Friday, May 1, 2009

Permintaan Ramai- Lamunan Terhenti Korang



Kepada kawan-kawan yang gian sangat nak lagu ni...erm...Nah...ambik kau...Lamunan Terhenti Oleh Aris Watan. Kush, Mail, Danial dan Ayahnyer Ipin...harap lagu ni dapat mengembalikan keremajaan korang ye...( Perasan Muda lah tu) Mak Aji kiranya dah jadi VJ pulak dalam blog ni...apa2 pun memang best tengok respon korang bila lagu2 permintaan dapat disiarkan disini. Enjoy ye...apa2 pun jangan lupa bukak video Doa Taubat tu ye...sunyi je komen kat situ....

HAYATI MADAH DIBAWAH.....



Dalam hidup ini, kadang kala kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan itu adakalanya tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.



Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi




Terkadang, kita tidak dapat apa yang kita impikan. Lalu, kita menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa. Sedangkan, kita tidak sedar, apa yang kita perolehi adalah lebih baik dari apa yang kita harapkan.

6 comments:

  1. Ipin ni mesti tengah menghafal Doa Taubat....sbb tu senyap jer,klu tak mesti dia yg komen dulu.....

    ReplyDelete
  2. Tima kaseh makaji. Aku sememangnya menunggu tangan2 yg kreatif meng'upload' lagu ni. Lagu ni aku tujukan khas kepada kawan2 yang hangat bercinta di pertengahan jalan atau yang cintanya tak kesampaian semasa di KLP dulu. Kalau layan lagu ni sorang2 bisa leleh atau bak kata makaji dan sarimah AF, menanah telinga mendengarnyer ;-)

    ReplyDelete
  3. Tima kasih banyak-banyak Mak Aji. Memang...memang menanah telinga dibuatnya...Tapi apa boleh buat jodoh pertemuan/perceraian dan ajal di tangan ALLAH

    ReplyDelete
  4. Sejak dua menjak ni kan..mak aji nampak cam cuba nak meluahkan sesuatu jer sue.....kes-kes tersurat dan maksud tersirat nie...aku pecaya memang ramai yang hajat tak kesampaian, memang la ada hikmahnya..mungkin kalau kesampaian, mana tahu kes terbang periuk belanga lagi teruk...biarla kenangan manis tetap tinggal manis ..kita tetap redha dan bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan, betul tak??

    ReplyDelete
  5. Betul..betul tu Rose...aku redha dengan segala ketentuannya....(korang semua buat aku sedih jer sampai aku tak mampu nak menulis lagiii...hu..hu)

    Mak aji,sudah-sudah lah merintih tu...aku dapat rasa apa yang kau rasa....jom!!!kita pergi ke Bandung kot-kot dapat mengubati hati yang lara........rinduu bangat sama kalian....

    ReplyDelete
  6. Setiap insan mempunyai cerita tersendiri yg
    mungkin manis atau sebaliknya. Redha apa yg terjadi mungkin ada hikmah sebaliknya. Sesiapa
    yg merasa tidak kesampaian Intan rasa ada kebahagiannya. Kepada insan yang tiada berteman lagi insyallah ada kebahagian lain.
    Betul sue kita pergi Bandung aje untuk mengubati hati yg lara ...betul bangat...

    ReplyDelete

You are free to comment here...