Wednesday, April 15, 2009

Hargailah Sahabat Kita




"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah"


" Kita tidak akan dapat memiliki seorang teman, jika kita mengharapkan seseorang tanpa kesalahan. Pada hakikatnya semua manusia itu baik kalau kita boleh melihat
kebaikannya dan amatlah menyenangkan kalau kita boleh melihat keunikan yang ada pada dirinyanya. Sebaliknya semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kita tidak boleh melihat kedua-duanya"





Tentang Waktu

ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan
ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi,
ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketengan,
ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan,
ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa
yang diberikan Allah,
ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan,
ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati
ambillah waktu untuk memberi, itu dapat membuat hidup terasa beerti,
ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan
ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga...


" Manusia berubah mengikut peredaran masa dan zaman. Persekitaran dan latar belakang kehidupan sering membentuk peribadi dan sikap seseorang. Janganlah kita menganggap mereka masih sama seperti 30 tahun yang lalu. Ini kerana pengalaman hidup membezakan kita dari zaman remaja dan dewasa. Justru nilailah sahabat kita melalui masa sekarang dan bukannya berdasarkan masa lampau"





46 comments:

  1. Teman ketawa senang dicari tapi teman menangis sukar di temui.Kata2 ini memang banyak benarnya dan sukar utk disangkal.Saat kita lemas di lautan tergapai-gapai mencari ruang udara,berapa tangan yg mahu menghulur?Pasti semua akan lari dan mencari jalan meneruskan hidup diri sendiri.Itulah umpama mencari SAHABAT SEJATI...........Renung-renungkanlah....

    ReplyDelete
  2. Kalau lah Ipin ada kat situ dah gerenti Ipin campakkan tube pelampong tayar lori.Tak ketinggalan handphonenya sekali.Yang Ipin nak tanya kat Auntie Su kalau dah tak tau berenang, cape suruh mandi laut??Kan Teluk Cempedak tu dah memang terkenal bahaya.Mandi aje kat sungai dekat rumah Ipin,boleh gak Ipin tolong-tolong tengokkan..Ingat pesan Ipin, renung-tenungkan.
    Abah marah mandi laut,sebab seluar kecik manjang tertanggal aje.Walau apa pun memang betul bebenau kata Auntie Su tu.Ipin bila nangis semua orang tutup telinga.Last-last pujuk diri sendiri.

    ReplyDelete
  3. Apa nama bunga ni Mak Aji? Tak pernah plak Ipin tengok.Ipin ni sebenarnya nak dengar lagu yang shahdu-shahdu biar tangkap leleh......

    ReplyDelete
  4. Lagu2 memang nak upload tapi tak leh pulak...dah cuba semalaman... semalam tak dapt nak masuk...asyik error je...Nanti ye Ipin..tunggu je lagu2 permintaan Ipin disiarkan disini...

    ReplyDelete
  5. Mane pegi Auntie Rose? Dia ni pun ade kawan yang selalu enter prame nolong bila tak lemas....

    ReplyDelete
  6. Untie Izan King Kong pandai berenang tak? Tapi dalam pelem Ipin tak pernah tengok King Kong pakai boxer, manjang loose aje kenape yek???

    ReplyDelete
  7. Mesti la...auntie rasa bersyukur dianugerahkan ramaiii sahabat yang memang menyinarkan hari-hari ku, alhamdulillah...a true friend is a friend yang menerima kita seadanyer. Beringat baik sentiasa , kalau marah atau merajuk sikit-sikit tu kan perkara biasa la...tapi segera la menyedari dan memohon maaf, jangan malu berterus-terang kerana kita bukan lagi anak-anak kecil yang masih mentah dalam menjalani kehidupan harian...masa banyak mengajar kita supaya menjadi lebih baik dari hari-hari lalu......

    ReplyDelete
  8. Phuuulamak semua orang bermadah-madah bercerita
    Yang lemas ada,yang sedih ade, yang berkasih ade...... Bagi Ipin seorang sahabat itu adalah sahabat yang akan menyertakan nama kita semasa memanjangkan doa ketika memohon keampunan dan keredaan dari Allah dan Rasulnya,
    lebih kurang macam Ipin lah tu.......

    ReplyDelete
  9. Oooh Paptimah gadis ayu......Abah dah mula berlatih nak berkaroket, Ipin pun tumpang nak nyanyi lagu twinkle twinkle little star...Bila
    Uncle Boone nak anjurkan acara ni, dah tak sabar ni.....

