Monday, November 16, 2009

TGG 2010

Kita akan teruskan agenda utama kita iaitu TGG 2010. Pada kali ni 'Iron Lady' kita, Izan akan mengambil alih jawatan Project Director. Adalah di cadangkan TGG akan dibuat seperti berikut:-

Tarikh: 30 Jan 2010
Tempat: Flamingo Hotel, Ampang.

Ini cuma cadangan sahaja. Jika terdapat cadangan yang lain, bagi tau pada Izan atau Mail. Pihak pengelola sangat-sangat memerlukan kerjasama dari anda agar TGG pada kali ini akan lebih meriah dengan semua yang ada dalam list setakat ini akan dapat hadir.

Ada juga yang mencadangkan pada kali ini, kita menjemput semua cikgu-cikgu kita dan juga pengasas KLP, Datuk Ibrahim Ali untuk hadir. Disini juga pihak kami ingin mendapatkan komen dari anda semua.

Tolong bagi komen dan cadangan anda. Ianya sangat penting bagi kami.
Nama pemberi komen akan dirahsiakan jika diperlukan.

6 comments:

  1. Bravooo kepada Iron Lady kita....dan selamat menjalankan tugas yang murni ini. Aminnnnn

    ReplyDelete
  2. Dan selamat menjalankan tugas jugak pada Rose sebab Rose telah dilantik oleh Iron Lady untuk tugas-tugas khas.

    Dan selamat jugak kepada ajk yang akan ditauliahkan lantikan oleh Iron Lady yang telah diperkenankan oleh cap mohor.

    Kalau boleh, lantik jugak Mattegak, Mat Kepoh, Karl dan bloggers2 yang tau cakap je tu. Bagi dia orang keje skit.

    ReplyDelete
  3. Tahniah Iron Lady... Mail ngn Rose mana bole di pisahkn.... kena beri bimbingan kepada ajk2 baru tu..

    Xpe mail kita tetap akan memberi pendapat jangan risau...

    Ni nak rayu pada semua kekawan saya harap kita support abis2 program ni... Semua dapat datang pada hari tersebut.. Adjust la minta tolong free diri dan keluarga pada hari tersebut untuk kita hadir bersama ke majlis tu.. Saya merayu pada kekawan cepat-cepat kita buat bayaran yang dikenakan agar kita punya Iron Lady and AJK dapat menjalakan tugas mereka dengan berkesan... Xde duit nak jalankan tugas macamana..

    Mail agak-agak berapa bayaran yang akan dikenakan tolong bg tau awal-awal senang kekawan kita nk adjust budjet... Pada pandangan saya lah.. Mintak maaf kekawan sy tengah bersemangat sangat ni..

    Macam mana pun MAI KITA RAMAI-RAMAI SOKONG MAJLIS TGG ni ....

    ReplyDelete
  4. Alahai.....ada TGG. Minah dok tunggu-tunggu announcement ni. Minah dah tak sabar nak jumpa kawan2.

    TGG nanti minah nak pakai baju yang glamour youuuuuuu. Baju yang ada lip lap lip lap. Pasti minah lah yang terhebat malam tu. Rose pasti kalah. Amatul pun tak boleh lawan. Minah cuma kalah kalau Iron Lady kita pakai yang berani mati. Yang itu minah tak leh lawan.

    Jumpa minah disana yerrrrrrrrr.

    ReplyDelete
  5. Eluk lah tu kalau semua excited nak pergi TGG ni. Mak Aji lagi dua kali excited nak pergi. Doa2kan semoga Mak Aji tidak bertugas hari tu. Dengar khabar ada hadiah terbaik untuk member blog yang paling aktif. Izan kata TV Plasma dan lain-lain lagi. menarik tu...hehehe

    So Malam TGG tu kalau Mattegak ker, Mat kepoh ker, Bujangsenang, atau Minah Ronggeng yang menang ` the most active blog member' bolehlah kita tengok sape diaorang sebenarnya. Tapi kalau tak berani nak naik pentas tunjuk identiti Mak Aji yang sapu hadiah diaorang tu...hehehehe...

    So Izan...jalankan strategi menarik anda. Syabas Iron lady kita ni.Mail...apa2 pun Mak Aji tabik kat awak sebab rajin dan sentiasa contact kawan2 supaya siratulrahim kita tak putus.

    ReplyDelete
  6. Salam kekawan..Ana setuju kita kena plan awal2. 'Kudos to the Iron Lay. We'll support you all the way."
    Cadangan yg baik ....kita jemput juga cikgu2 kita..sesiapa yg ada contact nos. mereka boleh lah jalankan tugas

    ReplyDelete

You are free to comment here...