Tuesday, May 11, 2010

Menjadi Tua dengan Tenang



Sebahagian daripada penghuni Rumah Orang-orang Tua Al Ikhlas di Puchong Selangor



Bersama salah seorang penghuni Rumah Orang-orang Tua Al Ikhlas di Puchong Mak Som yang lumpuh hampir seluruh badan.



Apa khabar kawan-kawan??? Lama menyepi diharap semuanya sihat dan tenang selalu. Mak Aji sedang bergelut dengan kertas peperiksaan pelajar yang hendak diberi markah. Cuti semester bagi pelajar Mak Aji sudah bermula tapi bagi kami tenaga pengajar ianya bermakna kerja tambahan dan kerahan otak untuk menentukan pencapaian pelajar.

Namun dalam pada kesibukan memberi grade pada pelajar mak Aji terasa rindu pula pada kawan-kawan. Tangan cuba-cuba membuka blog dan ada dua entry baru dari Izan dan Mail yang sememangnya orang kuat KLP sejak setahun lalu untuk menyatukan kita semua. Dah berbulan tak buka blog kerana Mak Aji tahu masing-masing sudah mulai tawar berinteraksi dalam blog. Kenapa dan mengapa hanya kita semua yang tahu jawapannya. walau apapun yang difikirkan, buangkan lah yang keruh ambil yang jernih. Life has to go on dan seperti kata Izan....hidup bukan untuk derita.

Selama hampir beberapa bulan ini Mak Aji sibuk dengan kuliah pelajar dan aktiviti pembelajaran di Universiti. Dikesempatan ini ingin Mak Aji berkongsi pengalaman sewaktu melawat Rumah orang-orang Tua Al Ikhlas di Puchong Selangor yang memberikan kesan dalam hidup Mak Aji.

Melangkah kerumah Orang-orang tua di Puchong membuatkan mak Aji terasa sebak. Bukan kerana keadaan rumah atau kemiskinan mereka tetapi wajah sayu penghuni rumah berkenaan yang menyambut Mak Aji dan pelajar Mak Aji yang membuatkan kami hampir menitiskan air mata. Kami dipeluk dan dicium mesra oleh penghuni rumah berkenaan. Ada yang menitiskan air mata melihat kedatangan kami.

Mak Aji sempat berbual mesra dengan beberapa penghuni disana dan kisah disebalik mereka dihantar kerumah berkenaan amat menyayat hati. Bayangkan ada yang dibuang anak-anak di hospital ada yang sengaja menghantar ibu dan ayah kerumah berkenaan dengan alasan tidak mampu dan tidak ada masa menjaga mereka. dari temubual mak Aji ada ibu dan ayah yang mempunyai ramai anak tapi tak seorang pun yang mahu memjaga mereka. Seorang ibu tua memberitahu Mak Aji, dia sedih bila anaknya menghantar dia kesana kerana semasa mudanya dulu dia membela kedua ibubapanya dengan baik tetapi apabila tiba giliranya menjadi tua dia dihantar kesitu dan ada kalanya anak2 dan cucu tidak datang menjenguknya berbulan-bulan lamanya.

Ah...Mak Aji sungguh tersentuh dan bertanya dimana sifat kemanusiaan dan sifat kasih sayang yang dianugerahkan Allah pada mereka. Tergamak membuang ibu dan ayah yang membesarkan dan menjaga mereka sejak kecil. Betul lah kata pepatah seorang ibu boleh menjaga sepuluh orang anak tetapi seorang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu atau seorang ayah. Mak Aji tahu betapa sukarnya menjaga ibu yang tua lebih-lebih lagi yang sudah sakit dan uzur. Memang bukan mudah, pengalaman menjaga ibu yang sakit dan tua membuatkan Mak Aji amat sensitif dengan apa yang berlaku pada masyarakat kita sekarang ini. Alhamdulillah Allah memberikan Mak Aji kesihatan yang baik dan kerjaya sebagai seorang pendidik yang membolehkan Mak Aji menjaga ibu dan bersama beliau bila-bila masa yang dia perlukan Mak Aji.

Justru, Mak Aji menghitung usia yang bakal menjangkau 50 tahun awal tahun depan.Mak Aji akan masuk golongan tua, usia setengah abad yang Allah kurniakan pada Mak Aji insyaAllah. Ya...kita semua tidak boleh lari dari menjadi tua. Fitrah manusia sudah begitu. Dari muda menjadi tua dari tua menjadi uzur dan akhirnya kita kembali pada pencipta kita. Apa yang Mak Aji mahu ialah melalui zaman tua dengan tenang, bahagia dan tidak mahu bermusuhan dengan sesiapa pun. Buang yang keruh ambil yang jernih, lupakan sengketa lama dan jalani kehidupan ini dengan penuh tabah, positif dan sentiasa tenang mengharungi detik-detik akhir dalam hidup.Semoga kita semua tenang dalam menjalani usia tua kita. Amin.

5 comments:

  1. Aduih...... sayu nya ati aku tengok gambor2 ni. Makcik tu dah lah lumpuh, yang mak aji hempap dia lagi tu buat per. Abis penyet idung makcik yg mancung tu.

    ReplyDelete
  2. Salam Mak aji,memang betul kata mak aji 'buang yg keruh ambil yg jernih' sbb kita sebagai manusia tak semuanya 'perfect'....Kalau ada yg rasa tersinggung dn berkecilhati tu,harap maaf dipinta[macam nak raya plak]

    Disini juga su menghulur sepuluh jari memohon ampun dn maaf sekiranya ada apa2 yg menghiris hati dn menggores perasaanngg kawannnggg2....terutama buat kawanku 'ANJE'...

    Hai Mail, munggg apo kabor? bakpe mung tibe2 royak longat panta-timur pulokkk??? ada apa2 ke?

    ReplyDelete
  3. Salam semua,
    Sayu dan kagum dengan apa yang Mak Aji buat tu.
    Kita semua ambillah tauladan dari senario tersebut. Berdoalah kita semua agar tidak ditimpa nasib yg sebegitu.

    Hi Mail, betul cakap Sue tu, hang dah mula hala ke Pantai Timur ni..ada ape2 ke. Jgn buat hal Mail. Silap haribulan senduk naik kepala!!!

    Jgn marah Mail ya...gurau je.

    ReplyDelete
  4. Berada bersama sama warga emas memang suatu pengalaman yang bagus. Tambahan pula berada bersama mereka di rumah penginapan sebegitu. Cukup menginsafkan. Syabas MakAji kerana mendedahkan warga UITM dengan situasi begitu.
    Kita yang kian meningkat usia kenalah sentiasa berdoa agar pengalaman yang Mak Aji ceritakan itu tak jadi pada kita. Manalah tahu......

    ReplyDelete
  5. Gapo dio nii.... nating wat wat.

    Hai Su, suke-suke je Su. Ni namanya pandang ke timur.

    Hai Sun, kalau senduk naik kepala, tu biasa. Jangan batu lesung naik ke kepala,sudah.

    Teringin aku nak gi golok. Jom gi golok.

    ReplyDelete

You are free to comment here...