Saturday, July 4, 2009

Al Fatihah Untuk Kamaruzaman @ Kentat



Pagi itu saya mendapat panggilan telefon dari Danial. Berita yang disampaikan sungguh mengejutkan dan terasa seperti dalam mimpi. Innalillahiwainnailla-hirajiun.... Kamaruzaman atau Kentat telah kembali kerahmahtullah pada hari ini 4 July 2009 bersamaan hari Sabtu. Beliau berusia 47 tahun. Saya gugup sebentar dan seakan tidak percaya kerana baru saja menerima sms darinya minggu lalu. Teringat pertemuan pertama saya dengannya setelah 28 tahun kami berpisah, direstoren nasi kandar di Shah Alam bersama kira-kira 10 rakan2 KLP yang lain dalam GTT (Gosip Teh Tarik). Selepas pertemuan itu kami kerap juga berbalas sms, menulis dalam blog dan berbual melalui telefon. Arwah seorang yang sungguh prihatin...tidak lokek dengan senyuman dan apa yang tetap kekal dalam ingatan ialah sikap suka mengusik beliau...yang masih terngiang-ngiang sehingga saat ini.

Rupa2nya pertemuan dan kenangan itu adalah yang pertama dan terakhir arwah dengan saya dan rakan2 KLP yang lain. Meskipun dilanda kesedihan kerana kehilangan seorang kawan, sebagai manusia takdir hidup kita telah ditentukan. Sesungguhnya ketika hidup ini banyak yang kita rancangkan namun semuanya terletak ditangan Allah yang Maha Mengetahui segalanya.

Masih saya teringat peristiwa beberapa tahun lalu, apabila saya terserempak dengan salah seorang kawan KLP kita, Arwah Hasnan yang begitu bersemangat mahukan kita semua mengadakan perjumpaan atau reunion untuk bertemu kawan2 lama KLP.Hajat beliau juga tidak kesampaian apabila dijemput Ilahi terlebih awal. Selepas itu barulah kami semua bertemu dengan inisiatif Mail, Lanun, Rose dan beberapa rakan KLP yang lain. Usaha mempertemukan rakan2 lama adalah suatu usaha yang sangat di hargai kerana sebagai insan yang melangkah ke usia setengah abad banyak peristiwa dalam hidup dapat kita kongsi bersama. Secara tidak langsung kita dapat meluaskan jaringan persahabatan dan berkongsi pengalaman hidup masing-masing yang pastinya melalui onak dan duri yang sungguh mencabar. Hasilnya ialah saiapa kita pada hari ini.

Kepada rakan-rakan semua, memandangkan usia kita yang menjelang petang ini, jika ada rakan2 yang teringin berjumpa kita, sampaikan lah hajat mereka, kerana kita sendiri tidak tahu nasib kita. Begitu juga mereka, entah esok, entah lusa kita kembali.

Mungkin di blog ini...posting Asma Al Husna adalah permintaan arwah Kentat pada saya dua bulan yang lalu supaya rakan2 menghayati video itu. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh Kamaruzaman, Hasnan dan mereka yang telah pergi terlebih dahulu dari kita. Al Fatiha...

19 comments:

