Tuesday, June 14, 2011

Boleh ke STRESS membunuh.

Pada malam isnin 12 Jun yang lalu dalam pukul 11 mlm, suami anak saudara aku sedang memandu kereta tiba-tiba 'kekejangan'. Dia tersandar di tempat duduk dengan kaki yang kejang terus menekan minyak. Anak saudara aku yang duduk dikerusi belakang yang sedang memangku anak mereka yang baru berumur 2 tahun dengan cepat menyambar stereng kereta untuk mengawal pergerakan kereta yang terus meluncur laju.

Kereta dapat dihalakan ke arah parking lot depan Restaurant Ayyuthiya yang sebaris dengan Victoria Station di Jalan Damansara. Semasa kereta melanggar 'curb' tepi jalan, kereta telah melambung dalam jarak 25 kaki dan terhempas di parking lot. Kereta terhenti disitu dengan keadaan enjin pecah.

Pekerja restoran terus memberikan bantuan dan memanggil ambulance. Kami tiba ditempat kejadian selepas 5-10 minit kemalangan berlaku. Anak saudara aku mengalami sakit kaki tapi tak serius, anak mereka berdarah di mulut kerana sebaris gigi atas telah masuk kedalam gusi. Ibu mertua yang duduk sebelahnya patah satu gigi dan bibir luka. Tetapi suami anak saudara aku telah menghembuskan nafas yang terakhir tanpa sebarang kecederaan.

Usianya baru 28 tahun, seorang pakar IT. Post mortem yang dibuat tidak dapat mengesan sebarang penyakit yang boleh menyebabkan kematian. Sejarah kesihatannya memuaskan. Kes dikatogerikan sebagai kematian mengejut.

Mengikut anak saudara aku, suaminya mengalami stress yang berpunca dari tekanan kerja yang banyak dan berat. Rehat tak cukup. Tengah malam pun kena standby (on call). Tak kira masa kena pergi office bila perlu dan otak sentiasa fikir pasal kerja. Sebelum dia pergi, dia mengadu pada isterinya yang dia letih, letih sangat.

Disini timbul satu pertanyaan. Adakah stress boleh membunuh atau adakah tekanan kerja boleh membunuh?

3 comments:

  1. Mail, thanks for the reminder. We all go through all kinds of stress. Its how we manage it. Anna pun destress after 10pm. Should make time to take leave.To the family - takziah dari Anna and semoga cepat sembuh kepada yang cedera.

    ReplyDelete
  2. Mail, takziah juga kepada mereka yg terlibat. Satu nasihat dari saya, kita pegang pada yg SATU. Apa jua yg kita hadapi dlm kehidupan ini pasti ada penyelesaiannya. Cuma kita saja yg selalu lupa dlm kesibukan mengharungi kehidupan ini. Luangkanlah masa utk cari cara2 mengatasi masalah stress ni dgn cara kembali kpd PENCIPTA. Sebelum Nabi meninggalkan kita, baginda telah mewariskan AL Quran/ Hadis kepada umatnya sebagai panduan dlm melalui liku2 kehidupan. Everything ada dlm Al Quran. Kita perlu mencari dan terus mencari. Cari lah dari sekarang, jangan lah dah terkena baru nak mencari. Dekatkan diri dgnNYa. Bagi saya itulah jalan penyelesaiannya. Ingat lah kenyataan ini "HIDUP KU MATI KU KERANA ALLAH". Sematkan didlm hati kita, insyaallah kita sentiasa dlm rahmat dan keredhaanNYA. Setiap persoalan pasti ada jawapannya..believe me ..its in the QURAN!

    ReplyDelete
  3. Stress melanda sesiapa je...orang biasa, doktor, penguam, professor dan tukang sapu sampah....aku pun tgh stress ni...macam nak gila ( so nak kurangkan sikit aku tulis bende ni)
    Minggu lepas naik mendadak pressure aku...doktor suruh rehat...tenangkan fikiran, gi vacation.....rehat apa ke jadahnya..kalau semua kerja aku nak buat...orang cakap senang lah ye...suruh rehat suruh releks...tapi yang rasa kita kan...aku hampir menjerit bila kerja dan tanggungjawab dirumah dah tak dapat aku tanggung lagi...umpama belon yang penuh dengan air dan tunggu meletop je...
    Lebih stress lagi bila kita baik ...semua bende/perkara/tanggungjawab letak dikepala kita, tapi bila berlaku sedikit kesalahan...hah...kita lah yang salah... wei...aku pun manusia biasa gak...senang2 je boleh cakap..." itu lah salah awak/akak/mama dari awal dulu baik sangat...erm..jadi mak baik sangat tu lah padahnya...akak /awak tanggunglah sendiri" semua serba tak kena...so tak tension ker macam tu...yang senang...hidup tu senang sangat...leh tido, gi vacation, leh gi party, gi apa jadahnya lagi lah...aku nak gi kerje pun terpaksa asyik memonteng je...boss marah pekak telinga, buat muka sardin...tapi tak kerja tak de duit...
    kalau darah daging kita sendiri pun tak peduli dan asyik salahkan kita je...apatah lagi orang lain kan...so kalau dapat sms atau dalam FB bagitau Mak Aji dah mati tu faham2 lah ye...tak yah buat post mortem...dah tau sebabnya... STRESS...VERY THE STRESS....

    ReplyDelete

You are free to comment here...