Monday, August 3, 2009
HARGAILAH ORANG YANG TERSAYANG \(^_^)/
Kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia. Pegang kata-kata itu. Impilikasinya, untuk kita bahagia, carilah orang yang paling hampir dengan kita dan bahagiaakanlah mereka. Hanya setelah itu, barulah kita akan merasa bahagia. Sesungguhnya bahagia itu bukan “benda” yang akan berkurang bila diberikan, tetapi ia umpama cahaya yang semakin “diberikan” akan bertambah terangnya. Kata bijak pandai, dengan menyalakan lilin orang lain, lilin kita tidak akan padam… tetapi kita akan mendapat lebih banyak cahaya.
Sesetengah bertanya? Bagaimana kita boleh mengharagai pasangan kita. Insya-Allah, bila ada kemahuan pasti ada jalan. Dunia akan menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan. Kata orang, kasih, cinta dan sayang umpama aliran air, sentiasa tahu ke arah mana ia hendak mengalir. Mulakan dengan memandangnya dengan pandangan kasih… mungkin wajah isteri kita sudah kedut, tetapi rasakanlah mungkin separuh “kedutan” itu kerana memikirkan kesusahan bersama kita. Mungkin uban telah penuh di kepala suami kita, tetapi uban itu “mercu tanda” pengorbanannya membina rumah tangga dan keluarga kita.
Itulah pandangan mata hati namanya. Kalau dulu semasa awal bercinta, pandangan kita dari mata turun ke hati. Tetapi kini setelah lama bersama, pandangan kita mesti lebih murni. Tidak dari mata turun ke hati lagi, tetapi sudah dari hati “turun” ke mata. Yang kita lihat bukan “body” tetapi budi. Yang kita pandang bukan urat, tulang dan daging lagi… tetapi suatu yang murni dan hakiki – kasih, kasihan, cinta, sayang, mesra, ceria, duka, gagal, jaya, pengorbanan, penderitaan – dalam jiwanya yang melakarkan sejarah kehidupan berumah tangga bersama kita!
Malah, bila berjauhan pun kekadang terlalu lokek bertanyakan berita. Jika duduk berjauhan, masa berSMS dengan teman lebih banyak berbanding dengan isteri. No news is a good news. Begitu selalunya, rasa di hati. Tetapi bila isteri atau suami diserang “sakit” – katalah hilang keupayaan bercakap dan bergerak, maka ketika itu puaslah kita menangis kerana tidak dapat mendengar suaranya lagi. Waktu itu barulah duduk di tepi katil hospital, merenung mata isteri atau suami kita yang berkelip-kelip, tanpa kata, tanpa suara…
Hidup terlalu singkat. Hidup hanya sekali. Yang pergi tak kan kembali. Yang hilang, mungkin tumbuh lagi… Tetapi tidak semua perkara akan tumbuh semula. Apakah ibu-bapa yang ‘hilang’ akan berganti? Apakah anak, isteri, suami yang ‘pergi’… akan pulang semula? Jadi, hargailah semuanya selama segalanya masih ada. Pulanglah ke rumah dengan ceria, tebarkan salam, lebarkan senyuman. Mungkin esok, anda tidak ‘pulang’ atau tidak ada lagi sidia yang setia menunggu di sebalik pintu. Mungkin anda ‘pergi’ atau dia yang ‘pergi’. Hargailah nyawa dan kehidupan dengan sayang dan cinta. Kita tidak akan bahagia, selagi orang di sisi kita tidak bahagia!
Sunday, August 2, 2009
Survey tentang Wanita Bandar Yang Berumur Hampir 50 tahun.
Tidak hairanlah jika ini mengakibatkan beberapa perlakuan saikologi yang pelik dapat dilihat berlaku dikalangan mereka yang berusia 50 tahuh keatas ataupun mereka yang hampir mencecah usia setengah abad itu.Umpamanya ada wanita berusia 50 tahun berkahwin dengan lelaki seusia anak mereka, ada yang menjadi kurang siuman, sikap mereka juga mudah berubah menjadi terlalu cerewet sehingga dibenci oleh kawan2 di pejabat dan di luar serta banyak lagi.
