Thursday, February 12, 2009

Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Aku sekadar nak berkongsi pendapat penulis dalam artikel ni hasil pengamatan dan penyelidikannya. Kita semua layak memberi komen kerana kita semua sudah mencapai kategori 40an. Benar ke tak, lu pikir la sendiri ;-)

Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan seorang lelaki dikatakan baru bermula apabila memasuki usia 40 tahun. Mereka seolah-olah baru melihat dunia, tetapi ada ada juga yang mengatakan pada usia itu lelaki sebenarnya mula rasa terancam dan ingin menjadi muda semula.

Tidak hairanlah ada lelaki yang mula memasang badan dan berlagak seprti bujang sehingga melupakan anak bini di rumah. Ada yang mula menggatal, pantang melihat wanita berdahi licin sehingga timbul pepatah baru ‘lelaki semakin tua, semakin miang’. Benarkah?

http://intim.wordpress.com/2008/09/25/lelaki-lanjut-usia-bertambah-gatal/


34 comments:

  1. ....dan ada yang mungkin dah boring dengan yang sedia ada atau yang sedia ada dah tak berseri atau yang sedia ada dah tak berkemampuan.

    Ada orang cakap, takkan hari-hari makan ikan kembong, sekali sekala nak gak makan ikan bawal.

    ReplyDelete
  2. ....dan perempuan muda skarang ni lebih minat pada yang matang, terutamanya yang dah terang atas kepala.

    ReplyDelete
  3. Ish Ish Ish tak insured betul statement Uncle Kush ni.Abah cakap dia cukup saaaayang dengan omak.Walaupun omak alignment dah lari,tapi omak nampak lawa bila berbedak sejuk dan berkemban.Omak malah mengalakkan abah mengikut jejak Raisuddin Hamzah,tapi abah ni setia orangnya.Memukul nyamuk pun tak mati.Jadi abah cakap,statement ni, buat masa ni tak relevan dengan abah..........Abah cakap,abah akan pikirlah sendiri...Upin pun tak sanggup ada omak tiri. Pepatah Eskimo ada mengatakan,beruang kutub yang tidur jangan dikejutkan....

    ReplyDelete
  4. ....dan kehidupan seorang lelaki atau suami yang dah 40 keatas, tidak lagi mencabar. Jadi mereka ini terpaksa mencari adventure diluar rumah atau dimana sahaja.

    ReplyDelete
  5. Pepatah orang Senoi ada mengatakan,uban yang dicabut akan keluar uban juga semula.....

    ReplyDelete
  6. Mana pergi warga KLPian yang lain lain,takkan sideline aje,janganlah camtu,takkan tak ade yang nak mengaku dah tuuuua dan miiiiiiiiang.jangan malu dan segan segan.Mengaku aje sikit-sikit tak apa.Takanlah tak ada lansung yang ada pengalaman jadi abang angkat ke? Suami angkat ke?Bapak angkat ke?Atau ape-ape angkat yang lain....

    ReplyDelete
  7. Minggu lepas Upin ikut abah pergi KLCC,omak tak ikut sebab Dek Bayah demam nak tumbuh gigi,gusi kanan belah atas dia bengkak.
    Sampai KLCC pukul 1 tgh hari.Sampai kaunter minyak wangi akak tu panggil abah.Abah dengan riangnya menghulurkan tangan.Macam-macam minyak wangi akak-akak tu bagi try,tengah sibuk try akak sorang tu sendawa,mak oooi macam jantan terperanjat Upin,hilang kegairahan abah nak beli.Dah jauh jalan dari kaunter tu dengar akak-akak tu gelak sambil ketawa,ambik kau nyah keluar sendawa jantan aku...Abah mengeleng sambil lap lap tangan

    ReplyDelete
  8. Upin nampak tak Nyah tu pegang tangan abah masa sembur minyak wangi? Lain kali kalau nampak bdadan besar belakang kaunter, lebar bahu, besar lengan, jangan lah lagi nak pergi cuba try test tengok minyak wangi ape yg ade. Cari lah kaunter yg diuruskan oleh 'babe'. Ala takkan Upin tak leh nak bezakan?

    ReplyDelete
  9. Akak akak tu lawa,pakai singlet gan blazer,tu yang abah ulur sampai dua dua tangan.Sorang itu putih macam Misha,yang sorang itu ala ala Fasha.Dua dua pakai tekirt, anggun......Tapi perangai je macam Bengali jantan kenyang.Tak senonoh betul.Abah teringat Bengali2 dekat Wisma Yakin dolu, yang duduk dekat tangga depan restoran tu....Geligeleman abah memikirkan insiden tu...

