MEMORI ITU
(sempena perjumpaan semula KLP 1981 selepas 27 tahun)
memori itu datang lagi
setelah ia ku pendam 27 tahun lalu
malam itu
melihat mu
aku kembali muda
walau cuma di hati
memori itu
manis dan pedih
manis kerana kau yang ku pernah kenali berada di depan ku
pedih kerana aku tahu aku terpaksa meninggalkan kau jua akhirnya
malam itu kau kembali
bukan satu bayangan
jiwa ku bergelora
nafas ku kencang
andai ku tahu begini kuat cengkaman memori itu
pasti tidak akan ku datang
pedihnya amat sangat
sehingga hampir tidak mampu ku tanggung
memori malam 14 Mac 2009
kenangan itu
akan ku simpan bersama
kerinduan ku untuk bersama mu lagi
andainya jodoh kita ada
Wayangsari
Lokasi "Unknown"
16 Mac 2009 @ 1530hrs
Wayangsari, aku terpesona sekejap bila baca gurindam ni. Tapi aku jugak confuse. Betul ke apa yang aku baca nih.
ReplyDeleteApa pun aku respect kat dia ni sebab aku pun merasainya, cuma berlainan situasi
Kush, kali ni ko kalah. Jiwa raga yang ni lebih power.
Ada sesiapa lagi ker yang luka lama berdarah kembali.
Ipin pun terasa rasa juga. Rasaaaaaaaa nak muntah, dahlah tu, dah terlaaaaaaambat,dah tertaaaaambat,kah kah kah..Barlah Ipin lambat besar
ReplyDeleteAlahai wayangsari.... sebenarnya luka di hati Su ni sentiasa berdarah je, tak pernah sembuh pun! Tapi nak wat camne, jodoh pertemuan, ajal & maut bukan di tangan kita. Walaupun sudah ditakdirkan tak ada jodoh dengan orang yang kita puja semasa di KLP dulu, sekurang-kurangnya bila dpt berjumpa semula, hilang juga rasa rindu yang terpendam tu, kan kan kan.....
ReplyDeleteSalam kengkawan. Walaupun aku tak dapat datang, terasa semacam aku tahu apa yang bermain di hati Wayangsari. Aku persembahkan lirik lagu Aris Ariwatan - "Lamunan Terhenti" - sebagai tatapan. Sekian dulu sebab azan Maghrib dapat kudengar dari meja pejabatku ini.
ReplyDeleteLamunan Terhenti (Aris Ariwatan/Saari Amri)
Entah mengapakah hatiku bergetaran
Bila bertemu lagi oh! kekasih lama
Ku cuba selindungkan api keresahan
Namun perasaan ini berapi di dalam
Ku kira angkau sudah melupakan
Kerna itulah engkau nampak tenang
Lainlah aku walau ketika ini
Masih membara ingatanku terhadapmu
Ku singkap kenangan dulu
Sewaktu kasih berputik
Kugenggam erat tanganmu
Kau tunduk sembunyikan wajah
Namun dapat aku meneka hatimu
Sehati denganku
Lalu kau mendongak berbalas renungan
Dan dengan perlahan tangan kau lepaskan
Kau pun berlalu dalam kepekatan malam
Tinggal aku seorang
Terhenti lamunan bila ku dikejutkan
Engkau dipimpin pergi oleh seseorang
Dalam keterpaksaan kau melangkah kaki (pergi)
Namun sempat jua kau menoleh ku disini
kenapa aku tidak nampak sidia 27 tahun dahulu.....yang nie boleh di jawap oleh anum, zie, enab dan izannnnnn.
ReplyDeletehehe....tapi kan ipin ade bagitahu, sekarang ni dah tak de karan, macammana siwayangsari masih mendakwa jiwa gelora , nafas kencang??
ReplyDeleteIpin tu budak kecik, pakai pampers lagi, mana tau pasal jiwa bergelora.
ReplyDeleteOrang lelaki ni, kalau setakat umur 40an, masih mantap, semangat jitu dan ada yang bertambah garang. Inilah kelebihan lelaki.
