Saturday, October 17, 2009

Gambar HRG 09



























KLP HRG 09 telah berlangsung di rumah Laily pada 17/10/09. Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini dan terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi menghulurkan sumbangan.

Yang hadir, Laily (dah tentu tuan rumah kena hadir), orang kuat HRG 09 Rohana, Rose, Yong dan Izan, Danial dan keluarga, Hazizan dan keluarga, Intan Faridah dan keluarga, Iskandar dan keluarga, Razak dan keluarga, Rozie dan keluarga, Sham dan isteri, Sue Kasma dan anak-anak, orang jauh dari Kuantan, Sue dan suami dan orang paling jauh dari Alor Setar, Rod.
Seperti biasa ramai yang datang solo, Lanun, Omar, Ridzuan, Sharuddin, Shelbi, Rosman Malek, Shahrul Bariah dan saya sendiri.

Semoga majlis seperti ini dapat dibuat setiap tahun dan ramai lagi diharapkan dapat hadir.

13 comments:

  1. Salam semua. Harap2 korang semua sejahtera selalu. I like this very much. Nampak meriah dan seronok. Walau dah lama meninggalkan sekolah, persahabatan terus terjalin. Adat berkawan biar berpanjangan, adat berkasih biar berkekalan. Maaf karna tak dapat hadir. Mungkin ada yang bertanya ke mana menghilang. Sebabnya karna ade urusan keluarga, tambahan lagi setiap hujung minggu, masa begitu singkat sekali untuk menguruskan pelbagai perkara. Di lain masa kalau ade rezeki, berjumpa kita. Adoi...melepas lagi.

    ReplyDelete
  2. Walaupun dibuat secara sederhana tapi meriah. Makanan yang Chef Yong sediakan sedap-sedap. Teh tariknya sedap kalah teh tarik kedai mamak. Serawa durian yang Rose buat pun sedap, sehingga menjilat jari. Rojak buah Sue Kasma pun sedap, kacang lebih pulak tu. Suasana nyaman, terutama bawah pokok kelapa.

    Tapikan, mengapa kawan-kawan kita makan sikit. Mungkin jaga badan kot. Tapi badan masing-masing boleh tahan jugak. Mungkin jaga kesihatan kot. Yelah kan, dah nak capai angka 50, kenalah jaga sikit). Mungkin sebab jaga imej. Alaa... kita-kita je, mana ada orang lain, belasah jer, jangan malu-malu. Atau mungkin dah kenyang sebab dah makan kat open house tempat lain.

    Lepas ni kita gi jogging dengan minah ronggeng.

    ReplyDelete
  3. Alahai.... seronoknya minah tengok majlis HRG ni. Ramai jugak yang datang.

    Alahai Kush, melepas lagi???? Melepas tu banyak makna, Kush.

    Alahai Mail, nak jogging ngan minah. Boleh saje. Eh Mail, kawan-kawan kita tu tak nak jogging ke? Takkan kawan2 yg kat Ampang jer dok jogging. Oh ya.... ada minah dengar orang dok tanya, sape yg kat Ampang tu. Well well well.......orang ni jogging kat bukit indah.

    Minah dengar Yong kita ni aktif menari poco-poco. Ada group lagi. Minah dengar lagi, group dia ni aktif, sampai artis pun join group dia ni. Wah, wah, wah.... lepas ni famous lah kawan kita ni. Terdengar lagi Minah ada kawan-kawan kita yang nak join group dia ni. Baguslah kalau camtu, disamping beriadah, dapat jugak buat exercise. Dan ada jugak yang tengah mencari group camni, yg dekat ngan rumah dia atau dia nak tubuh group dia sniri. Ni lagi bagus, boleh gak minah join. Tapi janganlah hot hot chicken shit.

    Minah ni suka gak ngan poco-poco. Dolu-dolu, Minah ni terror gak menari, tapi tak lah se terror kawan kita tu, yg menari sampai ke Amerika dan Jepun. Wah..... hebat kawan kita ni.

    ReplyDelete
  4. Macam ku kenal sape yang menari sampai ke Amerika dan Jepun tu. Mail pun tau sape dia ni. Orangnya aktif. Tapi Mail cakap kat sekolah dulu dia tak fofular. Ye ke Mail?

    Ye la Minah. Melepas memang banyak makna. Tapi biarlah cerita melepas ni diam dalam buku yang lama.

    Tentang jogging di bukit indah tu, cuma ade 2 orang kut. Dua2 badan gebu dan montel tapi masih mantap. Satu kuning langsat satu lagi cokelat langsat tapi dua2 masih manis lagi :-)

    ReplyDelete
  5. Ye la Kush, aku memang kenal dengan kawan kita yang pandai menari tu. Dia ni bukannya tak fofular tapi masa skolah tu, dia ni dah bertunang. Tu yang buat orang sikit segan dengan dia. Lagipun dia ni kena jaga hati tunang dia, jadi kenalah dia berimej pompuan ayu2. Kalau dia tak fofular, takkan jantan2 macho boleh pegi beraya kat rumah dia. Kalau tak percaya, tengok gambar dalam blog.