    ReplyDelete
  10. Bengali jantan kenyang yang baru makan capati 2 keping dengan susu lembu segelas jangan didekati.
    Sebab 15 min selepas tu dia akan sendawa dan melepaskan angin yang teramat kuat berserta dengan wangi-wangian nya sekali...Kalau tak caya boleh cuba try.Sendawa dia macam buluh kena gelek tayar,bila kentut pula siap angkat kaki sebelah....

    ReplyDelete
  11. Salam pada semua kaum bapa yang sah2 umur dah lebih 40 tahun..... maaf la ye, ini komen su dari sudut pandangan kaum ibu/wanita melalui pengamatan & pengalaman. Biasanya bila dah sampai umur 40 tahun ni, lelaki yang berstatus suami, suka sangat mencari yang baru samada dengan niat untuk buka branch kedua atau semata-mata untuk test market je. Alasan mereka, nak cari kebahagiaan. Kononnya, kat rumah tangga yang dah lama bertangga tu dah tak bahagia lagi. Itulah kesilapan paling besar yang mereka buat kerana kebahagiaan memang tidak boleh dicari tetapi kebahagiaan mesti dicipta sendiri antara dua insan yang berkongsi hidup. Contohnya, kalau si suami suka sepahkan stokin, balik kerja terus campak je kat mana suka. Si isteri pula, hari2 berleter tentang sikap suami yang suka buat sepah. Kalau dah hari2 perkara yang sama berlaku, mana nak datang bahagianya? Apa salahnya suami tadi, mengubah sikap demi mencipta kebahagiaan dlm rumah tangga? Dan siisteri pula tak perlu berleter tetapi mencari pendekatan yang lebih bijak supaya suami tidak mengulangi sikap yang suka buat sepah tu. Bila kedua-dua belah pihak berusaha bertolak ansur dan mengenali sikap pasangan masing2, barulah ada kebahagiaan dalam rumah tangga jadi tak perlu cari yang lain.
    Tapi kalau tak ada masalah dengan pasangan dan suami masih juga nak cari yang baru, itu memang sah2 gatal, tak dapek den nak nolong! Agaknya, itulah perangai lelaki yang Ipin kata "benggali jantan kenyang" kot.....

    ReplyDelete
  12. Ish!Ish!Ish! Auntie Sukasma ni...,Benggali jantan kenyang ni cerita permasaalahan penghadaman,tak ada kena mengena dengan niat baik membuka branch baru.Abah cakap hati kaum lelaki ni berbeza dengan kaum hawa.Sifat lembut dan kasih sayang pada kaum Adam ni berlainan sikit,dia cepat simpati,tak boleh dengar kaum hawa yang bermasaalah dan yang tak ada masalah...Bab baling 2 setokin ni,Abah tak pernah pakai stokin,jadi tak terbabitlah......

    ReplyDelete
  13. Bukan semua orang lelaki yang dah 40 keatas ada pasang niat macam cerita p ramlee tu. Macam aku nih, takde niat pun, seto'ek pun takde. Suka-suka je menggatal. Orang kata seronok-seronok sambil berhibur.

    Nak test market??? Alamak, ni pekerjaan yang bahaya, silap langkah masuk perangkap. Tak leh.

    Skarang ni nak cakap ngan pompuan pun susah sebab kamera di mana-mana. Silap-silap terpampang gambar kat internet. Terpaksa letak jawatan lah pulak.

    ReplyDelete
  14. Aku sah bukan benggali jantan kenyang walaupun aku pernah makan rotu canai 2 keping sebab roti rangup, kuah sedap ditambah sambal yg menyengat.

    Aku terpaksa akur dgn pandangan Sukasma. Memang ade antara kaum lelaki yang ambil mudah tugas isteri sbg home manager. Kita kene la jugak bantu si isteri kat rumah. Ade yg sama2 kerje jadi sama2 penat tapi kalau kita sama2 bantu membantu, tugas tu semakin mudah.

    Bab kaum lelaki nak bukak branch ni dah lumrah walaupun nukan di peringkat kritikal. Bg yang mampu mungkin dia ingin sekali bercinta sekali lagi dan berumahtannga utk kali kedua. Tapi biarlah adil. Jgn pulak isteri tua dipinggirkan bila dah dapat yg baru. Bukan senang nak jaga hati org pempuan ni. Aku boleh tulis satu buku tentang pengalaman aku. Aku pun bukannye sempurna. Dah lama kahwin pun aku rasa aku masih tak sempurna sbg suami dan juga sbg bapak kpd anak2 gadis aku. Tapi aku lebih mahu sempurna sbg bapak kerana aku kenal anak2 aku semenjak kecik lagi.