    ReplyDelete
  10. Untie Izan kena pastikan pemotong rumput tu tak rabun dekat...Nanti nyiaya King Kong

    ReplyDelete
  11. Alah Ipin tu suka sangat imam baca doa panjang2 sbb dapat makan pisang freeeeeeee....malam ni malam Jumaat blh makan pisang free....

    ReplyDelete
  12. Aah kan...malam nie malam jumaat, jangan lupa gi masjid, ingat Mail...baca yasin kuat-kuat tapi jangan sampai tok imam tersentap cam setengah orang tu kkk !!!! Pada kekawan yang marah-marah, merajuk, tersentap buat-buat berdoa malam nie...sejukkan hati yang panas...betul tak Dan, izan, mak ji , su kuantan, su kasma, KKK dan Maillll....

    ReplyDelete
  13. Abah bab membaca yassin ni maleh sikit.Manjang terlupa aje bawak cermin mata.....Auntie Rose,
    Auntie Su gan Mak Aji tu pergi temankan somi masing-masing lagi besar berkatnya, taklah Uncle uncle tu melencong....Bila balik dari surau tu buatkan kopi biar boleh sambung beramal bersama-sama
    bertasbih untuk bab malam plak. Banyak-banyakkan selawat keatas nabi junjungan kita.

    ReplyDelete
  14. Lupa plak Untie Izan pun wajib ikut somi tu pergi surau, pastikan sama-sama bergumbira di surau. Kalau tak silap Ipin kat taman TAR ampang tu ade sorang ustaz ni sedap berceramah.
    Tangkap shahdu ceramahnya...Nanti citekan kat Ipin stori morinya. Ipin baru nak belajar Iqrak

    ReplyDelete
  15. izan ..ko ni kan suka keluar tajuk arr...orang tengah feelin, kuar cerita king kong pakai boxer ..isah..
    cuba tengok cam aku...dengar nie...

    walaupun kita me mpunyai kekasih, tapi
    teman tetap paling setia.

    walaupun kita punyai harta yg banyak,
    teman tetap paling berharga...cam aku..hehe

    betul tak???

    ReplyDelete
  16. Ikut suka hati Untie Izan lah. Cite pisang pun ade kena mengena gan King Kong gak......Ipin suka rastali walau pun buruk tapi sedap...

    ReplyDelete
  17. Mane Uncle Dan dan Uncle Mael ni????Zip tersangkut ka......Atau tersangkut zip ka....

    ReplyDelete
  18. Alahai, ramainya teman-teman. Ada mama, ada izan, ada sue, ada rose dan ada ipin. Tapikan mengapa semuanya kaum hawa saje. Tak ada ke kaum adam.

    ReplyDelete
  19. Ya Ipin...hari ni Uncle Dan sibuk sangat spanjang hari dan malam...ni baru la dpt layari Blog...seluar Uncle tak pakai zip n butang, demi keselamatan n keselesaan!

    Hai ape khabar Minah Ronggeng, selamat ber blog, tahniah...Minah, awak selalu ronggeng tak boring ke? Kalau rasa boring nak try yg lain bole la...

    Teringat pada Mawar Berduri...kat mana ko skarang?

    ReplyDelete
  20. Amboi!!!Daniel tetiba jer muncul...bila ku seru nama mu...kau tak muncul2 pun tapi bila Minah Ronggeng masuk kau pun masuk daun terus....macam menyambut budak baru masuk kelas jer..Mat Inteprem betul!!

    ReplyDelete
  21. Haiiiii Minah Ronggeng,selamat dtg ke blog klp...seronok rasanya u sudi joint dgn kami...

    ReplyDelete
  22. Hi Auntie Mynah. Dolu-dolu biasa meronggeng kat funfare ke kelab bangsawan??Mesti pinggang Auntie Minah ramping kan kan kan???Anyway,by the way and highway welcome to the blog......

    ReplyDelete
  23. Ade orang tu janji nak belanja roti nan tapi senyap aje....
    Auntie Dilla pun sama, hilang senyap aje.....
    Manusia-manusia yang lain itu pun hilang senyap aje....
    Omak Nadhirah ape khabar?????Pun senyap aje..
    Ipin pun samalah nak senyap ajelah pulak...

