Wednesday, October 7, 2009

Hari Raya Gathering (HRG)


HRG KLP 2009 akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 17/10/2009 (hari Sabtu)
Masa : 1.30 - 5.00 petang
Tempat : AU5C/3 Lembah Keramat, Kuala Lumpur.
Semua warga KLP dan keluarga dijemput hadir.

Cara pot-luck (semua kena bawa makanan) akan diadakan. Menu akan disenaraikan nanti.

[Up-date 08/10/09 - Tak jadi dah cara pot-luck. Kita catering je. Jadi disini kami mengharapkan sumbangan dari anda semua. Hulurlah berapa saje....lebih banyak lebih baik. Kalau ada yang lebih akan di carry forwardkan ke majlis lain. Semua sumbangan boleh dibuat mulai sekarang. Masukkan je kedalam akaun Ismail (Maybank 114011374373). Lepas tu jangan lupa inform Mail, kalau tak dia belanja duit tu, abis kita.]

Up-date 13/10/09 - Pihak kami telah menyediakan menu yang istimewa untuk majlis ini yang akan disediakan oleh Chef Yong. Walaubagaimanapun, sesiapa yang telah berhajat untuk membawa makanan, tak cukup tapak tangan dulang kami tadahkan. Kuih raya pun boleh bawak, at least clear skit kuih yang masih bertimbun kat rumah tu. Kalau ada yang nak bawak cheese cake atau caramel, best jugak kan . . . . . . . . . . ummmmmph, sedapnya!

Pihak kami mengalu-alukan kerjasama anda semua. Kalau nak menyumbang tenaga atau idea atau apa-apa sahaja, call atau email Ismail, Rose atau Izan. Kami pun tengah cari sponsor ni untuk canopy, meja, kerusi dan lain-lain keperluan.

Sila sahkan penyertaan anda kepada Ismail Abdul Rahman (012-2958985) pada atau sebelum 10/10/2009.

8 comments:

  1. Just to inform, setelah berbincang dengan ana, yong and izan, senang lagi kalau kita guna kan catering si yong, the main dish will be prepared by yong like nasi, lemang and satay, the side dishes such as deserts and kueh2 or kalau ade signature dishes from anyone boleh la bawak, lebih sikit pahala. As for the funds, we decided not to fix the sum to be paid but contribution secara sukarela, any extra funds will be carried forward to the next gathering....I'll be calling some of you....like...nowwwww....

    ReplyDelete
  2. Salam Aidilfitri semua.

    Blog KLP semakin sepi selepas ketiadaan Allahyarham Kentat. Al-fatihah buat arwah.

    Marilah kita semarakkan semula Blog kita nie...harapan Wayangsari dapat beraksi kembali.

    Jumpa nanti di perjumpaan Aidilfitri... terima kasih Laili kerana sudi menjadi tuan rumah.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  3. Alahai......ada gathering raya lah. Seronoknya.

    Tima kasih lah pada yg sudi buat benda2 nih dan tima kasih gak pada Laily, yang sudi jadi host.

    Dengar citer, Kak Yong kita nak masak sedap2. Terliur dah ni. Tak dapat nak Minah bayangkan kawan2 kita makan sampai senak perut. Pasni ramai lah yang kena gi jogging.

    Minah dengar, ramai dah kawan2 kita yang dah ari2 gi jogging, terutama yang duk kat Ampang tu. Bagus lah kalau gitu, jogging ni bukannya utk kuruskan badan tapi utk kesihatan gak. Yang nak start jogging pun ada jugak, tapi sampai la ni takde gaya pun.

    Minah jogging dalam rumah jer.

    ReplyDelete
  4. Minta sokongan dan cooperation from semua kekawan supaya merealisasikan hari raya gathering kita pada kali ini...weihhh...tak de ker yang sudi nak jadi committee hrg nie...?? Aku lepas nie nak pencen sebab korang semua lembabbbbb...(aku gak yang masih terasa muda...haha)
    Eh...kenapa bila cakap bab jogging, tetiba aku terasa...ermmm..

    ReplyDelete
  5. Alahai sedapnya cheese cake. Pandai Mail pilih. Minah pun suka makan cheese cake terutama yang gebu2 tu.

    Sebut pasal gebu ni, haaaa....yg gebu2 lah yg duk ari2 gi jogging. Tapi bila dah banyak berjogging, hilang lah gebu tu kan. Wahai saudara gebu ku, maintain lah kegebuan mu itu. Kalau tak gebu, tak cute tau.

    Dan kepada saudari2 kita yg gebu gebuan, takpe gebu gebuan tu, still got market you know. Tapi yang beriya-iya nak berjogging tu, bila lagi?????

    Minah ni tak lah gebu tapi sexy youuuuuu. Hi hi.... tergelak lah plak.

    ReplyDelete
  6. Gua pun suka cheese cake dan gua pun suka yg gebu2. Siapa yg beriya iya nak jogging tu? Tak payah lah kalau hot hot chicken shit. Kalau nak jogging, ikut gua. Kita jogging kat lake garden

    Gua mau tanya lu orang lah. Mana pegi itu mat2 yang lain. Kushairi, Danial, Mail dan yg slalu bagi komen kat sini. Diorang ni pun sibuk berjogging jugak ke??????

    Minah ni pulak, pehal. Sexy ke seksa?????

    ReplyDelete
  7. Minah ni betul ker sexy...rasa2 nyer seksa cam apa mat kepoh teka kot...?? Kalau betul sexy, tunjukkan la diri, siapa andaaaa????ntah2 MAT RONGGENG pe...

    Bdw, nak update kekawan ni..up to date kekawan yang akan hadir adalah seperti berikut :
    Pak Wan, Mail, Danial, Lanun, Anum, Enab, Boy, Hazizan, Intan, Abg Is, Omar, Yoda,Razak, Rod, Ana, Rosman black sweet, Salamah yong, Izan, Shahrul bariah, Shelby,Sham, Su Kasma and myself la.
    Rasa tak berasa best sebab ramai yang tak dapat hadir, Prof Din mungkin datang kalau tak jadi ke Indon. Zawazi pun sama mungkin...
    Bagi member yang senyap tanpa berita tak bagitahu datang ker tidak cam Sanusi, Adzhar, Skebe, Khairuddin, Razali, Roslan Bujang dan Sarmat tolong-tolong la kasitahu ...ish..semua lelaki yang susah nieeeee....
    Pada member2 yang tahu tolong2 la contact kan...

    ReplyDelete
  8. Alahai si Rose ni.......jealous kerrrrrr... sebab tak sexy cam minah. Minah tak boleh lah nak tunjukkan diri.....nanti meletup youuuuuuu. Hi hi hi...... tergelak lah plak.

    Eh, mamat sekor ni sape arrr. Tu.....mat kepoh tu. Alahai mat kepoh.....nanti kita makan cheese cake sama2 yer.

    ReplyDelete

You are free to comment here...