    Dan aku tak nafikan ade antara kita yang coba2 test market tapi awas sbb kalau dah tersangkut payah nak cari pangkal jalan! Tengok mcm kawan kita Mael tu. Steady aje dia dgn caranya sendiri - seronok sambil berhibur!

    ReplyDelete
  15. Hai coverline nampaknya masing masing,apesal blog dah bocor ke?Kah Kah Kah bunga angkat belakang semua taroh.Kici bini sana rumah mesti pandai mau jaga,saya bank jugak jaga...

    ReplyDelete
  16. Sas ri ka bai,

    Mengapa masa kat wisma yakin atau masa masa sewaktu dengan nya, bila nampak benggali, kita akan tepuk dahi kawan kita. Satu permainan yang tak beretika tapi tetap di mainkan.

    Waktu tu sakit dahi aku kena tepuk dengan danial. Maklumlah dia ni tinggi jadi cepat je nampak benggali. Bila aku nampak benggali dulu, aku cuba tepuk dahi dia tapi selalu tak kena sebab dia tinggi. Ceh....permainan yang sungguh tak adil bagi kaum benggali dan orang2 macam aku.

    ReplyDelete
  17. Ipin ade kenal kawan2 yang "...kecik2 lembu jaga, sudah besar bank jaga" ?

    Tapi ungkapan ni sensitive bg mereka. Jd hati2 lah bila berada dlm masyarakat berbilang kaum.

    ReplyDelete
  18. Upin ade kawan benggali,tapi mereka tak kisah dah. Itu zaman datuk mereka,sekarang sultan pun mereka dah boleh saman. Tapi bab dud ni, uncle Mael & Uncle Kush masih jugak akan terkena dengan Uncle Dan, sebab setelah 27 thn di beri peluang tak jugak tinggi tinggi......kah kah kah
    jadi kena jugak jaga kening tu

    ReplyDelete
  19. Walaupun aku dan Mael tak tinggi2, kami berdua dah 'besar panjang'. Ada betul ke?

    ReplyDelete
  20. Entahlah Uncle Kush,omak ada gak cakap ungkapan besar panjang tu pada Upin, Upin tetap gak tak paham paham.....

    ReplyDelete
  21. Yello Ismail & Kush,

    wo kasi hantam sama saya tepuk kapala ha...dulu memang senang nak 'dut'kan di dahi tapi sikalang manyak susah, abang ali banyak kurang pakai dut sikalang...itu orang kata abang ali ka atau lubang gali?

    ReplyDelete
  22. Perkataan LANJUT x sesuai pasal bunyinye terok benor dah lusuh...kalau lelaki umur 40an masih kuat dan hebat lagi tapi kalau dah lewat 60an tu kira dah lanjutla...

    Lumrah lelaki adalah benar suka test market, suka maintain badan x boroi mcm aku, jaga kesihatan, ada hati nak berbini lebih mcm2 lagi...tu la lelaki yg TULIN bukan mcm mat patah dan lembut gerak geri sampai bini yg comel pun ditinggal2 kan...

    Tetapi mcm Mail cakapkan lelaki yg nak cuba cross border tu x ramai, dan ada sebab musabab yg tersendiri...sebab kebanyakkan lelaki yg mampu akan berfikir berkali2 kalau x boleh sikap adil, tak akan lakukan, jgn main api, nanti rentung...

    Para isteri pula kena jaga2 jgn ambil mudah,kalau si suami tu nak dibelai mcm dolu2 tu layan la, jgn buat x tahu je, bahaya...dan kalau cakap biar maksud tu jelas, jgn cakap lain nakkan yg lain...komunikasi and understnding adalah penting plus sabar...

    Apa2 pun Kush topik kau ni memang mencabar nak dibahas...kepala pun dah berat ni pasal ubat...

    ReplyDelete
  23. Kesian Uncle Dan,yalah badan dah tua-tua ni antibodi dah kuat ponteng,senaman pun maleh,selera aje tajam,ini sindrom nak masuk 50.Nampak anak dara 20an,30an terasa umur muda,tapi bab penyakit yang tak nampak nak datang, tak dapek den nak nolong.Masa ni lah isteri melaung aje dari dapur,ubat dah telan lon??Kalau tak main pesan aje kat anak-anak suruh abah makan ubat.Dah tak ade belaian macam 20 thn dolu,silap hari bulan 2x makan ubat,anak bagi isteri pun bagi,Abah Upin pernah makan ubat 2 dos,stim freee di buatnya.........Cakap sensorang abah Upin Kah Kah Kah

    ReplyDelete
  24. Tu la Upin umur dah meningkat tapi hati tu masih lagak muda sangat, bahaya kalau dilayan...Uncle Dan ni dapek layan blog ni pasal dah down makan ubek alternatif, ado kek ruma ni hah...

