Tentative date : 6 August - 9 August 2009
Duration : 4 days - 3 nights
Package rate : RM1,230.00 seorang
Room : Twin-sharing
Hotel : Nalendra, Bandung and The Orchardz , Jakarta.
Kepada yang berminat, sila berikan nama penuh (seperti di K/P), no kad pengenalan dan deposit sebanyak RM500.00 kepada Ismail Abdul Rahman.Cara pembayaran boleh dibincangkan dengan Encik Mail.
Tarikh tutup penyertaan ialah pada 30/06/09.
PROGRAM
HARI 01 TIBA-JAKARTA-BANDUNG (MT/MM)
Setiba di lapangan terbang Soekarno-Hatta, kita terus ke Bandung. Singgah makan tengahari di restoran Minang. Di Bandung, kita akan membeli belah di beberapa tpt spt Pasar Baru & Factory Outlet di Jalan Riau\Dago. Makan malam di restoran Sunda. Bermalam di Bandung.
HARI 02 BANDUNG-JAKARTA (S/MT/MM)
Selepas sarapan, melawat Tangkuban Perahu untuk melihat kawasan gunung berapi dgn pemandangan yang cantik & membeli belah. Singgah juga di kolam air panas Sari Ater, di mana anda boleh merendamkan kaki, berehat atau berurut. Makan tengahari sebelum bertolak ke Jakarta. Makan malam. Bermalam di Jakarta.
HARI 03 JAKARTA (S/MT/MM)
Selepas sarapan, melawat Kilang Batik & sekitar Pasar Seni,Taman Tema Ancol & seterusnya membeli belah di tpt spt Tanah Abang, Mangga Dua dsbnya. Makan tengahari & malam di restoran. Bermalam di Jakarta.
HARI 04 JAKARTA-PULANG (S)
Selepas sarapan, waktu membeli belah lagi sebelum ke lapangan terbang untuk pulang.
KOS:
HOTEL
Option 1 -DEWASA (RM 1,230.00) ## KANAK2 (RM1,095.00)
Na Lendra (Bandung) and Orchartz (Jakarta)- 3*
Option 2 - DEWASA (RM 1,420.00) ## KANAK2 (RM1,215.00)
Aston Tropicana (Bandung) and Le Grandeur (Jakarta) -4*
## Kanak2 bawah umur 12thn shj & hya seorang berkongsi bilik dgn 2 dewasa.
Harga termasuk berikut:
- Tiket penerbangan pergi balik dengan AirAsia
- Cukai kapalterbang kedua2 hala
- Bagasi 15kg pergi balik
- Tempat duduk bernombor berkumpulan
- Penginapan 3 malam (1-mlm di Bdg, 2-mlm di Jkt)
- Makan minum HALAL seperti itineri (3x sarapan, 3x makan tghari, 3x makan mlm)
- Lawatan & tiket kemasukan
- Pengangkutan berhawa dingin
- Pemandu pelancung
- Tipping
JADUAL PENERBANGAN :
06OGOS KULCGK AK380 - 0700-0805
090GOS CGKKUL AK393 - 2030-2330
** Harga adalah tertakluk kpd perubahan semasa & surcaj lebihan minyak & tarikh tempahan di buat.
***Harga sah sehingga 01 July 2009 shj.
Mandi kuching!!!! Cam seronok jer. Camana mandi kuching tu izan. Aku slalu mandi kerbau jer.
ReplyDeleteSelain mandi kuching...... urut kuching ada tak?
Waduh waduh waduh Pak Mael dan Buk Ijan, kabare? Lama tak dihubungi tau tau udah nak brangkat ke Jakarta dan Bandung, lumayan. Seronoknye aku pikirin kalow kalow aku bole ke sana jua. Ikut hati teringin nak peregi namun bulan Augustus ternyata bulan yg amat sibuk sekali. Ibu nye Rose di mana? Teringat lagi lagu 'Semalam Di Malaya' dan 'Antara Anyir Dan Jakarta'.
ReplyDeleteMau saya beritakan disini bahawa sahabat kita Mak Aji telah menjalani pembedahan/pembersihan mata dan sedang dalam peroses recovery, maaf Mak Aji sekiranya aku terlambat poskan berita ini.
Jumpa lagi ya pada semua sahabat2 yg lain kerna sudah lama tidak masuk Bloga ni, harap2 yg lain semua nye sihat2 belaka dan gede2!
Harap korang sume enjoy semasa di sana. Aku tak dapat nak turut serta. Minggu pertama Ogos opis aku plan nak bikin Annual Dinner. Kalau takde Annual Dinner tu pun aku tak dapat nak ikut sama. So you can count me out ya ;-)
ReplyDeleteBTW korang sume ape khabar? Harap2 sihat sejahtera sume.