Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari ( Saidina Ali)
Lagu ini ditujukan khas pada semua rakan-rakan KLP 1981. Bayangkan suka duka disaat masa remaja kita. Terasa cepat sungguh masa berlalu. Pelbagai kisah suka duka itu masih tersimpan dihati kita dan hanya kita sahaja yang tahu dan merasanya. Meskipun sudah 28 tahun berlalu, setiap kali melangkah ke Kampung Baru dan menjejaki Wisma Yakin kenangan bersama rakan-rakan tidak mudah luput begitu sahaja. Justru penubuhan Alumni dan Blog KLP bertepatan dengan rindu kawan2 terhadap zaman persekolahan dulu. Apa pun masa merubah banyak perkara, dari fizikal, emosi dan spiritual kita. Kita menjadi insan yang dicorakkan oleh masa dan latar belakang kita. Namun segalanya hanya tinggal kenangan.....
Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya.
Pandai botullah Omak Aji ni memilih lagu.Sayu pulak abah, macam esok lusa plak rasa nak tinggalkan kenkawan untuk 28 thn lagi. Padahal baru aje semalam rasanya abis sekolah.
ReplyDeleteBengali yang duduk kat tangga Wisma Yakin tu masih ade lagi dalam pandangan abah, dan bau laksa di kantin makcik tu masih panas lagi.
Bagi abah cuma fizikal aje yang berubah tetapi yang lain tetap juga serupa.Abah pernah juga mempunyai kenkawan semasa zaman sekolah nya,tapi situasi di KLP ini lain sikit,entah kenapa? Abah pun tak ingin tahu akan jawapannya, biarlah ianya abadi didalam dirinya
untuk selama-lamanya.Hiduplah kau sahabat, kenkawan dan juga kenangan.
Alahai Abah Ipin, sememangnya kenangan di klp tiada bandingan. Walaupun cuma 2 tahun tetapi banyak yang kita lalui bersama.
ReplyDeleteAkan tetapi, mengapa ya, masa tu kaum lelaki macam alim-alim kuching gitu pada kaum hawa.
Bab-bab alim tu tak taulah tapi macam kucing tu
ReplyDeletememang ade....
Aduihhh...kenangan mengusik jiwa tak habih-habih arr ngan korang niee...tetiba jek abah si ipin jadi mat jiwang n minah alahaii ikut stim sama...
ReplyDeleteSebab kaum lelaki alim kucing nak tahu kenapa? sebab ade harimau besor dok jaga kaum hawa KLP, semua..kecut!!
Alahai rose, betul kata rose tu. Lagipun kan mat-mat klp tu nampak je macho tapi sebenarnya hati kecik. Baru sekarang mereka nak tunjuk kewibawaan masing-masing. Dah terlambat kan.
ReplyDeleteKok setakat Rimau tu abah tak takut lai.Nampak dek mata, kok jin tu leceh cikit...
ReplyDeleteMinah oh minah, kuching pun kuching lah, jangan buaya cukup. Kalau orang lelaki masa tu cam alaim-alaim kuching, kenape masa tu orang pompuan cam rumput semalu.
ReplyDeleteMacamanapun aku suka sepat ronggeng. Goreng pun sodap!
Pirst time Ipin dengar sepat ronggeng?????
ReplyDeleteRumput pun tahu malu ke????
ReplyDeleteAlah alim-alim kucing konon.....tapi mata sempat menjeling........jelingan yang menusuk jiwa.....
ReplyDeleteAah Mail mcmana rupa sepat ronggeng tu???Ikan sepat selalunya warna hitam...tentu menawan....
Daniel,kau kemana ya?tak dengar kabar berita pun...atau dah disorok Minah ronggeng????????
Mael: Ape sepat ronggeng tu? makanan kesukaan minah ronggeng ker?
ReplyDeleteMinah Ronggeng: Lelaki KLP dulu memang macho ape cuma ade yg taknak tunjuk sbb belum masanya lagi.
Sue: Lelaki mana yang tak suka pempuan, kecuali lelaki gay ;-)
Kush,kalau setakat suka je takde maknanya...asik dok jeling,dok senyum,usik yg tak membawa bahagia...buat ape?????Lepas tu yg di tenung di kebas dek orang...n now mulalah timbul bab 'LAMUNAN TERHENTI'.....ceh..ceh..jgn marah heee....
ReplyDeleteBetul Untie Sue, setakat buat kerja amal pegang fail pompuan yang nak masuk toilet...
ReplyDeleteSepat ronggeng ni sejenis ikan sepat yang bersaiz kecik selebar lebih kurang 3 jari jer. Banyak idup kat sawah dan parit-parit tepi sawah.
ReplyDeleteJom kita beronggeng plak.
Mana si izan ni, dah lama aku tunggu, tak nampak-nampak lagi. Kata nak beronggeng ngan aku.
ReplyDeleteMak Ajiiiiii.....ohhh Mak Aji. Lagu ronggeng satu.