    ReplyDelete
  24. Alahai, seronok nya minah rasa. Ramai sungguh kawan-kawan kat sini. Apakhabar cik izan, terima kasih bagi tahu yang ipin ni lelaki.
    Lelaki lain ialah danial. Hai danial.

    Hai sue, minah bangga sangat sebab diterima oleh kawan-kawan.

    Ipin, minah dengar ipin ni budak kecil lagi. Betul ke?

    ReplyDelete
  25. Danial, ada awek baru lah. Wah, wah ko ni. Betul kata sue, terus masuk daun. Plan plan lah woi, nanti lari dia.

    Ipin, nanti aku suruh sue kirim jer roti nan tu.

    Hai minah ronggeng, sedap nama tu. Kalau ko nak beronggeng, jangan lupa aku yek.

    ReplyDelete
  26. Alahai, mail ya. Apakhabar mail. Minah harap mail sudi terima minah jadi rakan blog.

    Minah balik dulu ya. Bye mail, bye danial.

    ReplyDelete
  27. Auntie Minah ni bye bab jantan aje,nampak sangat pilih kasta,untie2 lain tak sentuh pun.Romeo jantan yang terpilih Uncle Mael gan Uncle Dan aje pulak tu.ni mesti ada agenda yang tersorok ini.....jeng jeng jeng

    ReplyDelete
  28. Ayoyo, dia bye bye kat kita pulak. Ni tangkap syahdu nih.

    Sori lah ipin, kan ko tu budak kecik, pi main jauh jauh. Jangan campur urusan orang tua.

    Danial, ko tau ke sape si minah ronggeng ni. Risaulah aku.

    ReplyDelete
  29. Jgn la mare2 Sue...aku slalu sebut nama mu tapi ko tak eknoleje pun...skali2 bagila aku enterprem...buka je blog nampak si minah ronggeng...

    Mael ko tak kenal ke dia, classmate kita lah....siMinah tu la!

    Minah2, Abg Dan bukan tak suka nak ronggeng tapi dah lama tak praktis...lagi pun kalau Minah dah boring bole la join Abg Dan main Poco Poco, amacam stuju tak?

    Minah, awak ni adik bradik ngan Mawar Berduri tak?...rasa2 mcm ada aroma la

    ReplyDelete
  30. Abah nak tanya ngan Untie Minah, kalau betul lah Untie Minah ni klasmate, siapa kah diantara Auntie2 ni yang ada sekarang, sama tahap piawaian bodynya gan cikgu Rosnani, jangan cuba nak teka2...????.
    Abah cuma nak kompom yang Untie Minah ni betul2 klasmate sejati...Yang ni wajib jawab.

    ReplyDelete
  31. Yg jantan lagi satu bukan Abg Dan, Cik Minah oi...Abg awal2 tarik diri cuma KKK je yg nak suruh naik pelamin sekali ngan dia, kunun2nye suruh teman! Masa tido tak nak pulak suruh teman, pelik tapi benar...

    Soalan Ipin tu senang je dijawab, Uncle Mira mesti tau...tapi apa2 pun jawab Cik Minah jawab...tunjukkan ko tu memang satu angkatan ngan kita org...

    Abg Dan nak tanye Cik Minah ni kelas yg mane? 6A1, 6A2, 6A3 atau 6A4?

    ReplyDelete
  32. Ipin rase-rase Uncle Dan ni dah terlebih makan obat lagi ni, atau tak pakai cemin mata. Uncle Dan ni jawab soalan mane, Ipin tak nampak pun Auntie Mynah bertanya........Atau Uncle Dan takleh nak bangun dari mimpi naik pelamin.... Ini gerenti nampak Mak Aji dan senseng lengan cekak pinggang??????

    ReplyDelete
  33. Yo...lah betul jgakla cakap budak Ipin ni Minah ronggeng asyik sebut Uncle Dan n Uncle Mail jer..mcm ada apa2 ajenda yg tersorok jer.....

    ReplyDelete
  34. Alahai, gembiranya minah rasa bila buka blog. Bermacam cerita ada. Sebenarnya minah tak ada agenda dengan danial dan mail tapi dua orang ini saja gentleman yang beri komen. Mana perginya kawan-kawan lelaki yang lain, minah nak juga berkawan dengan mereka.