Ada kajian yang menyebut, wanita berusia 50 tahun sering berasa kesunyiaan kerana anak2 sudah membesar dan mempunyai hal masing2, suami semakin `menyibukkan'diri atas beberapa sebab. Adakah itu faktor utamanya??? Midlife crisis atau krisis pertengahan umur bagi wanita dibandar tidak seharusnya dipandang remeh kerana ramai wanita bekerjaya dibandar yang mencecah usia itu mendapat bimbingan kaunseling kerana masalah `jiwa kacau' yang menekan hidup mereka.
Justru, diharap kawan2 dapat memberi sedikit pendapat mengenai fenomena yang menimpa wanita berusia 50 tahun ini bagi melengkapkan kajian saya. ianya amat berguna kerana bagi rakan2 KLP wanita seusia saya kita semua akan mencapai usia itu dua atau tiga tahun lagi. So jika ada tanda2 seumpama itu dalam diri anda, mungkin kita boleh berkongsi masalah. Bagi yang lelaki pula...Life for them mungkin baru bermula...Jika bagi wanita 50 usia penamat bagi keseronokan hidup tetapi bagi kaum Adam keseronokan baru nak bermula. So kawan2 ....tak kira lelaki atau perempuan I need your comments on the issue, do help me. Sama-samalah kita menafaatkan hasil kajian ini kelak. Terima kasih.
Your Mirror
The good you find in others, is in you too.
The faults you find in others, are your faults as well.
After all, to recognize something you must know it..
The possibilities you see in others,
are possible for you as well.
The beauty you see around you, is your beauty.
The world around you is a reflection,
a mirror showing you the person you are.
To change your world, you must change yourself.
See the best in others, and you will be your best.
Give to others, and you will give to yourself.
Appreciate beauty, and you will be beautiful.
Admire creativity, and you will be creative..
Love, and you will be loved.
Seek to understand, and you will be understood.
Listen, and your voice will be heard.
Teach, and you will learn.
Saturday, August 1, 2009
Saturday, July 4, 2009
Al Fatihah Untuk Kamaruzaman @ Kentat
Pagi itu saya mendapat panggilan telefon dari Danial. Berita yang disampaikan sungguh mengejutkan dan terasa seperti dalam mimpi. Innalillahiwainnailla-hirajiun.... Kamaruzaman atau Kentat telah kembali kerahmahtullah pada hari ini 4 July 2009 bersamaan hari Sabtu. Beliau berusia 47 tahun. Saya gugup sebentar dan seakan tidak percaya kerana baru saja menerima sms darinya minggu lalu. Teringat pertemuan pertama saya dengannya setelah 28 tahun kami berpisah, direstoren nasi kandar di Shah Alam bersama kira-kira 10 rakan2 KLP yang lain dalam GTT (Gosip Teh Tarik). Selepas pertemuan itu kami kerap juga berbalas sms, menulis dalam blog dan berbual melalui telefon. Arwah seorang yang sungguh prihatin...tidak lokek dengan senyuman dan apa yang tetap kekal dalam ingatan ialah sikap suka mengusik beliau...yang masih terngiang-ngiang sehingga saat ini.
Rupa2nya pertemuan dan kenangan itu adalah yang pertama dan terakhir arwah dengan saya dan rakan2 KLP yang lain. Meskipun dilanda kesedihan kerana kehilangan seorang kawan, sebagai manusia takdir hidup kita telah ditentukan. Sesungguhnya ketika hidup ini banyak yang kita rancangkan namun semuanya terletak ditangan Allah yang Maha Mengetahui segalanya.
