Tuesday, January 20, 2009

Yang Menjadi Rebutan, Idaman dan Pujaan

Mari kita ingat kembali zaman kita menjadi pelajar KLP, sebuah institusi pendidikan swasta bagi mereka yang menghadapi segala macam pancaroba mengekalkan prestasi akademik di sekolah2 bantuan penuh kerajaan. Walaupun begitu, ramai antara kita menjadi orang jugak kan. Ada yang menjadi pensyarah, ada yang menjadi usahawan, ada yang menjadi pengurus kanan, ada yang menjadi pegawai kanan, ada yang menjadi surirumah setelah berhempas pulas bekerja di pejabat.

Berbalik kepada topik asal yang ingin dibincangkan, mari kita senaraikan nama pelajar2 yang menjadi rebutan, yang menjadi idaman dan yang menjadi pujaan hati. Dah banyak nama2 disebut dalam blog ini. Ada yang berani menggambarkan perasaannya kini di ketika itu. Ada juga yang merasakan perasaannya disisihkan di ketika itu. Ada pula yang mendapat saingan dari kawan seperjuangan tapi akhirnya hajat kedua2nya tidak kesampaian. Kalau tidak mahu menyebut nama mereka, gunakanlah gambaran seumpamanya.

Pagi Ahad lalu Jack Sparrow (bukan nama sebenar) telah menalipon aku bertanyakan khabar. Dan antara topik menarik yang dikatakan ialah tentang seorang kawan ni yang menjadi rebutan sesetengah pelajar lelaki ketika itu tapi ramai yang tak berani menampilkan diri secara serius kerana pelajar ini sering sangat bersama teman baiknya. Jack Sparrow (bukan nama sebenar) ni aku anggap sebagai seorang kawan yang suka mencari kawan2 lama lalu dicarinya kawan yang seorang ini. Dulu dia berjubah dan bertudung labuh tapi menurut Jack Sparrow (bukan nama sebanar) dia sekarang ringkas penampilannya namun masih lagi mengikut syarak. Menurut Jack Sparrow (bukan nama sebenar) lagi, kawan kita yang seorang ni masih lagi 'anggun' dan 'cun'. Siapakah dia?

23 comments:

  1. Senang Kush,

    Jack Sparrow dah tentu cari dan jumpa Keira Knightly. Easy what.: Kaki Durian

    ReplyDelete
  2. Seperti biasanya Upin&Ipin tau jawapannya.Uncle-uncle ni lembab. Auntie-auntie pula segan silu,tapi Auntie Rozie tak,tadi dia dah bagi adik hadiah(Uncle Mael dan Apek Cino mesti jeles) Jawapan dia ialah Cikgu adik, Cikgu Norish Karman.Nanti bila senang-senang adik citekan latardepan dia.

    ReplyDelete
  3. Jack Sparrow ni dah tentulah Lanun Of The Carribean Island. Dia ni memang dah terkenal dengan sifat yang penuh pekerti (hanya pada pompuan). Bila bercakap dengan pompuan, aduhai, punya lah lembut.

    Dia juga talipon aku, dia kata dia dah order sedozen SD dari pengedar Blush. Pengedar ni kawan kita juga.

    Pasal pompuan tudung labuh ni, seingat aku, semua orang kenal terutama pencinta wanita kita.
    Terdorong oleh kawan kita ni, aku memberanikan diri untuk menalipon si tudung labuh. Bukan nak menggatal tapi untuk memperkenalkan blog ini dan hasrat kita untuk melebarkan jaringan KLP1981.

    Betul kata Jack Sparrow, takde masalah untuk bercakap dengan dia. Macam aku bercakap dengan MakAji je rasanya. Mungkin masa skolah dulu kita takut atau hormat atau segan untuk tegur dia. Padahal dia sorang pompuan macam pompuan lain jugak yang kita kenali. Atau mungkin ada halangan masa tu kut.

    Upin&Ipin, tanyalah Abah ekau, dia pun antara yang meminati.

    ReplyDelete
  4. Woi, kaki durian. Kira Nanti tu tak pakai tudung lah. Tapi dia pakai SD yang kawan kita jual tu.

