Benarkah, apabila seorang wanita yang tinggal dibandar mencapai usia hampir 50 tahun, dia semakin tidak dihargai suami dan sering terpinggir. Pertama mungkin kerana keadaan fizikalnya, kedua mereka sedang mengalami pre monopouse, ketiga sikap mereka yang semakin cerewet dan sukar bertolak ansur menyebabkan suami bosan, dan banyak lagi faktor penyumbang (contributing faktor)yang menyebabkan semakin tua wanita yang tinggal dibandar semakin tertekan hidup mereka. Masalah komunikasi mungkin salah satu contributing faktornya, namun faktor lain juga tidak terkecuali.Kehidupan dibandar yang sentiasa bergelumang dalam hidup kebendaan (materialistik) mungkin lebih memburukkan keadaan mereka.
Tidak hairanlah jika ini mengakibatkan beberapa perlakuan saikologi yang pelik dapat dilihat berlaku dikalangan mereka yang berusia 50 tahuh keatas ataupun mereka yang hampir mencecah usia setengah abad itu.Umpamanya ada wanita berusia 50 tahun berkahwin dengan lelaki seusia anak mereka, ada yang menjadi kurang siuman, sikap mereka juga mudah berubah menjadi terlalu cerewet sehingga dibenci oleh kawan2 di pejabat dan di luar serta banyak lagi.
Ada kajian yang menyebut, wanita berusia 50 tahun sering berasa kesunyiaan kerana anak2 sudah membesar dan mempunyai hal masing2, suami semakin `menyibukkan'diri atas beberapa sebab. Adakah itu faktor utamanya??? Midlife crisis atau krisis pertengahan umur bagi wanita dibandar tidak seharusnya dipandang remeh kerana ramai wanita bekerjaya dibandar yang mencecah usia itu mendapat bimbingan kaunseling kerana masalah `jiwa kacau' yang menekan hidup mereka.
Justru, diharap kawan2 dapat memberi sedikit pendapat mengenai fenomena yang menimpa wanita berusia 50 tahun ini bagi melengkapkan kajian saya. ianya amat berguna kerana bagi rakan2 KLP wanita seusia saya kita semua akan mencapai usia itu dua atau tiga tahun lagi. So jika ada tanda2 seumpama itu dalam diri anda, mungkin kita boleh berkongsi masalah. Bagi yang lelaki pula...Life for them mungkin baru bermula...Jika bagi wanita 50 usia penamat bagi keseronokan hidup tetapi bagi kaum Adam keseronokan baru nak bermula. So kawan2 ....tak kira lelaki atau perempuan I need your comments on the issue, do help me. Sama-samalah kita menafaatkan hasil kajian ini kelak. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment
You are free to comment here...