    Kalau demam, selsema, sakit tekak jgn dimakan semua ubat mcm abah eko, tu yang menonoi tu cakap yg bukan2, merapu...

    Pada kali pertama n kedua bantai la ubat tapi lepas tu diselang kan minum teh hijau jepun, baik untuk selsema, tekak dan hidung...kalau bole amalkan dalam pemakanan harian, jgn teh tarik je, tolong posan dokek abah...kalau sakit tokak makan difflam jgn buang maso makan fisherman fren la, strepsil la, hampeh tak menureh...

    Uncle Dan buek mcm ni pasal takut bila makan ubat doktor cakap yg bukan2, mcm2 nama pempuan yg keluar, bahaya kena pandai kontrol...betul tak Upin, mesti pandai mau hidup

    ReplyDelete
  25. Selepas dua hari baru tau cerita abah oberdos.Omak siap cari ubat kampung.Bayangkan abah berpeluh-peluh merangkak gan kain pelekat dan singlet aje keliling hall, omak ingat nak jadi rimau jadi jadian.....

    ReplyDelete
  26. Wahai para isteri-isteri, sayangilah suami mu walau senakal mana pun dia. Berkat kesayangi mu itu yang tak terbelah bagi akan membantutkan hasrat 'murni' suami mu itu.

    Wahai para isteri-isteri, layanlah suami anda dengan penuh kemesraan walaupun anda dalam keletihan. Nescaya pengorbanan mu itu akan menutup nafsunya kepada yang lain.

    Wahai para suami-suami, termasuk aku sekali....kalau lah isteri anda seperti diatas..... kena jadi rimau jadian lah macam abah ipin.

    Janganlah mengikut nafsu, nikah 12 hari cerai, takde maknanya.

    ReplyDelete
  27. Upin selalu dongar khutbah abah kat omak, lebih kurang macamni jugak lah, yang kawin 12 hari tu resmi touch n go namenya....Samy Vellu yang ajar kan kan kan.....

    ReplyDelete
  28. Ini Ipin nak cite sikit, pagi tadi masa minum Ipin dengar abah cakap gan omak dia mimpi malam tadi.Dalam mimpi tu,dia baring dalam bilik hotel,tetiba Barack Obama masuk nak pinjam pakai cermin,abah cakap Barack O cakap omputih gan abah.Tapi dalam mimpi tu abah nampak Barack O berisi sikit muka dia,tak sempat abah nak jawab cakap Barack Obama,orang pun bang subuh.Tergelak bahak omak dengar cerita Abah,sebab omak tahu abah,bab cakap omputih ni lombap sikit,itu yang tak sempat nak lawan bercakap dengan Barack Obama,yang kelakarnya jumpa penghulu pun tak reti nak bercakap,ini kan pulak nak lawan cakap gan presiden amerika.....Aabah siap tanya lagi apa makna mimpi dia itu,omak menjeling maleh melayan cite abah

    ReplyDelete
  29. Hah Upin, pendapat Uncle Dan senang je...mimpi abah kau tu makna nye nak jumpa org dah lama agak2 27 tahun kot...

    Abah kau tu rindu dekat Zainal Abidin, budak Ganu kite tu...tu sebab dia mimpi Barack O! Takdo makno lain yo

    ReplyDelete
  30. Abah dah mula nyanyi lagu No Woman No Cry pulak dah....

    ReplyDelete
  31. Danial: Lanjut tu mungkin seswai utk yg dah masuk 60an. Aku setuju. Lelaki 40an ni masih gatal lagi kut!

    Mael: Nasihat sesama sendiri tu penting. Kita ingat mengingatkan. Tapi selalunya si isteri yg selalu mengingatkan si suami! Macam aku ni hah :-D

    Ipin: Ko ni banyak betul citer ko. Creative gak ko ni ye. Aku masih tak tau sape sebenarnye Ipin ni. InsyaAllah nanti kita jumpa.

    ReplyDelete
  32. Ipin pun tak sabar nak berjumpa kembali.....

    ReplyDelete
  33. Tapi bab mimpi Obama tu kisah benar...

    ReplyDelete

You are free to comment here...