sbb lama sgt lentuk di sofa. Bukan ape, orang rumah takut air liuh minitis di sofa (kah, kah, kah). Bila umur dah nak masuk 37 (+10) ni, badan cepat letih bai. Minum nescafe ginseng campur tongkat ali pun tahan kejap aje, sejam kemudian dah ngantuk balik. tu la dia serba skit coretan sebab musabab tak datang. I really missed it la.

    ReplyDelete
  2. Salam Mama Masscomm
    Terima kasih kerana coretan yang penuh nostalgik anda. Rasanya kelompok manusia ini perlu dikekalkan dan jangan diputuskan lagi silaturrahim antara kita. Mengenai Khairul tu, ya, saya masih ingat pada wajah beliau, cuma tak tau di mana dia berada sekarang - Wan62 (Registered Trademark)

    ReplyDelete
  3. Alamak Kush baru 30 + 17 dah nak kena pakai "booster" awat...dulu hang banyak pakai tangan ka?

    ReplyDelete
  4. "Booster" tak pakai la bai. Apa guna ade tenaga semulajadi ;)

    ReplyDelete
  5. Si Khairul kalau tak silap ada di salah sebuah jbt kerajaan di negri sembilan. jabatan pengairan atau galian antara dua ini.

    ReplyDelete
  6. Inilah jawapan betapa sentimental dan nostalgic nya KLP80/81, everybody shared the same feeling...syabaas betha he.... my heart and soul are with you all.......KKK

    ReplyDelete

You are free to comment here...