    ReplyDelete
  5. Takleh, Abah dah tidur, malam tadi Dek Bayah kembong perut, satu malam meragam,jadi malam ni lepas aje Isyak terus masuk tidur.Tu yang dapat main menternet.

    ReplyDelete
  6. Ade beberapa perkara menarik aku nak petik;
    1. Upin&Ipin beruntung sbb dpt Cikgu Norish Karman. Aku dan kawan2 lain tentu nak tau tentang 'latardepan' dia.
    2. Mungkin ke Mael kenal akan 'pencinta wanita kita'? Maksud Mael pecinta SiTudung Labuh?
    3. Sejak topik tentang SD terbit, Jack Sparrow bukan main galak lagi mahu membelinya. Yang heran, dia nak beli kat Blush. Setau aku Blush jual pakaian dalam pempuan. Apa muslihat Jack Sparrow agaknya?

    ReplyDelete
  7. Pagi tadi adik bangun adik tengok abah tido gan adek. Bawa bantal pelok aje.Macam orang lari kena halau aje. Adik tanya abah, dia suruh tanya emak. Dah lama abah tak buat perangai macam ini.Ini mesti ada kes tersasol. Abah cakap pompuan yang pakcik maksudkan itu keterunan Red Indian. Bakul Tanah Liat gelarannya dan peminat no satu dia pakcik yang nama Omputih Tu. Alah yang anak dia yang bisik kat adik tanya apasal Uncle Ali sedut aje mee dia.

    ReplyDelete
  8. Adik dah tau musabab abah tidur gan adik. Masa adik tengah mandi,adek dengar Omak merungut abah sebut nama Rose lah Rozie lah, Amatul lah Norhaya lah dalam tidur. Omak masatu tengah nyusukan Dek Bayah. Tak sempat abah nak menyebut Shahr lansung di sepak dek omak. Kesian abah kantoi....

    ReplyDelete
  9. Kush, aku pun tak tau sape Pencinta Wanita ni. Aku sebut je sebab dalam salah satu komen, aku terbaca hal ni dan aku dah lupa komen yang mana satu. Aku agak Pencinta Wanita (PW) ni mesti orang yang sentiasa senyum tapi sensitif, ada janggut sikit, anggun dan prestasi mantap. Ada tak kawan kita yang personaliti macam ni.

    Dah tentu bukan aku sebab aku tak simpan janggut. Ko pun bukan sebab ko ada misai je takde janggut, eh..ada tak orang kata misai ko ni macam misai datuk k.

    ReplyDelete
  10. jack 'the burung' sparrow ni memang hebat, licik, cekap...pandai cari kawan2 baik pempuan mahupun lelaki, cari sampai ke lubang cacing, cacing pun dah tak ada tempat tinggal...

    dari mira 'raja lawak seks' sehinggalah ke paling latest new addition 'beautiful maria' dah dapat dikesan...breaking news, yg terlatest raja 'taik hidung' dah dpt dikesan di selatan tanahair...memang mantorp betul...cuma yg dia tak jumpa lagi 'carribean queen' yg dia idam2kan...siapa lah agakkkkkknya?...

    kush dan mail, pencinta wanita tu dah tentu semua lelaki, tak gitu...tapi yg specificnya tak tau siapa...

    harap2 usaha murni jack 'the burung' sparrow ni dpt membawa menafaat pada kita semua...

