Saturday, May 15, 2010

Memang Pak Wan(g) yang dimasukkan ke hospital

Salam semua,

Wayangsari difahamkan memang betul Pak Wan(g) yang dimasukkan ke Wad 4D di sebuah hospital di Kajang tempoh hari. Menurut doktor, wayangsari sah mengidap deman denggi (strong positive) dan juga deman typhoid (weak positive). Kata wayangsari Pak Wan(g) kata deman denggi tu mungkin dia kena ketika bertugas di pejabat awal pagi (shift pagi untuk buletin 12 tengah hari) dan typhoid (kepialu) mungkin kerana minum air berais (kerana tidak dapat disahkan asal usul ais itu -- menurut doktor) Jadi Pak Wan(g) berehat lah semalam dua di hospital. Kos agak lumayan (kos follow-up pun tinggi). Di sini Pak Wan kata dia nak ucapkan terima kasih kepada Kasmawati -- iaitu agen insurans Prudential tu. Pada peringkat awalnya wayangari kata dia tak berapa minat nak ambil medical insurance tetapi setelah bersetuju memilih insurance Kasmawati dia bersyukur kerana kos amatlah tinggi. Pada teman-teman yang belum mempunyai medical insurance Pak Wan(g) kata cepat=cepatlah hubungi Kasmawati. Selain membantu beliau dalam kerjayanya kita juga sekurang-kurang dapat tenang fikiran apabila memikirkan pihak insurance akan menyelesaikan segala kos (memang betul kita kena bayar premium tetapi rasa-rasanya berbaloi apabila kita dimasukkan ke hospital). Jadi segeralah berhubung dengan Kasmawati dan lantiklah beliau sebagai agen insurance anda. Di sini wayangsari juga mewakili Pak Wan mengucapkan terima kasih kepada Kasmawati kerana meyakinkan dia untuk mengambil insurance (ingat - ambil insurance ni bukanlah pulak kita nak menolak takdir atau tidak yakin kepada ketentuan ALlah swt...anggaplah ia sebagai satu usaha kita dalam meneruskan kehidupan).

Sekian. Wassalam

2 comments:

  1. Assalam Wayangsari, terima kasih kerna sudi beritahu hal Pak Wan[g][hai nak hala ketimur macam Mail jgk ke?]....Kesian plak dengar P.Wan dimasukkan ke hospital gara-gara demam denggi tapi knapa tak diberitahu pada kekawan semua? sekurang-kurangnya ada jga yg gi melawat dan bawa buah tangan utk wayangsari[uppsss silap P.wan le...]

    Apa-apa pun syukur P.Wan dah sembuh tapi rasa ralat jga tak dapat melawat beliau...kalau tidak boleh bawa keropok lekor kuantangg....

    ReplyDelete
  2. salam semua...lama betul i tak tengok blog, berbulan gak la..semua disebabkan beberapa perkara yg tak dpt dielakkan. since Wayangsari menceritakan hal pak wan masuk sepital n expenses dia, disini I jugak nak ambil kesempatan utk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga pada Su kasma. Anak I telah disahkan menghidap penyakit yg ditakuti ramai iaitu HINI n Alhamdulillah beberapa bulan sebelum tu I beli medical card dari su n all expenses hospital ditanggung 90%. rasanya bayaran premium tak sampai pun lagi jumlah hospital bills. alhamdulillah takla rasa berat n terima kasih tak terhingga pada su who has given me such good service, dtg tengah malam n all advises pertaining claims....jasa mu di kenang su, love u n sorry sebab ketinggalan cerita2 terkini klpians....

    ReplyDelete

You are free to comment here...