Tuesday, November 16, 2010

Hargai lah Ibu Anda...



Seminggu yang lalu Ibu saya sakit kuat...dia dah berusia 73 tahun. Disaat melihat keuzuran Ibu.... saya berasa sungguh sedih. Ketika itu keadaan ibu sungguh lemah dan tidak berdaya.Dia tidak boleh berjalan, bercakap dan kurang pendengaran... Saya berdoa siang malam supaya Ibu cepat sembuh. Saya menjaga Ibu kerana selama ini dia memang tinggal bersama saya. Saya mengambil cuti, kebetulan waktu itu pelajar saya sedang menghadapi peperiksaan akhir semester, saya mohon cuti demi menjaga ibu kerana adik beradik yang lain agak sibuk dengan tugas masing2...biasalah...

Ibu memang rapat dengan saya kerana saya anak perempuan sulung daripada 10 adik beradik. Jika sakit pun dia mahukan saya. Hampir setiap hari menitis air mata saya melihat keuzurannya. Setiap pagi saya mandikan dia, menyuapnya makan, membawanya berjalan menggunakan kerusi roda disekitar kawasan rumah saya. Setiap malam saya tidur dengan dia, berbual dengan dia walaupun keadaannya amat uzur ketika itu....jika saya kecil dulu dia yang menjaga saya kini tibalah masanya saya menjaga ibu....pelbagai kenangan bersamanya bermain dalam fikiran saya. Masih saya ingat.... dia selalu bercerita dengan anak2 saya mengenai saya sewaktu kecil2 dulu dan katanya sayalah yang paling periang dan lasak seperti seorang budak lelaki....dalam pandangan mata yang berkaca-kaca, saya renung wajahnya yang uzur ketika dia tidur...sedih teramat sedih rasanya...saya peluk dan tidur disisinya. Saya hanya mampu berdoa setiap malam agar Ibu cepat sembuh...saya takut kehilangan nya...

Alhamdulillah kini dia beransur pulih...mungkin benar kata2 anak2 saya bahawa kasih sayang yang saya berikan dan curahkan ketika beliau sakit membuatkan ibu saya cepat sembuh...saya percaya kasih sayang adalah ubat paling mujarab menyembuhkan apa juga penyakit fizikal dan mental...

Namun disebalik semua yang berlaku, terfikir oleh saya...apakah nasib diri saya kelak...anak2 zaman sekarang ramai yang sudah luntur rasa kasih sayangnya pada ibubapa...jika kita marah sedikit, dah merajuk...jika kita nasihat jarang yang ambil perhatian....sibuk mereka mengalahkan Perdana Menteri...ah...saya pasrah sahaja...semoga Allah melembutkan hati anak2 saya mengasihani dan mengasihi saya bila saya tua nanti. Amin...apa2 pun kita merancang Allah yang menentukan segalanya.

4 comments:

  1. Terima kasih Izan...ye betul...aku rasa bertuah dapat menjaga Ibu aku masa dia masih ada umur ni. Nasihat kau dan kata2 perangsang yang kau bagi pada aku hari tu menguatkan semangat aku Zan...untuk terus menjaga ibu selagi aku terdaya...mohon doa semua rakan2 ye...

    Tak sabar nak jumpa kawan2 kita 27 November ni...Zan...salam sayang dari aku untuk kau dan rakan2 yang lain...rindu sangat kat korang...aku menghitung hari je ni...samalah aku terujanya macam Ana Al Friday dan Mail..walaupun aku organizer...excited aku nampak lebih2 lak... hehehehe

    Nab...baju yang kau cakap tu dah tempah ker? Ala..yang boleh digunakan untuk majlis siang sampai malam...hehehehe...jumpa nanti ye...

    ReplyDelete
  2. Salam Mak Aji,
    Sayunya hati bila membaca kisah Mak Aji ni. Saya rasa bangga kerana mengenali seorang yg spt Mak Aji ni. Bukan senang nak dpt anak yg baik macam ni. Apa pun biarlah Tuhan yg membalasnya. Semoga Mak Aji dan keluarga tabah menghadapi ujian ini. Amin.

    ReplyDelete
  3. Sun....saya tak sebaik mana pun...adakalanya saya merungut jugak sebab orang tua memang cerewet.Karenah dia membuat kan kita kurang kesabaran...kadang tu saya takut berdosa jika tidak mengikut kehendak ibu ketika dia sakit..tapi pada masa yang sama saya memendam rasa.... Tapi apa pun saya cuba yang terbaik...walaupun adakalanya saya terpaksa bekorban banyak perkara dalam hidup. Hanya mereka yang pernah menjaga ibu atau ayah yang tua dan sakit sahaja yang memahami apa yang saya lalui...

    Izan banyak berkongsi pengalaman menjaga ibunya dan setiap kali saya hampir kecundang dengan kesabaran dan ketabahan... saya minta nasihat dia...insyaAllah saya sedang berusaha menjaga ibu saya dengan baik...mudah2an Allah gandakan tahap kesabaran dan ketabahan saya...

    ReplyDelete
  4. usah resah gelisah,setiap insan yang bernama anak pasti akan melaluinya.
    Terserah pada innvidu menghadapinya.ingat lah ; jika kita rasa susah,pasti ade orang lain yang terlebih susahjangan paling kan muka mu dari wajah ibu.pandang ibu mu,lihak anak mu.apa kata hati...ah susah nya jaga ibu dari menjaga ibu Ramai orang berusha,kursus,motivasi menjadi ibu bapa yang berjaya menjaga anak.adakah kita berusha dan bersedia menjaga ibu.ujian amat amat besar.jangan berkatz uh skali pun.dikala ini tingkatkan iman,hanya pada Allah kita kita memohon diberikan kebaikan.biar susah hari asalkan lusa anda akan tersenyum menenang sejarah.
    Semoga mak aji tabah ....

    ReplyDelete

You are free to comment here...