    Alahai danial, tak payah lah nak tahu minah ni kelas mana. Yang penting minah ni warga KLP.

    Ipin sayang, cikgu rosnani adakalanya pakai baju kebaya warna biru muda. Minah suka sangat tengok cikgu pakai baju tu. Tak sedap rasanya minah nak komen tentang piawaian kaum wanita, ini sensitif isu.

    Mengapa ipin tak tanya tahap piawaian kepala cikgu (lupa pula minah nama dia) yang agak terang tu!

    ReplyDelete
  35. Jawab ipin, jawab. Tang piawaian kepala ni susah skit aku nak masuk campur. Mungkin abah ko boleh tolong.

    Terer minah nih, dia ingat baju cikgu.

    Danial, minah ni budak kelas kita lah. Tapi ngape ko ber abang abang pulak dengan dia???

    ReplyDelete
  36. Ipin ni agak gusar gan jantina Untie Minah ni. Terlampau sopan sangatlah.Ipin coba test sekali lagi.Kalau orang pompuan lenggang perut,apa dibuatnya dalam upacara itu?
    Lepas tu macam mana masak kerabu perut?????
    Cikgu yang botak tu namanya cikgu Mustafa dan kalau tak silap abah Ipin dia ni dah arwah??
    Al-Fatihah....

    ReplyDelete
  37. Oh yes semenjak dua menjak ni Ipin tak dapat nak melayan blog ini sekerap yang boleh kerana kena jaga Dek Bayah yang baru dapat kaki.Jadi tak dapeklah Ipin nak menternet selalu.....Tapi Uncle & Anutie teruskanlah menghidupkan blog KLPians ini....Wasallam

    ReplyDelete
  38. Alahai ipin, mengapa ipin tanya soalan macam tu. Sekarang ni, kaum adam dah pandai masak, setaraf dengan kaum hawa. Jadi isu ni tak boleh pakai. Lagipun kalau tak tahu pun, Minah boleh buka buku resepi.

    Lenggang perut ni untuk ibu-ibu yang mengandung 7 bulan keatas. Mak bidan akan sapu ramuan khas atau minyak atas perut dan urut untuk perbetulkan kedudukan bayi supaya kepala bayi berada didalam kedudukan yang betul untuk proses kelahiran. Minah dah melalui semua ni. Tapi sekarang ni dah jarang orang buat lenggang perut.

    Kalau nak melenggang perut untuk exercise, Minah cadangkan ipin cuba tarian ronggeng atau joget. Kalau tak percaya, ipin boleh tanya Anita Sarawak.

    ReplyDelete
  39. Auntie Minah janganlah marah, Ipin ni memang rajin bertanya.......Auntie Minah ni pernah ke jadi bidan dolu-dolu.????Abah Ipin pun pernah jugak lenggang perut, siap golekkan buah kelapa atas perut dia....

    ReplyDelete
  40. Janganlah marah Ipin ni memang suka mengusik....Abah pun buat jugak lenggang perut dua kali setahun....

    ReplyDelete
  41. Hi Untie Minah, jangan lah geram gan Ipin, Ipin ni memang suka bertanya....

    ReplyDelete
  42. Eh, betul ker lenggang perut macam ni. Aku tak pernah tengok dan bini aku pun tak pernah buat.

    Kalau lenggang kangkung macamana pulak.

    ReplyDelete
  43. Lenggang kangkung bahaya sikit.Biasanya dilakukan ditepi sungai, kerjanya berpasang-pasangan sambil mengutip kangkong air....Kesudahanya kakong tu tak berkutip..Kalau tak caya tanya Untie Minah...

    ReplyDelete
  44. Hi Minah Ronggeng, bila ibu2 mengandung lakukan lenggang perut, kaum bapak2 buat ape?

    Minah bertanye kemana kaum hawa di blog ni. Diorang tu sume ade tapi saje taknak buat postings, lebih suka baca coretan orang. Ade yang sibuk manjang (macam penulis ni), ade yang modemnya masih lagi tak ditukar, dll sebab lagi.

    ReplyDelete
  45. Alahai kaum bapak, selalunya mereka ni tak ambik pot benda-benda cam ni. Dia orang ni kan lebih suka lenggang mak limah ke restoran mamak kena teh tarik. Patutnya dia orang yang kena lenggang perut sebab masing-masing perut boroi.

    ReplyDelete

You are free to comment here...