Geram betul aku, hari sabtu beli telur ayam kampung, nak makan dengan madu, nak tambah kuasa lah konon, semalam abis maid aku buat telur dadar bagi anak-anak makan.
Hai Auntie Rose pon ade lamunan terhenti...Tak sangka.Tak ape, boleh cite gan Ipin....
ReplyDeletePada Uncle Mael, biarlah anak anak tu dapat power, mereka tu nak membesar,bapak tu dah cukup hukum membesarnya..
Tak sangka pulak Auntie Sukasma pun ade simpan cerita.Dah melampau malam 14 Mac ni,banyak yang terungkai. 27thn punya cerita tuuuuu.Tak ape Ipin pun sanggup dengar...
ReplyDeleteAku rasa Wayangsari terubat ngan lagu Doa Buat Kekasih, duet ngan si dia tu...cuma terkilan tak bagi mike yg power sikit mlm tu...
ReplyDeleteAku rasa lagu tu Kush, Man Black2 Sweet nyanyi mlm tu tambah Careless Wisper...dia ni pun mcm lepas stim je mlm tu tapi aku tak tahu kat siapa...untuk yg di Lumut ke?
Apa2 pun Wayangsari kita kena ingat ayat power ini 'Sejarah Mengajar Kita, Menjadi Lebih Dewasa.....'
Dan tak aku sangka ramai juga yg tersentuh jiwa mlm tu termasuk Chief Organizer dan Committee Member, minus me pls...Hati aku terubat dapat jumpa 'To All Women I Love Before'...
Anyway by the way and highway, aku tetap terhibur berjumpa ngan U all walaupun tekak aku punya sedikit suara!
Pembetulan ' To All The Girls I Love Before' bukan Women...
ReplyDeleteAnyway Wayangsari u are the most sporting lot and thank u.
Bara yang padam jangan disangka apinya takkan menyala semula kalau dihembus, walau dengan hembusan yang kecil. Begitulah juga dengan perasaan yang pernah terpahat dikalbu karna ia akan kekal di situ buat selamanya. Cinta pertama memang sukar untuk dilupakan karna perasaan itulah yang pertama kali mewarnakan kedewasaan kita di ketika itu. Apa yang tersurant 27 tahun yang lalu, biarkan saja kenangan itu di situ. Di kala sunyi buka lah kembalo kotak memori semalam dan kenanglah ia ketika perasaan kusut masai. Jadikan sebagai azimat kalau kenangan itu boleh merawat. Janganlah dirobek sesuatu yang indah dan kalau perlu disimpan, simpanlah ia baik2 di sudut hati kamu itu dan tak perlu diungkai dalam kehidupan baru kamu kini. Kenangan manis akan terus kekal sepanjang zaman...
ReplyDeleteUncle Kuusssh banyak-banyak selawat....Tapi Ipin tengok malam tu dia sedih sangat, siap cite kenangan lama lagi,Ipin plak yang sediiiih,pedih
ReplyDeleteTerkezut aku dengan mukadimah kush.
ReplyDeleteIpin, sape yang sedih sangat tu. Jangan sedih-sedih, bak kata kush, jadikan azimat.
Sape lah gadis-gadis yang pernah danial cinta....
Tengoklah auntie yang pakai serba hitam di dalam gambar......
ReplyDeleteAbah suruh Uncle Kush layan lagu Rod Stewart duet gan Amy, I dont want to talk about it.Bukak kat METACAFE,tangkap leleh....
ReplyDeleteIpin: Agak kurang adil mengandaikan coretan aku di atas melambangkan perasaan aku ketika ini sebab tulisan aku tu mewakili keseluruhan warga KLP. Ada betul ke kengkawan?
ReplyDeleteMael: Ko terkezut ke? nasib baik aku datang malam tu. Kalau tak pasti aku tak balik rumah!
Nor Rehan: You dengan Si Pipi Merah@Amatul nampak macam golongan artis la pulak. Vogue gitu!