    ReplyDelete
  11. Adik nak cite sikit ni pasal hal ehwal semasa.Sebuah dunia menyambut Obama masuk rumah putih. Termasuklah orang Malaysia. Arah dah tujuan dia belum lagi diketahui,tapi biasalah orang kita ni, orang bersorak, kita pun lagi kuat sorak.Orang Melayulah katakan.Obama tu lantaklah dia negeri dia, akidah dia.
    Yang nak adek bebelkan pasal tanah air kita ini. Adik tak kisah banyak parti janji kita mencari kemajuan, yang adik risau ialah masa depan kenkawan adik dan jugak adik. Masa depan kami tak ketentuan lagi. Kalau adik perhatikan silap hari bulan, bila masa adik nanti,kami akan jadi pemerhati aje, paling handal, jadi tukang sorak dihari kemerdekaan. Adik risau,kuasa raja pun dah ada yang berani memperkotak-katikkan,sebagai permulaan ketua menteri dan jawatan datobandar pun dah tak macam zaman Hang Tuah dulu.Itu adik tak risau sangat,tapi bila bab akidah dan ugama Islam, adik rasa haruslah kita pertahankan, jangan lah kita bagi orang yang lain untuk masuk camur tangan, lebih-lebih lagi, lebai yang sama-sama berserban tapi berlainan ugama dan akidah. Adik malas dan tak pandai cite panjang, cuma adik minta tolong pakcik makcik bersamalah renung kan masa depan adik dan kenkawan adik,jangan setakat menjadi tukang sorak aje di hari kemerdekaan tapi kampong tergadai.Sekian Wasallam kerana mencelah.

    ReplyDelete
  12. hello
    nama saya waterchessnut dan saya bukan klp-ian, tetapi boleh saya turut serta dalam blog ini. Nampak menarik.

    terima kasih

    ReplyDelete
  13. saya suka baca blog ini, tapi yang buat potong stim adalah upin & ipin. Mengapa selalu kuar tajuk? x syok ler..jgn maree

    ReplyDelete
  14. Huh name macam agen George Bush yang dah kena buang keja aje. Nak masuk ahlil kena tanya merangkap presiden, Uncle Mael dan Auntie Rozie,dan mesti di sahkan oleh Uncle Lanun head of security. ADIK TA KISAH....

    ReplyDelete
  15. Eh bukan Untie rozie,Auntie Rose, terlatahla plak

    ReplyDelete
  16. Nak tau aper SD tu kenelah jawab ni.

    Ape bende yang masuk tiga segi, apabila keluar bergulung-gulung?

    ReplyDelete
  17. boleh tahan teka-teki kau...kalau nak ikutkan byk benda yg boleh masuk 3 segi...

    kush, kau ni memang very talented, macam2 ada...sampaikan 'beautiful maria' pun tersenyum sipu mengatakan kau...

    ReplyDelete
  18. Aku dengar selepas beautiful maria berjaya diberkas, pak cik-pak cik semua berlari walau pun dah semput mengejar pada yang masih anggun dan cun, kasihannn...adakah kerana dahulu terkenangkan lirikan matanya saja....

    ReplyDelete
  19. yang pasti bukan aku rose...aku adalah pelari pecut tak semput, tak mcm dia org...dan kalau aku nak kejar pun tak guna pasal wajah beautiful maria tiada dlm memori aku, tak dpt rakam waktu dulu, kesian aku...

    tak mengapa anyway selamat sejahtera pada maria dan welcome to the club...diharap dpt jumpa pada reunion ke 6, kemungkinan jumaat depan.

    ReplyDelete
  20. Siapa gerangan pakcik2 yg berlari sampai semput tu? Mungkin betul kata Rose, pakcik2 sume masih teringat lagi lirikan matanya. Mungkin itulah yg mahu dicari pakcik2 tu. Tapi ini normal bg lelaki kan?

    Danial plak boleh khabarkan yang Beautiful Maria @ SiTudung Labuh tersenyum sipu mengatakan aku? Apa yg diperkatakan tentang aku ni? Mari kita tanya pakcik Danial?

    ReplyDelete
  21. Bukan juga aku. Aku tak lari pun. Sebab aku jalan dulu. Selamba je jalan macam itik pulang petang. Quek quek.

    ReplyDelete
  22. Kush, memang perkara biasa bagi lelaki "normal" suka dengan lirikan mata pompuan. Kalau lelaki yang kureenng normal, tak tau la pulak! So, Uchu rasa para isteri tak sepatutnya melenting bila suami mereka melirik perempuan cantik depan mata coz suami mereka tu sah-sah lelaki "normal".

    Quek quek... Mael mmg cute mcm itik pulang petang!

    ReplyDelete

You are free to comment here...