Tuesday, October 26, 2010
Lunch di Restoran Nelayan, Tasik Titiwangsa
Assalamualaykum,
Saya dapat panggilan telefon dari Mak Aji sebentar tadi. Beliau mohon saya pos ke atas cadangan berkenaan perjumpaan berserta makan tengahari. Mohon semua KLPian dapat confirmkan kehadiran ASAP supaya dapat penganjur buat booking minggu depan.
TARIKH: 27 NOVEMBER 2010
HARI: SABTU
JAM: 12.00 TGHARI HINGGA 3.00 PETANG
LOKASI: RESTORAN NELAYAN TASIK TITIWANGSA, K LUMPUR
TUJUAN: SILATURAHIM, BINCANG ANJUR TGG 2011, AKTIVITI 2011 DLL
KOS: SENDIRI (ANGGARAN RM 35 - RM40)
Sila confirm dengan penganjur, 3 Mak Dara terdiri dari Mak Aji (Haryati -016-2190876), Laili (013-3806463) dan Yong (Salamah - sori saya tak ada no. dia).
Anda boleh datang bersendirian tapi kalau nak bawa famili pun boleh. Setakat ni dah 20 lebih kawan-kawan kita dah confirm. Yang jauh Sue (Noraini) dari Kuantan dah confirm akan hadir.
Sila warwarkan pada semua kawan KLPian kita.
Wasalam
***harap2 moderator boleh rectify on 'access denied' so that penganjur boleh participate seperti biasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum semua KLPians. Aku pasti turun dari utara. Insyaallah.... Perjumpaan ini penting demi survival orang melayu kerana kita semua melayu. Perjumpaan ini bukan perjumpaan di Parlimen Galas atau DUN Batu Sapi. Ini perjumpaan Parlimen KLPians. Ongkosnya akan aku hantarkan kepada sesiapa yang berkenaan. Kepada sahabatku Ismail..... seperti biasa.... Soalannya: Apakah bisa aku menumpang teduh di Villa mu?? Kalau tidak... aku terpaksa bermukim di bawah jambatan.Tahniah Daniel serta 3 anak dara yang bersusah payah membuat persediaan ini. Jumpa di sana... di sana...di sana. OVER.
ReplyDeleteAlahai....ada lunch date lahhhhhh.
ReplyDeleteDi organise pulak oleh 3 mak dara lagiiiii. Mak DARA kerrrrrrrrrrrr............ Jealous i.
Tapi takpe lah, minah tabik spring kat mak2 dara ni. Satu usaha murni yang dapat merapatkan silaturrahim kita.
Jom la kita joint, pi sembang2 kat sana. Minah akan datang macam lady gaga you.... hi hi hik.
Untuk makluman, saya tidak dapat datang kerana transfer saya telah di batalkan.
ReplyDeleteAllooooo. Lama betul gua tak masuk blog ni. Terlebih dahulu gua ingin ucapkan selamat deepavali pada shanty. Pada yang lain gua ucapkan selamat hari raya haji.
ReplyDeleteGua dengar lu orang nak pegi makan2 kat Nelayan. Bagus tu, dah lama kita tak bercerita-ceritaan. Gua no hal, gua mesti join.
Anna Al-Friday will attend even on a Saturday. Insyaallah
ReplyDeleteWahai mak-mak dara pingitan. Hamba telah terpanggil untuk menyertai perjumpaan yang telah diaturkan.
ReplyDeleteWahai saudaraku Rod, teratak ku nan jauh di subang senantiasa mengalu-alukan kedatangan mu, terutama anak2 hamba yang sanggup tidur di bawak ketiak mu.
Eh.... yang lain camana, berapa orang dah confirm.
Alhamdulillah...akhirnya dapat gak bukak blog ni...memang tension bila tak leh buka blog ni...rasa frust sangat tak dapat komen kat page ni...hah sekarang dah mula lah saya ni...
ReplyDeletePasal gathering tu...setakat ni ada 15 orang yang dah confirm. Rod, Mail, Danial,Omar, Nik, Pak Wan (Ridwan),Izan, Enab, Kasmawati, Sohana, Laily, Yong, Su, Rozie dan saya sendiri. yang lain saya tak pasti....mungkin mereka ada bagitau kat Laily atau Yong.