  1. Al-Fatihah buat Allahyarham Kamarulzaman. Sedikit bingkisan dari utara buat sesiapa yang mengenali arwah. Tidak pernah terasa lama berada di sisinya. Ada saja yang membuat kita ingin 'mengusiknya' atau diusiknya.Dia akan sentiasa senyum, gelak dan ketawa.Dulu dia gempal orangnya. Jalannya semacam aje dan memakai seluar ketat. Kalau tak silap...Lanun yang memberi gelaran 'kentat'. Senang didekati. Aku masih ingat semasa dia main billiard di atas emporium Selangor.... kalau dia menang... teh tarik Ali akan dibelanja pada semua. Sifat pemurahnya dibawa sampai ke hari usia .
    Semasa bapa aku meninggal... dia antara orang pertama yang bertanya khabar. Berulang kali menanya khabar serta memberi kata semangat agar menerima takdir.Selalu memujuk aku agar hadir ke GTT agar dia dapat bertemu. Selepas kegagalan aku untuk hadir... dipujuk pula aku agar dapat turun untuk GTT ke 2. Katanya.. dia ingin benar bertemu dengan aku. "Like old time sake" katanya. Aku masih tak dapat hadir kerana menjangkakan bahawa ada masa untuk itu. "Biar lama orang tak jumpa agar kerinduan menebal".Itu jangkaan aku. Rupanya.. aku tidak akan dapat bertemu dengannya lagi selama lamanya. Allhuakbar. Kia merancang tapi Allah menentukan.Menyesal tak berguna tapi... aku MENYESAL SANGAT.
    Seperti kata Mama Mascom......
    "Kepada rakan-rakan semua, memandangkan usia kita yang menjelang petang ini, jika ada rakan2 yang teringin berjumpa kita, sampaikan lah hajat mereka, kerana kita sendiri tidak tahu nasib kita. Begitu juga mereka, entah esok, entah lusa kita kembali." Beritahu aku bila nak jumpa... insyaallah I will try to make it.
    Izinkan aku menyebut nama gelarannya diruang ini walaupun tidak manis. Gelaran ini tidak bermaksuk aku merendah martabatnya tapi semata-mata menunjukkan betapa rapatnya aku/kita pada dirinya.
    Kentat...tak pernah rugi mengenalimu. Namamu akan sentiasa dibibir kami. Kau akan selalu kami kenang. Titisan airmata bukan senang tapi ia turun menitis sambil warkah ini ditaip. Kami yakin Allah lebih menyayangi kau. Kau sekarang berada dalam jagaanNya. Berbahagialah kau disana. Insyaallah... kita akan bertemu....Amin Ya Rabullul Alamin.

    ReplyDelete
  2. Sedih sungguh bingkisan dari Utara kiriman Rod. Ye...begitulah kehidupan didunia...kita selalu memikirkan esok dan lusa ada lagi. Kita bertangguh dan bertangguh untuk melakukan sesuatu. Entah kenapa GTT yang aku cadangkan pada Mail bulan April lalu begitu terkesan dihati ini. Ya aku pernah menyuarakan pada Mail dan Danial bahawa aku rindu sangat nak jumpa dengan kentat. Aku sendiri tak tau. Rupa2nya rindu itu petanda kami akan berpisah buat selama-lamanya. Masih aku terbayang senyumnya, jelingan matanya yang suka mengusik rakan2 ketika itu dan perkataan yang membuat aku terharu bila arwah kentat memberitahu aku muka photostate zaman KLP dulu. Ya aku beritahu dia yang aku tetap Mak Aji 28 tahun yang dulu...masih brutal tanpa bedak diwajahku...Minggu lalu aku terima sms dari arwah kentat yang berbunyi..." Omak..apasal sonyap je..." Dia biasa memanggil aku Omak sejak gurauan di GTT di Shah Alam antara dia dan Danial yang teringin menjadi menantu aku " ah...kerana terlalu sibuk aku abaikan saja sms dia...sesal ya..tetap sesal...seperti kata Rod...sesal dahulu pendapatan...sesal kemudian tak berguna. Kenapalah aku tak telefon dia selepas itu ye...Kini dia dah tak ada lagi...kita2 yang tinggal ni beringat2lah...jangan abaikan sms kawan2 lama dan bertanya khabarlah antara satu sma lain...walaupun aku pasti antara kita ada yang `tak sebulu'dan tinggi egonya. Selamat Jalan Kentat...semoga engkau terus berbahagia di sampingNYA. Amin...

    ReplyDelete
  3. Pada hari Jumaat 3 Julai jam 8 malam, aku telah buat satu posting "Siapa wanita-wanita ini???". Dalam banyak2 gambar, hanya Kamaruzaman yang aku usik yang berbunyi lebih kurang begini "Kentat macam tak lalu makan jer". Itulah usikan terakhir buat nya yang mana tidak sempat untuk dia membaca nya.

