Thursday, February 5, 2009

The Great Gathering (TGG)

Pengendali blog kita telah menyediakan satu side column untuk TGG. Semua info akan di letakkan di situ.
Beberapa tempat telah dicadangkan. Memandangkan kita tidak dapat pengesahan dari tempat yang dicadangkan sebelum ini, maka kita harus mencari tempat yang lain yang difikirkan sesuai untuk group kita.
Pada masa ni kita sedang menggerakkan usaha untuk buat kat Saloma Bistro.
Aturcara tetap serupa dan rakan-rakan kita akan menghiburkan kita sambil makan-makan dan sembang-sembang.
Bayaran akan dikenakan sebanyak RM100 seorang. Kita anggarkan perbelanjaan tidak akan sampai RM100 seorang dan baki akan samada di pulangkan atau di simpan dalam tabung untuk kegunaan dimasa hadapan.
Adalah dicadangkan bahawa TGG ini adalah hanya untuk kita-kita sahaja. Walaubagaimanapun, permintaan untuk membawa anak atau suami atau isteri kerana terpaksa, akan dipertimbangkan.
Jika ada sebarang cadangan, sila sms atau email kepada penganjur atau tulis di ruangan komen dibawah article ini. Pihak penganjur mengalu-alukan input anda semua.
Sila sebarkan article ini kepada kawan-kawan kita yang lain.
Sila confirmkan penyertaan anda sebelum 20/02/09
Terima Kasih........Ismail

10 comments:

  1. Janganlah asyik nak test aje Buffalo Soldier ;-)

    Saloma Bistro tu pun cadangan yang bagus. Kat situ pun ade acaranya tersendiri berupa hiburan. Kalau ade di kalangan kita yg ade bakat, bolehlah tunjuk di malam tu. Di kalangan kita ramai pak lawak jadi boleh buat lawak gak.

    ReplyDelete
  2. 1. Saloma Bistro..tempat tu hidang makanan halal ke?

    2. Ada ke tempat solat?

    3. Ada ke dia sediakan tempat letak kereta - free ke?

    4. Dengar kata tempat tu ada hidang minuman keras. Boleh ke sesiapa mengesahkan atau menafikannya?

    Terima kasih

    ReplyDelete
  3. Upin setuju, Uncle Ali suara dia merdu sangat..

    ReplyDelete
  4. Test test test,kita test cuba dan trylah dulu

    ReplyDelete
  5. Masa harga getah mahal dulu adalah abah bawa sekali makan kat Saloma Bistro, sedap......Ada akak akak nari lagu asli best, malam tu Abah yang paling ceria,Upin banyak kena cubit sebab nak turun pada kerusi nak join sekali.Lain kali tak leh duduk dekat omak...

    ReplyDelete
  6. Mael apa agenda untuk TGG. Siapa committee members. Kat siapa nak bayar yuran???

    ReplyDelete
  7. Saloma Bistro adalah salah satu option, belum confirm lagi. Pada mulanya ketua balai sarankan kelab golf PDRM tetapi kita belum menerima apa-apa berita darinya. Oleh itu kita perlu mencari alternative lain. Salah satu tempat yang dicadangkan ialah Restoran Puteri dekat Sg Penchala. Kita sedang mendapatkan maklumat tentang restoran berkenaan. Buat masa ini hanya 3 tempat tersebut menjadi pilihan.

    Jika ada tempat lain yang lebih baik dan sesuai untuk group kita, sila berikan cadangan anda kepada organiser.

    Pihak kami akan memastikan tempat tersebut sesuai dan mempunyai keperluan yang diperlukan. Ini termasuk kedudukan tempat, senang dicari, parking mencukupi, ada ruangan khas untuk kita, ada surau, dan sudah tentu makanan yang halal dan sebagainya.

    Berikan pilihan anda. Kami akan memilih tempat yang menjadi pilihan majoriti. Kami perlukan kerjasama anda. Kalau nak bangkang, jangan bangkang saje tetapi usulkan dengan pendapat dan cadangan anda.

    Tarikh telah ditetapkan iaitu pada hari Sabtu 14/03/09.

    ReplyDelete
  8. Perpatah Taliban ada berkata"periuk api kecil yang lama ditanam jangan di sangka tak meletup"renung renungkan lah....Upin&Ipin setuju aje...

    ReplyDelete
  9. Agendanya, dimulakan dangan doa dan tahlil, lepas tu makan, lepas makan kita sembang-sembang sambil berkaraoke.

    Takde committee tapi Rose, Danial dan Adilah ada membantu.

    Belum decide lagi siapa dan bagaimana nak kutip yuran.

    Kami alu-alukan penyertaan, bantuan apa yang patut dan kerjasama dari anda.

    ReplyDelete

You are free to comment here...