Kalau tak ramai nak pergi pun tak pe jugak. Saya dan geng yang mengusahakan gathering ni berpendapat kita tak boleh paksa dan tak perlu memujuk yang tak rela dan tak nak join kita lagi. Semua ni kena dengan keikhlasan hati. Tiada paksaan. Masing-masing ada circle of friends sendiri dan pemilihan dalam berkawan ni. Bagi saya KLPian adalah rakan saya yang terbaik. Kita teruskan persahabatan ini, kerana usia semakin meningkat dan kita tidak tau bila kita pergi. Make it fun...yang 15 orang ni pun dah cukup havoc...Nab, Izan, Sohana...pasti akan memeriahkan lunch tu nanti...yang lain pula punya keistimewaan mereka sendiri. Saya sebenarnya memang tak sabar nak jumpa U all semua. Ok kawan2...salam rindu ye...kita jumpa nanti pada 27 November ni...
Update terkini untuk menghadiri lunch KLPian pada 27 November ialah Skeb (Hamdan) dan Lanun. So semakin meningkat jumlahnya ye...
ReplyDeleteHari ini jumlah yang confirm akan menghadiri Lunch kita ialah seramai 17 orang.
Lelaki:Rod, mail, danial, Ridwan, omar, Nik, Skeb dan Lanun ( 8 orang)
Perempuan: Izan, laily, Yong, Su, Rozie, Sohana, Enab, Kasmawati, dan saya sendiri. Anum akan confirm nanti. ( 9 orang)
Alhamdulillah ramai juga yg dah confirm...Rod, hang kawan kita yg terjauh selain Sue yg dapat datang, terima kasih semangat hang yg tebal tu...
ReplyDeleteDengar kata ada plan lain lepas lunch tu...ada yg nak pergi sana, ada yg buat ni dan mcm2 lagi...
Minah Ronggeng Gaga jangan over dress nanti nampak mcm gagak pulak, hati2...
Anyway esok raya, jgn lupa sembahyang raya pagi esok...Mail ni dah tentu busy bakar lemang n masak rendang!
SALAM PANTAI TIMUR
ReplyDeleteWahhhh....ada makan beradap ke? seronoknya dapat jumpa u all...Rod pun nak turun, i miss u so much...sbb pernah jumpa sekejap je di open house raya 2tahun lepas.Patut la Mak Aji call bertalu-talu mintak confirmation...
Insyaallah kalau takde apa2 aral i akan hadir so kawan2 doakan yg baik2 utk i sbb di pantai timur sekarang ni musim tengkujuh dan banjir...risau jgk ni takut2 banjir jadi penghalang pertemuan kita nanti...huhuhuuuu
Apa-apa pun terimakasih buat kawan2 yg sudi dan bersusah payah menganjurkannya pertemuan kita ni....LAUTAN DAN BADAI TIDAK DAPAT MEMISAHKAN KITA....AMBO RELO HARUNGI JUA...hehehe
Wah...gembiranya Mak Aji...respond ke Lunch KLPian pada 27 November ni amat menggalakkan. Petang tadi Mak Aji call Sanusi dia kata kalau tak ada aral melintang InsyaAllah dia akan datang.
ReplyDeleteRose pun cakap macam tu...dia kena tgk event dia dulu ....apa2 pun dia bagitau jawapan seminggu sebelum event nanti
Rozie pulak bagitau Boone dah confirm nak datang, dan Rozie sedang berusaha dapatkan Shimi dan Rosman join kita nanti.
Selain tu Omar pun nak bantu Mak Aji call kawan2 lain untuk turut serta. Terima kasih banyak2 lah kawan2...sudi bantu Mak Aji merealisasikan event ni.
Buat pengetahuan semua, lepas lunch nanti kita ada event lain, tapi venuenya berbeza...apa2 pun kami jadikan dia surprise dulu...
Pastinya orang jauh seperti Rod dan Sue Kuantan bergembira jumpa kawan2 lama ye...maalumlah bukan senang depa ni nak turun KL...Thanks again kepada semua yang memberi kerjasama. Ok jumpa di sana ye...
Assalammuailaikum, Ada terima call dari kawan jauh memaklumkan acara perjumpaan dan keberatan untuk hadir tetapi kena tengok cuaca dulu.Mungkin next week ada petunjuk yang mengembirakan. Jumpa disana......
ReplyDeleteAssalammuailaikum sahabat semua,pasal makan kena bayar sendiri sentiasa ok,lagi ok kalau ada nak tolong belanja.Kehadiran kena tengok cuaca diJohor,kalau cerah adalah kita tetapi kalau mendong dan kadang kala hujan ,kecewalah kita.tengok next week.kalau tak ada tolong say hai kat kawan 2.
ReplyDeleteAdvice on a Monday :-Para nelayan yang ada gout. Masa mendayung dan berkayuh pada 28th nanti jauhilah Kepulauan Seafood. Yang ada allergy to seafood,telanlah ubat siap2.
ReplyDeleteSalam semua, saya insyaallah hadir jika tidak ade ape-ape aral melintang....
ReplyDelete