    Bila Lanun call aku jam 2 pagi, aku sungguh terkejut dan tak percaya. Aku call talian Kamaruzaman, isteri dia jawab sambil menangis............dia telah meninggalkan kita.

    Kamaruzaman aka Kentat atau nama blognya Upin & Ipin dan KKK,............ akan dirindui.

    ReplyDelete
  4. Al-Fatihah untuk Arwah Kamaruzaman. Message dari Mael hanya aku terima pada pagi Sabtu ketika aku sedang bersiap utnuk urusuan keluarag di Gombak dan Rawang. Hanya doa dapat aku kirikkan buat Arwah, dan pada Mael aku berpesan agar disampaikan salam taakziah kepada keluarganya. Ketika membaca message dari Mael, hanya satu yang terbuku di hatiku ini. Terkilan sebab tak dapat bertemu dengan Arwah sejak sekian lama. Pertemuan2 yang diadakan pun tak memungkinkan aku bertemu dengannya. Pasti gelak besar kalau aku dipertemukan memandangkan masing2 dah berubah wajah dan gaya. Ya, siapa tak kenal dengan trade-mark Arwah dengan seluar jean ketatnya dan sesekali kedengaran slang 'nogorinyo'. Semoga keluarga Arwah tabah menghadapi dugaaan ini dan semoga Allah menempatkan Arwah dikalangan orang2 yang beriman. Kepada Lanun minggu lepas, aku bertanyakan kemana Ustaz Razali kita. Kemana agaknya dia hari ini. Gambar kelas Form 6 tu banyak mengingatkan aku kapada kawan2 yang lain. Kepada sahabat2 blog yang lain, marilah kita memanjatkan doa kepada Arwah dan kepada mereka yang tidak mengetahui berita sedih ini kita sampai-sampaikanlah.

    ReplyDelete
  5. Dan pada pagi ini juga barulah aku tau Upin&Ipin iitu adalah Arwah, character dalam blog yang kerap aku ajak minum teh tarik tapi tidak kesampaian. Akhir sekali, semoga kita dipertemukan di dunia yang lebih kekal abadi lagi.

    ReplyDelete
  6. Rasa cam tak de perkataan yang sesuai untuk meluahkan rasa hati ini....sedih tak terhingga tapi rasa lega kerana dari cerita Anis (isteri arwah), arwah selalu akan berjemaah magrib dan isyak di masjid. Pada malam arwah menghembuskan nafas terakhirnya, setelah selesai solat magrib di masjid, arwah pulang kerana terasa sakit dada, nak ke klinik tapi selepas terdengar suara azan isyak, arwah kata biarlah dia selesai solat isyak dahulu sebelum ke klinik. Alhamdulillah, arwah selesai solat isyak dan mungkin ajal telah memanggil dan telah di tentukan yang arwah akan meninggal di rumah sendiri, arwah terasa sakit hilang seketika dan membuat keputusan untuk ke klinik keesokan hari jika masih sakit. Kata-kata Anis yang arwah selalu berpesan kepada anak-anaknya supaya berpuasa di bulan Rejab masih terngiang di telinga saya. Lega saya mendengar cerita Anis, semuga arwah ditempatkan bersama-sama umat yang soleh. Tetapi tetiba rasa cemas menyelubungi diri sendiri, cukupkah bekalan yang akan ku bawa? amalan ku? terasa kecil diri ini.....
    Semuga dengan pemergian arwah dapat memberi iktibar bagi diri ini supaya mengharungi hari-hari mendatang dengan berpandukan suruhanNYA. Aminnn...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,
    Pertama kali, ingin mawar prkenalkn dri mawar. Mawar sbnrnya, adlh anak prmpuan kpd arwah papa, arwah kamarul zaman. Trima kasih yg x trhingga mawar(farah) ucapkn pada smue rakan2 papa yg tlah hadir pd hari sabtu yg lalu, krn sudi mnziarahi kami d srmban, sungguhpun smue brade jauh dr seremban. Dan x lupe juge kpd yang sudi mnsedkhkan alfatihah & sebginye kpd arwah papa.
    Maafkn farah "mnyibukkan" dri d dlm lingkungan ahli2 klp d blog ini. Cume, farah sronok mngusik papa krn papa bgitu suke mnjengah ke blog ini dan mngglkan comment2 yg bgitu mncuit hati. Papa juge slalu brcrite tntg rakan2nye d klp dan mngenng kisah2 lalu.. Sewaktu mula mngnali dunie blog d klp, papa mula brtnye mcm2, bgmane hndak mmberi comment, bgmne hndak mmbuat posting d blognye sndri dll.
    Farah rndu kan telatahnye tatkala brsmngt ingin brjmpe dgn rakan2nye d Saloma bistro, mnom teh Tarik d shah alam... Dan apabila gbr2 dpostkn ker blog, papa bgitu gmbra berkongsi cerite tntg rakan2 yg dtemui.. Dan x Lupe, pada uncle lanun(maaf, farah x tahu name sbnar uncle) yg x pernah jemu menelefon papa stiap hari, bercerite dan brgelak ketawa dgn papa..
    Trime kasih skali lagi farah ucapkn pada smue. Moga roh papa tenang d alam sane.
    Alfatihah.