Masih saya teringat peristiwa beberapa tahun lalu, apabila saya terserempak dengan salah seorang kawan KLP kita, Arwah Hasnan yang begitu bersemangat mahukan kita semua mengadakan perjumpaan atau reunion untuk bertemu kawan2 lama KLP.Hajat beliau juga tidak kesampaian apabila dijemput Ilahi terlebih awal. Selepas itu barulah kami semua bertemu dengan inisiatif Mail, Lanun, Rose dan beberapa rakan KLP yang lain. Usaha mempertemukan rakan2 lama adalah suatu usaha yang sangat di hargai kerana sebagai insan yang melangkah ke usia setengah abad banyak peristiwa dalam hidup dapat kita kongsi bersama. Secara tidak langsung kita dapat meluaskan jaringan persahabatan dan berkongsi pengalaman hidup masing-masing yang pastinya melalui onak dan duri yang sungguh mencabar. Hasilnya ialah saiapa kita pada hari ini.
Kepada rakan-rakan semua, memandangkan usia kita yang menjelang petang ini, jika ada rakan2 yang teringin berjumpa kita, sampaikan lah hajat mereka, kerana kita sendiri tidak tahu nasib kita. Begitu juga mereka, entah esok, entah lusa kita kembali.
Mungkin di blog ini...posting Asma Al Husna adalah permintaan arwah Kentat pada saya dua bulan yang lalu supaya rakan2 menghayati video itu. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh Kamaruzaman, Hasnan dan mereka yang telah pergi terlebih dahulu dari kita. Al Fatiha...
Friday, July 3, 2009
Sunday, June 21, 2009
Kelas lelaki.....???

Ni dia kelas 6A1. Mengapa takde perempuan arrr. Dia orang boikot kot. Tu la kan... kalau dah hero-hero belaka, perempuan takut nak bergambar bersama.
Saturday, May 30, 2009
UPDATE ON TRIP TO JAKARTA/BANDUNG
Tentative date : 6 August - 9 August 2009
Duration : 4 days - 3 nights
Package rate : RM1,230.00 seorang
Room : Twin-sharing
Hotel : Nalendra, Bandung and The Orchardz , Jakarta.
Kepada yang berminat, sila berikan nama penuh (seperti di K/P), no kad pengenalan dan deposit sebanyak RM500.00 kepada Ismail Abdul Rahman.Cara pembayaran boleh dibincangkan dengan Encik Mail.
Tarikh tutup penyertaan ialah pada 30/06/09.
PROGRAM
HARI 01 TIBA-JAKARTA-BANDUNG (MT/MM)
Setiba di lapangan terbang Soekarno-Hatta, kita terus ke Bandung. Singgah makan tengahari di restoran Minang. Di Bandung, kita akan membeli belah di beberapa tpt spt Pasar Baru & Factory Outlet di Jalan Riau\Dago. Makan malam di restoran Sunda. Bermalam di Bandung.
HARI 02 BANDUNG-JAKARTA (S/MT/MM)
Selepas sarapan, melawat Tangkuban Perahu untuk melihat kawasan gunung berapi dgn pemandangan yang cantik & membeli belah. Singgah juga di kolam air panas Sari Ater, di mana anda boleh merendamkan kaki, berehat atau berurut. Makan tengahari sebelum bertolak ke Jakarta. Makan malam. Bermalam di Jakarta.
HARI 03 JAKARTA (S/MT/MM)
Selepas sarapan, melawat Kilang Batik & sekitar Pasar Seni,Taman Tema Ancol & seterusnya membeli belah di tpt spt Tanah Abang, Mangga Dua dsbnya. Makan tengahari & malam di restoran. Bermalam di Jakarta.
HARI 04 JAKARTA-PULANG (S)
Selepas sarapan, waktu membeli belah lagi sebelum ke lapangan terbang untuk pulang.