Lanun: Apa yang aku nak katakan lagi. Ini memang malam engkau.
alo brudder...bara yang padam...
ReplyDeletefrasa tu ada konflik sikit
bara tentulah masih menyala...
kalau padam tak dipanggil bara ia dipanggil ARANG daa...
Romlee: butang baju aku mana Pah...
Mana adel Uncle Kush panggil kenkawan,
ReplyDeleteAuntie -Auntie tulun Ipin...tulun tulun..
alo wayangsari, lama menghilang kini kembali. bara dalam konteks ni apinya tak kelihatan, tersimpan di dalam. Hangatnya dapat dirasakan. Kalau arang buat ape nak tiup, sampai subuh pun takkan menyala punye :-)
ReplyDeletekalau tu bukan la bara beb
ReplyDeleteyg betul "api dalam sekam" la...
kalu nak berhahasa puitis pun biarlah ada logical sequence...
romlee: butang baju aku mana Pah....
Dengar cite Auntie Amatul baru dapat masuk blog.Auntie Amatul memang rock batulah....Inul tak ada pun tak apelah...
ReplyDeleteApe! Amatul dah masuk blog?
ReplyDeleteAm, harap2 you tak marah I panggil you Si Pipi Merah kan!
Kush kalau buat azimat tu dah syirik, kena buang dosa...
ReplyDeleteAmatul dah masuk, wah marvellous pasal dia dah pandai tekan butang yg betul...
Eh Ramlee kau asyik tanya butang baju, kau ganggu Pah tengah main tu, tak senang dia nak main la!
Betul ke amatul dah masuk blog. Tak nampak pun.
ReplyDeleteKalau betul dah masuk blog, dah tentu uncle cino akan menggatal lagi.
Haiya, apek aaa, lu mana pigi, lama talak jumpa.
Tapikan Uncle Kush malam tu sedih plak Ipin menyelinga dengar cerita ade satu auntie ni...
ReplyDeleteLamunan dia pun terhenti jugak..Nama dia Auntie Berlian ke Permata. Shahdu sungguh perjalanan hidup dia, Ipin abes tiga helai tissue lap hingus,sebab sedih......Ipin cakap sabarlah, tapi dia tak dengar....
Pah sekarang main intenet, dah tak main mahjong gan snooker...
ReplyDeleteAkak pun ade dengar lamunan terhenti seseorang malam tu, ...dimana kah perginyer gerangan si dia, simata lentik!!!
ReplyDeleteIpin, ko story lah dgn aku ni offline. ko kan ade gmail aku atau cari aku kat Facebook. Aku nak dengar keluh kesah hati dia tu. Aku boleh tanye direct tp aku nak tanye korang sume yg hadir dulu.
ReplyDeleteDanial: maksud aku buat azimat tu macam buat bekalan la bukan bikin batu besar, rantai ada bikin, leher ada taruk ;-)
ReplyDeleteMael: Mananye bebudak ni ckp Amatul dah masuk. Tak nampak pun bayang si pipi merah dia tu.
Kush, Ipin yang cakap dia dah masuk. Ipin ni mandai-mandai dia jer nak cakap. Sabonar nyo, abah dia yang 3 malam tak lena tidur sebab teringatkan lengok si pipi merah. Sampai dalam blog pun terbayang-bayang si pipi merah.
ReplyDeleteAbah Ipin ni duk siasat dan interview orang jer. Cuba siasat simata lentik pulak. Dia tu lamunan terhenti atau menaruh harapan sape.
Sumpah scout,memang dia dapat bukak blog tapi tak dapat nak komen.......Rasa-rasanya dia buta IT.
ReplyDeleteBerbalik pada cite sedih itu, Ipin sungguh simpati, ikan dlm akuarium kat saloma bistro tu pun sama nangis......Lamunan dia memang tak terhenti-henti.Tapi secara ikhlas Ipin memang tumpang sedih....
Bukan terhenti lamunan, terbalik tu.
ReplyDeleteLamunan terhenti selama 27 tahun. Lepas tu lamunan sambung balik.