    ReplyDelete
  8. Ye la Rose. Pengakhiran yang baik telah ditentukan untuk Arwah oleg Allah swt tapi yang lebih penting jalan yang baik telah dipilih Arwah. Cerita ini menjadi teladan dan panduan kpd kita semua.

    ReplyDelete
  9. Thanks Farah @ Mawar berduri, banyak misteri disebalik blog kita ni...Mak Aji tak sangka Mawar Berduri adalah anak arwah Kentat. Pada Mak Aji, kehadiran Farah di blog ini dapat mengubat rindu kami pada arwah, setidak-tidaknya kami boleh bertanya khabar pada family arwah dan mungkin Farah juga boleh melihat gambar2 arwah semasa muda yang banyak dalam simpanan rakan2 KLP lain. Kepada semua, masuklah blog dan berilah komen anda. Kerana jika selepas ini ada antara kita yang pergi...tidak ada sesalan di jiwa kita kerana kita sempat bertanya khabar semasa hayat masih ada. Danial, Su Kuantan dan yang lain...masuklah blog. Jika selama ini anda semua adalah penyeri blog mengapa sepi saja sejak kebelakangan ini. Mak Aji ada dengar rintihan dan luahan rakan2 yang berkecil hati atas gurauan disini. Harap2 janganlah terlalu sensitif, kami hanya mahu bergurau, bukan menjatuhkan maruah atau menyindir sesiapa. Blog ini adalah untuk kita mengingati kembali zaman persekolah yang terlalu banyak kenangannya. Dalam usia setengah abad ini, atau kata orang sekarang dah senja, masa yang diberi pada kita terlalu singkat. Kita tidak tahu nasib kita, mungkin esok atau lusa kita pula yang pergi, oleh itu biarlah hidup ini sentiasa bahagia dan tenang. Salam untuk semua kawan2, macam mana perancangan nak jumpa tu...masih on lagi ker???

    ReplyDelete
  10. ALFATEHAH buatmu Ipin....semuga rohmu berbahagia,sampai kesaat ini aku masih lagi sedih,hiba mengenangkn pemergianmu seakan tak mampu menerima kenyatan 'kau telah pergi buat selama-lamanya'.....

    Seminggu sebelum pemergian arwah aku selalu berbalas mesej bertanyakn mengapa lama dia tak masuk blog tapi biasalah dia selalu mengusik aku dgn jawapan2 yg menyakitkan hati tp aku tak kisah sbb aku dah lali dgn usikan dia,klu tak mengusik itu bukan 'Kamaruzaman'.......tapi yg paling aku sebak bila membaca kata2 terakhir dari arwah 'Assalamualaikum jaga keluarga baik2'pesanan tp sekarang ni mnjadi amanat bagiku....