    Wei...Minah. Mana ko dapat cerita2 ni. Berjogging lah, poco-poco lah. Betul ke cerita ni. Kalau betul, bagitau lah siapa yang nak tubuh group poco-poco tu. Aku ni, bukannya nak join, tapi nak skodeng je. Nak tengok samada tempat dia orang practice tu bergegar ke tak.

    Mana montok aku ni....dia taknak join ke group poco-poco ni.

    ReplyDelete
  6. Hai...kawan2 dr jauh aku datang utk melihat dn beraya dgn kalian semua demi mengulangi nostalgia beraya beramai-ramai 28thn yg lalu....seronok dpt bercerita dgn Izan kisah beraya ramai-ramai naik bas sampai ke Kuang[rumah Anum].Banyak cerita lucu yg kami ingat kembali sampai akhirnya aku terlupa nak ambil gambar kalian....ermmmmm frustnya.

    So t.kasih byk kepada kawan2 yg bersusahpayah menjayakan GHRAYA 09 ni dan semuga tahun depan kita dpt menyambutnya dgn lebih meriah lg.

    ReplyDelete
  7. sorry kawan2 dilah tak dapat hadir ada kerja nampak meriah GHRAYA 09

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikom,

    Kawan2 sekalian, dah tentu tak ingat saya lagikan? Maklumlah semasa disekolah dulu saya ni tak riuh macam anda sekalian. Tapi tak pe.
    Nama saya Sundarwati Sabari dan ketika diKLP dulu saya hanya rapat dengan Shahrul Bariah dan Azizan Anuar.Pernah bekerja bersama-sama Shahrul, Hasnan di UABB dulu.. Bila melihat gambar anda semua dlm blog ni barulah saya ingat, cuma susah nak bayangkan gambar masa remaja dulu dengan gambar yg terkini. Masa berubah.. dan kita juga berubah. Kalau rupa saya ni lagi lah org tak kan ingat. Tapi apa pun saya gembira kerana dapat mencari kalian melalui blog ini. Sesiapa yg masih ingat lagi pada saya - email sundarwt@yahoo.com - silalah hubungi saya.

    ReplyDelete
  9. Salam, baru ade masa nak belek gambar2 HRG kita nie..apasal aku tak nampak pompuan baju merah berlobang-lobang yang glamour tu ...aisey.. mail nie komplot tauu...ciannn dia, sure si lanun frust tak dapat nak tenung lama-lama. Kuah dorian aku memang laa kureeng..manis and lemak, tapiii sebab korang tahu cerita disebalik kuah dorian sos aku semua jadi sedap ek...wbp aku terima pujian tu..ahaks

    ReplyDelete
  10. Hai Sundarwati. Welcome to the club. Rasa-rasanya aku masih ingat lagi camana rupanya Sundarwati ni. Kalau tak silap, orangnya kecik molek...ala ala genit gitu. Betul tak?

    Banyak2 sori pada pompuan baju merah berlobang-lobang yang glamour tu. Takde komplot pun, cuma tak sempat nak ambik gambar dia. Eh eh... glamour ke dia???

    Gambar mail pun takde, ciannn mail.

    ReplyDelete
  11. Hi...la ni baru dapat baca blog.
    Yes Ismail awak memang betul. Saya ni memang kecil molek orgnya. Itu dulu... sekarang sederhana saja. Ada sesiapa tahu dimana kawan kita Aida Mustafa Kamal berada? Kalau tahu bagilah information sikit..Jangan2 semua dah lupa pada dia tak... rindu sangat pada dia.

    ReplyDelete
  12. Ala la la la la... izan oh izan. Semua genit2 belaka . . . 26 tahun yg lalu. Aku memang setuju sangat. Skarang ni lah baru ada usaha2 yg nak mengenitkan semula apa-apa yg terlebih tu. Bertambahlah maju perniagaan Dr Rozmey.

    Sundarwati yg kecik molek pun dah tak genit dah, cuma sederhana je, kata dia lah.

    Sun, ramai lagi yg kita belum temui termasuk lah Aida MK. Kalau sesiapa tahu dimana mereka berada atau ada contact no, bagi tau kami. Lanun akan mengusahakan jejak 'melanun' kasih.

    ReplyDelete
  13. Hi Sun, ingat saya lagi? (Tak, saya tak jadi dengan dia kalau awak bertanya)

    ReplyDelete

You are free to comment here...