Apa yang korang cerita pasal lamunan tak henti2 ni,cuba story tu jelas2...buat aku pening kepala jer..Aku ni orang lurus-bendul.(tak henti2 lagi teringt kenangan 14.3 baru ni)
ReplyDeleteAuntie Su takyahlah tumpang semangkuk,jaga aje hidung pak arab tu.......
ReplyDeleteIpin apa salahnya auntie sue tau..tak banyak sikit pun takpe...pasal pak arab tu..berres jer.Nanti auntie sue bagi upah..
ReplyDeleteIsh ish ish sekarang BPR tengah mengganas...Nak tanya Uncle Dan pun ade lamunan terhenti kan? kan kan kan.Cuba cite sikit...Dah 27thn dah kira boleh cite,tak ape, jangan malu-malu
ReplyDeleteIpin..auntie sue pun tau jugak lamunan terhenti abah Ipin dulu tapi den maleh nok citor jo...klu den citor terkantoi kang...awas!!!Ipin
ReplyDeletePhulamak siap peras ugut.......abah tak kisah
ReplyDeleteUncle Dan tak de lamunan terhenti tapi khayalan/rindu bayangan je...mlm tu kalau tak pasal masalah suara, Uncle Dan dah nekad nak mengganas nak nyanyi lagu2 ni:-
ReplyDelete1] Rindu Bayangan
2] Belaian Jiwa
3] Kenangan Lalu
4] Beautiful Maria
5] Always On My Mind
6] Khayalan
Ada ke sape2 yg ajak Uncle Dan pi karaoke? nak lepas gerammmmmmm ni...Ipin tolong arrange kan...
Mcm manapun suara Uncle Dan masih tak kembali sepenuh lagi
Daniel..lagu2 ni memang lagu kenangan mengusik jiwa..nanti ada yang jiwa kacau.Ipin nape sonyap jo..takut rahsio pocah ko???
ReplyDeleteSemalam ade kenduri, sepupu teragak nak kawin, lepas tu hari ini abah pergi jengok pak mertua,lepas tu pergi tengok atok kat kampong, sibuk banyak.....esok dah mula sekolah....Abah tak takut rahsia pecah, omak pun ngikut blog gak jadi abah tak yah tunggu buka blog pukul 3 pagi....
ReplyDeleteIpin, omak ekau namo apo? Adik beradik kau brapo semuo eh...Uncle Dan nak tau sikit
ReplyDeleteOmak namo Esah, orang panggil Puan Nisah, abah panggil mama aje, Ipin panggil omak, adik beradik 2orang, anak-anak package ekonomi, yang tua kakak, belajar lagi, tapi eksen, Ipin tak suka dia. Itulah lebih kurang cite sejarah Ipin.Yang Dek Bayah itu adek orang tumpang, kira adek Ipin jugaklah tu......
ReplyDeleteMacam ku kenal aje orang ni....eh..den dah dapek tau sape orang nye......tungguuuuuuuuu..
ReplyDeleteKita tunggu, kita tengok sape yang keenaaa....
ReplyDeleteSue, sape ipin ni. Orangnya gemuk ker kurus. Ada misai tak? Hidungnya pulak macam mana bentuknya. Ada ker macam hidung arab atau penyek abis.
ReplyDeleteMail, Ipin ni aku tak kenal la tapi abah dio aku kenal...sbb dolu2 aku baik dgn 'girlfriend' abah dio 'si mata lontik'.Abah dio masa sekolah dolu klu masuk klas kuat menyakat budak2 perempuan..haru-biru kelas dibuatnya...Lu pikir la sndiri sape orgnya????
ReplyDeleteTak perasan plak hidung Ipin camno...tapi yg den perasan kepalo dio berkilat blh buat cermin daaa.......
ReplyDeleteSue, anda brutal sampai Ipin pun mcm mati kutu je
ReplyDeleteTulah Auntie Su salah, lembu punya susu, sapi dapat nama.......
ReplyDelete