    Mak Aji,bukan aku tak nak join dlm blog tp setiap kali aku tengok blog aku sedih sbb banyak sgt komen2 arwah Ipin yg menyentuh perasaan aku...aku ni sensitif sgt agaknya...Pesanan buat kawan2 'Hargailah orang yang ada disamping kita supaya kita takkan menyesal bila dia sudah tiada'....

    ReplyDelete
  11. Mawar Berduri.
    Your father was a great man and we (especially me)am proud to be part of him. Benar seperti kata Makcik Izan (sounded OLD aje).. you are the second generation of the KLPian.
    Sayang kami pada your father tak akan sama sayang anak pada ayahnya tapi....kita shared the same ground.... kita meyayangi dan merindui orang yang sama.
    Uncle Rod walaupun dok jauh nuuun di Aloq Setaq.... namun your father kerap telepon tanya khabar dan berkirim khabar khasnya tentang Makcik-makcik KLPian. Sayang kami macam adik beradik. (all the KLPian)
    Mawar Berduri...
    you take care of your mum and adik. Kalau ada masalah... habaq kat Makcik Rose, Makcik Izan, Makcik Masscom atau Tok Wan Mail or pada Uncle Rod.... Kami akan cuba uruskan. Inbsyaalah.
    So... sekali lagi Salam Takziah serta terima kasih.

    ReplyDelete
  12. PART 1

    Arwah Kamaruzaman adalah seorang sahabat yg paling rapat semasa di KLP. Kemana saja outing dah tentu kami dan geng akan sentiasa bersama-sama riuh-rendah dan buktinya adalah foto-foto nostalgia. Beliau adalah seorang yg ceria dan suka mengambil tau hal sahabat2.

    Selepas tamat pengajian di KLP, tidak ada kontek yg dilakukan kerana masing2 sudah bekerja dan bizi dgn kerjaya sendiri. Saya selalu terserempak di mana2 di KL dan disitu kami tau siapa kerja dimana akan tetapi jarang sekali we keep-in-touch. Beliau bekerja di bank bersama ngan Ali Moertopo dan saya juga sama tapi bank lain je.

    Setelah beliau bertukar kerja, saya langsung lost kontek sehingga sekitar 1998/9 saya berjumpa kembali. Pada masa tu satu function BMW dan bos heret saya ikut sekali. Kebetulan Zaman pula adalah dealer BMW. Masa tu jugak beliau kempen kat saya supaya beli BMW dengan company dia. Zaman, aku ni belum kaya lagi dan tak mampu beli kete2 jenis ni, saya jawab namun ngan muka beliau yg serius masih tak percaya dan ulang ayat itu dua tiga kali. Masa tu beliau masih simpan rambut lagi walaupun tak selebat masa di KLP.

    Oleh kerena saya tak juga menjadi kaya sudahnye tak de la saya in-kontek ngan Zaman selepas tu. Namun Zaman tetap follow-up dari masa kesemasa menanyakan bila saya bole beli BMW.

    Sehingga akhir tahun 2008, perjumpaan sulong KLP diadakan dan berjumpa balik ngan Zaman tapi kali ni beliau dah tak simpan rambut lagi. Karektor Zaman sama mcm di KLP dulu duduk diam2 dan ketawa sambil memerhatikan gelagat kami masing2. Namun terubat rindu pada kita semua malam tu ngan riuh rendah di restoran Ali Moertopo.