KOS:
HOTEL
Option 1 -DEWASA (RM 1,230.00) ## KANAK2 (RM1,095.00)
Na Lendra (Bandung) and Orchartz (Jakarta)- 3*
Option 2 - DEWASA (RM 1,420.00) ## KANAK2 (RM1,215.00)
Aston Tropicana (Bandung) and Le Grandeur (Jakarta) -4*
## Kanak2 bawah umur 12thn shj & hya seorang berkongsi bilik dgn 2 dewasa.
Harga termasuk berikut:
- Tiket penerbangan pergi balik dengan AirAsia
- Cukai kapalterbang kedua2 hala
- Bagasi 15kg pergi balik
- Tempat duduk bernombor berkumpulan
- Penginapan 3 malam (1-mlm di Bdg, 2-mlm di Jkt)
- Makan minum HALAL seperti itineri (3x sarapan, 3x makan tghari, 3x makan mlm)
- Lawatan & tiket kemasukan
- Pengangkutan berhawa dingin
- Pemandu pelancung
- Tipping
JADUAL PENERBANGAN :
06OGOS KULCGK AK380 - 0700-0805
090GOS CGKKUL AK393 - 2030-2330
** Harga adalah tertakluk kpd perubahan semasa & surcaj lebihan minyak & tarikh tempahan di buat.
***Harga sah sehingga 01 July 2009 shj.
Thursday, May 7, 2009
HOLIDAY IN JAKARTA/BANDUNG ANYONE ..??
Tersebutlah alkisah tentang rancangan nak buat rombongan ala ala rombongan Cik Kiah. Cadangan datangnya dari salah seorang sahabat kita jugak. Rombongan ni untuk kita-kita saja, warga KLP dan ahli-ahli yang sewaktu dengannyer. Aku rasa cam best jer...
Tempat yang di cadangkan ialah Jakarta/Bandung atau
Ini baru rancangan je. Jadi kepada yang ingin mengikuti rombongan ni atau yang mempunyai cadangan lain yang lebih menarik, sila-silakan lah bagi cadangan, calling calling atau sms atau email kat Mr.Ismail kita seperti biasa, teman yang sentiasa membantu....
Wednesday, May 6, 2009
Kita semua bagaikan Pelangi Petang.....
Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan. Namun percayalah bahawa ketika Allah mengambil sesuatu, Dia telah mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan lepada kita.
Friday, May 1, 2009
Penawar Buat Yang Merindu
" Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari.
Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti.
Mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu betapa besar makna dan erti seseorang dalam hidup kita"
Kenali sebuah pertemuan,
Kerana disitu tercipta kemesraan,
Hargailah sebuah persahabatan,
Kerana disitu tercipta kerinduan,
Sayangilah sebuah perkenalan,
Kerana disitu terciptanya sebuah kedamaian
Perkara yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti dalam hidup mu tapi akhirnya harus melepaskannya pergi.
Permintaan Ramai- Lamunan Terhenti Korang
Kepada kawan-kawan yang gian sangat nak lagu ni...erm...Nah...ambik kau...Lamunan Terhenti Oleh Aris Watan. Kush, Mail, Danial dan Ayahnyer Ipin...harap lagu ni dapat mengembalikan keremajaan korang ye...( Perasan Muda lah tu) Mak Aji kiranya dah jadi VJ pulak dalam blog ni...apa2 pun memang best tengok respon korang bila lagu2 permintaan dapat disiarkan disini. Enjoy ye...apa2 pun jangan lupa bukak video Doa Taubat tu ye...sunyi je komen kat situ....
HAYATI MADAH DIBAWAH.....
Dalam hidup ini, kadang kala kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan itu adakalanya tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.
Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi
Terkadang, kita tidak dapat apa yang kita impikan. Lalu, kita menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa. Sedangkan, kita tidak sedar, apa yang kita perolehi adalah lebih baik dari apa yang kita harapkan.
Monday, April 27, 2009
Kenangan Suka Duka KLP 81
Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari ( Saidina Ali)
Lagu ini ditujukan khas pada semua rakan-rakan KLP 1981. Bayangkan suka duka disaat masa remaja kita. Terasa cepat sungguh masa berlalu. Pelbagai kisah suka duka itu masih tersimpan dihati kita dan hanya kita sahaja yang tahu dan merasanya. Meskipun sudah 28 tahun berlalu, setiap kali melangkah ke Kampung Baru dan menjejaki Wisma Yakin kenangan bersama rakan-rakan tidak mudah luput begitu sahaja. Justru penubuhan Alumni dan Blog KLP bertepatan dengan rindu kawan2 terhadap zaman persekolahan dulu. Apa pun masa merubah banyak perkara, dari fizikal, emosi dan spiritual kita. Kita menjadi insan yang dicorakkan oleh masa dan latar belakang kita. Namun segalanya hanya tinggal kenangan.....
Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya.
Sunday, April 26, 2009
Buat Renungan Rakan-rakan Sekalian...
Tentang Waktu
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa
yang diberikan Allah.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju ke syurga.
Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR.
Teman yang paling akrab adalah AMAL.
Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM.
Bahasa yang paling manis SENYUM.
Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.
Tuesday, April 21, 2009
Cadangan Penubuhan Koperasi
Dengan ini pihak penganjur telah mengariskan beberapa matlamat penubuhan koperasi tersebut seperti dibawah.
Proposed Mission Statement for Koperasi
- To generate income from business activities and to give out (declare) a reasonable dividend to the members of the Koperasi from profits generated from the business
- To build up the assets and savings (Reserves) of the Koperasi through business activities
- To provide financial assistance/loan for children of Members of the Koperasi to pursue higher education either locally or abroad (Loan will be interest free)
- To give priority to Members of Koperasi for any possible business ventures undertaken by the Koperasi e.g sub-contracting job, supplying of materials, provide services or expertise etc.
- To undertake charity function such as to sponsor foster homes, orphanage, hard core poor at least once a year.
- To provide Group Medical Insurance for Members of the Koperasi.
(maaf yo, bahaso omputih plak diguno pakai, den tiru jo dari Hazizan, bapak koperasi kito)
Ahli adalah terdiri daripada warga KLP1981 sebagai ahli utama dan isteri/suami mereka sebagai ahli biasa.
Yuran bulanan yang minima akan dikenakan kepada semua ahli sebagai mengisi syarat-syarat penubuhan Koperasi.
Pihak penganjur akan mengadakan sessi penerangan pada satu hari yang akan ditentukan nanti dan agendanya adalah seperti berikut:-
- Penerangan oleh pihak penganjur
- Taklimat oleh wakil dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
- Sessi soal jawab
- Meeting koperasi yang pertama untuk:-
i) melantik pro-tem committee
ii) membincang dan meluluskan matlamat koperasi
iii) memilih dan meluluskan nama koperasi
Majlis taklimat/mesyuarat ini adalah sangat penting dan diharapkan semua warga KLP 1981 dapat hadir.
Sekian, wassalam.
Thursday, April 16, 2009
Halua telinga Buat Mereka yang STRESS
Hayati Keindahan dan ketenangannya....
Never regret a day in your life.
Good days give u happiness,
Bad days give u experiences;
Both are essential experiences,
Both are essential to life keep going.
Happiness keep you sweet,
Trials keep you strong,
Sorrows keep you human,
Failure keep you humble,
Success keep you glowing
May Allah bless you
Wednesday, April 15, 2009
Hargailah Sahabat Kita
"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah"
" Kita tidak akan dapat memiliki seorang teman, jika kita mengharapkan seseorang tanpa kesalahan. Pada hakikatnya semua manusia itu baik kalau kita boleh melihat
kebaikannya dan amatlah menyenangkan kalau kita boleh melihat keunikan yang ada pada dirinyanya. Sebaliknya semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kita tidak boleh melihat kedua-duanya"
Tentang Waktu
ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan
ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi,
ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketengan,
ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan,
ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa
yang diberikan Allah,
ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan,
ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati
ambillah waktu untuk memberi, itu dapat membuat hidup terasa beerti,
ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan
ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga...
" Manusia berubah mengikut peredaran masa dan zaman. Persekitaran dan latar belakang kehidupan sering membentuk peribadi dan sikap seseorang. Janganlah kita menganggap mereka masih sama seperti 30 tahun yang lalu. Ini kerana pengalaman hidup membezakan kita dari zaman remaja dan dewasa. Justru nilailah sahabat kita melalui masa sekarang dan bukannya berdasarkan masa lampau"