    Di malam TGG Zaman adalah guest yg terawal sampai selepas komiti2. Disitulah Zaman menolong kami menyambut tetamu2 di meja reception dan beliau begitu peramah sekali. Waktu Maghrib saya dan Zaman ambik first shift untuk sembahyang dan sama2 kami mencari surau. Sambil berjalan saya tanya Zaman, kau kerja ke atau biznes dan jawapannye aku tak buat apa2 duk rilek kat rumah je. Wah, aku tabik kau Zaman pasal kau memang well-to-do maknanye tapi dia kata taklah. Topik tamat kerana dah sampai kat surau.

    Habis sembahyang sambil jalan menuju ke meja reception saya puji beliau, Zaman aku respect kau lah pasal kau manage jaga badan slim dan sihat. Apa rahsia kau pasal pasal aku hancus perut boroi. Hah, katanye, aku nampak je sihat tapi aku ada darah tinggi, kencing manis dan jantung sumbat. Darah tinggi dah lama aku dapat dan kalau aku jalan kaki jauh sikit dah tentu aku mengah/semput. Ye ke saya jawab pasal tak percaya. Zaman kenapa kau tak buat sesuatu pasal injap sumbat dan katanye tak pe aku pandai la jaga diri. Namun saya berpesan jaga kesihatan baik2 kalau ada kemampuan treat lah yg sumbat tu dan dia jawab ye lah.

    GTT di Shah Alam pada awal 2009, Zaman adalah yg terawal tiba di lokasi namun saya lambat sampai. Sesampai je, saya terus duduk di sebelah kanan Zaman. Beliau amat ceria dan buat joke2 yg kami semua ketawa terbahak2. Di belakang meja kami ada sekumpulan pakcik2 dan makcik2 dalam lingkungan umur pertengahan 60an pun buat gathering jugak. Saya cakap kat Zaman, belakang meja kita ni must be our seniors in KLP class of 61 kot dan sambil kami ketawa Zaman kata hah esok kita pun mcm tu jugak tak semua yg dapat hadir dan ada yg dah tak ada lagi. Namun joke yg paling tak kering gusi ialah pasal saya dan Zaman mengusik2 Mak Aji.

    Pada jam 12.01 malam 4 Julai fon saya berdering dan saya trus terjaga dari tido. Anak saya fon untuk ucapkan heppi birthday dadi utk saya dan saya terus tido kerana keletihan membuat persiapan family day ofis wife di Kalumpang.Pada jam 2.01 pagi fon saya berdering lagi dan saya ingat anak saya lagi sorang yg call namun tidak rupa2 Mael telefon nak bagitau bahawa Zaman dah tinggalkan kita buat selama2nye. Innalillahiwainaillahirojiun, Mael kata ye sahabat karib kita baru meninggal dunia kerana sesak nafas. Terus saya membaca Al-Fatihah dan 3 Qhul dan berdoa semoga Allah swt mengampuni dosa2 Arwah dan ditempatkan dengan para2 solihin hendaknye, Amin-amin YaRabbal'Alamin.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Danialand the rest.. cerita hang tentang Kamarulzaman memang mencuit hati, menyeronokkan dan menghibakan. Cuit hati dan seronok kerana hanya orang yang rapat dgn Zaman saja yang dapat merasai dan mengetahui perilakunya. Hiba kerana itu semua tinggal kenangan.
    Though I was not around pada GTT1 dan GTT2... aku boleh rasai kemeriahan suasana. Things won't be the same without him nor without any one of us. Hubungan kita sangat baik dan mesra sehingga terasa bila ada yang kehilangan.
    Buat setiap ahli KLPian... jaga diri. Do the best. Keep up dengan age factors. Kalau ada apa-apa... habaq mai awai. I will try my ever best to be around the next time.
    Danial... we are waiting for Part II.
    Adious.Assalamualaikum.

    ReplyDelete
  14. Danial, ko ada mention yang birthdate ko pada 4th July. Actually arwah punya birthdate is a day after yours, on the 5th of July, tahun yg sama.

    Dia pergi sehari sebelum birthday dia.

    ReplyDelete
  15. PART 2

    Sebenarnya saya sudah taip and habis cerita tapi bila nak save comment Blog tak dapat save coz dia kata more than 4099 words tak bole save. Dah lah penat baru balik dari Kuantan and dah jam 3 pagi jadi saya terpaksa delete para by para...tu yg jadi Part 1 n Part 2...secara tak sengaja...

    Jelas pada masa tu tak dapt lelap mata kerana teringatkan kat Arwah. Masa anak saya wish birthday memang dlm ingatan saya esok saya nak kol or sms Zaman untuk wishkan dia heppi birthday. Masa TGG baru saya tau dia adalah adik dan muda satu hari dari saya. Pelbagai sms pun masuk bagitau mengenai Arwah disampaikan oleh sahabat2 masa tu. Semasa family day ada seorang kanak2 umur 4 tahun hampir mati lemas di kolam renang. Nasib baik sepantas kilat bila saya perasan saya terjun dan dpt selamatkan budak tu. Terhenti saya sejenak memikirkan bahawa Allah sentiasa memberi kesedaran pada saya supaya beringat2 dan impaknye amat besar keatas diri saya.

    Kerana kesibukan dlm urusan harian dan juga impak yg mendalam, dengan fikiran yg tenang hari ini baru lah dapat memberi komen.

    Takziah kepada keluarga Kamaruzaman Lokman terutama kpd isteri dan anak2 Arwah. Saya tidak dapat bersama untuk menolong mengusung jenazah dan sama2 jemaah solat jenazah Arwah.

    Kepada Farah aka Mawar Berduri, Uncle dpt teka bahawa Mawar adalah anak2 sahabat kami dan bukan klassmate kami. Akan tetapi Uncle tak dpt teka bahawa Mawar adalah anak Arwah. You should be proud of your dad coz he is a highly disciplined person, pious and jovial. Uncle akan sentiasa miss komen2 Arwah, Ipin&Upin,kerana memang joke bertulis Arwah lebih kelakar dari diri beliau. Uncle pun minta maaf sekiranye komen2 nakal Uncle pada Mawar menyinggung perasaan. Farah keep on writing dalam Blog ini.

    Pada Rod, Izan dan Mael thank you for your support and info dan semoga Allah memberi kesihatan yg baik kepada kita dan keluarga. Juga semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh Arwah.

    ReplyDelete
  16. salam,
    terima kasih kepada smua krn masih mmbri kata2 smgt kpd farah dan keluarga.
    insya Allah, farah akan trus mngikuti perkmbangan blog ini dr masa ke semasa. maaf lambat reply, skrg tgh minggu exam..
    hehehe~
    mama suruh farah smpaikan pda smua trima kasih, dan mama ade juga suruh tnyakan jika arwah papa ada berhutang dgn mana2 rakan papa.
    jika ada, bolehla contact farah d email farahcaca@yahoo.com.

    terima kasih pada smue. doakan kejayaan farah untuk exam~ =)
    salam.

    ReplyDelete
  17. Actually ha... papa you tak ada hutang ngan kami. Tekat ayiak tea tarik and nasi lemak tu ada lah which kami dah halalkan lammmmaaa dulu.
    Actually haa....Kami yang berhutang ngan arwah. Kami berhutang budi dan bahasa serta baik hatinya. So.... its the other way round.
    Moral of the message: Buat baik berpada pada pada dan pada semua. Buat jahat... hopefully NOT.
    Bye.

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum,
    En. Ismail... Mohd Zaini a.k.a. "buchin" please contact me thru my gmail mzainims(et)gmail(dot)com. Juz contact Kayyom and she told me about this sites... or txt me thru celcom9-21zero76zerozero. Sent my best regards to skandar, kush... maybe we could meet-up.

    ReplyDelete
  19. Salam Buchin! Lama tak jumpe kita ni. Aku mmg dah agak, ko mesti sebut pasal Amatul. Kan dah betul! Amatul jugak yg ko kol. Miang ko sejak skolah dulu masih tak hilang lagi ye!

    ReplyDelete

You are free to comment here...