Tuesday, April 21, 2009

Cadangan Penubuhan Koperasi

Idea untuk menubuhkan Koperasi bagi warga KLP 1981 telah mendapat reaksi yang sungguh menggalakkan dari sebilangan rakan-rakan kita. Walaubagaimanapun terdapatnya ketidakpastian dan keraguan dikalangan rakan-rakan yang lain.

Dengan ini pihak penganjur telah mengariskan beberapa matlamat penubuhan koperasi tersebut seperti dibawah.

Proposed Mission Statement for Koperasi
  1. To generate income from business activities and to give out (declare) a reasonable dividend to the members of the Koperasi from profits generated from the business
  2. To build up the assets and savings (Reserves) of the Koperasi through business activities
  3. To provide financial assistance/loan for children of Members of the Koperasi to pursue higher education either locally or abroad (Loan will be interest free)
  4. To give priority to Members of Koperasi for any possible business ventures undertaken by the Koperasi e.g sub-contracting job, supplying of materials, provide services or expertise etc.
  5. To undertake charity function such as to sponsor foster homes, orphanage, hard core poor at least once a year.
  6. To provide Group Medical Insurance for Members of the Koperasi.

(maaf yo, bahaso omputih plak diguno pakai, den tiru jo dari Hazizan, bapak koperasi kito)

Ahli adalah terdiri daripada warga KLP1981 sebagai ahli utama dan isteri/suami mereka sebagai ahli biasa.

Yuran bulanan yang minima akan dikenakan kepada semua ahli sebagai mengisi syarat-syarat penubuhan Koperasi.

Pihak penganjur akan mengadakan sessi penerangan pada satu hari yang akan ditentukan nanti dan agendanya adalah seperti berikut:-

  1. Penerangan oleh pihak penganjur
  2. Taklimat oleh wakil dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
  3. Sessi soal jawab
  4. Meeting koperasi yang pertama untuk:-
    i) melantik pro-tem committee
    ii) membincang dan meluluskan matlamat koperasi
    iii) memilih dan meluluskan nama koperasi

Majlis taklimat/mesyuarat ini adalah sangat penting dan diharapkan semua warga KLP 1981 dapat hadir.

Sekian, wassalam.

7 comments:

  1. Alahai... ada koperasi pula. Yang ini Minah mesti jadi ahli. Ini sesuatu yang baru buat Minah. Manalah kita tahu kut kut dividend yang di bayar boleh juga Minah buat tambang pergi Haji.

    Mail, jangan lupa jemput Minah ya!

    ReplyDelete
  2. First of all I really terperanjat beruk to see Uncle Mael omputih writing.Like real mat salleh lah.But as usual I understand a little bit a little bit only.But its oklah, I think he also ciplak from koperasi omputih punya.Ipin sokongaje macam Untie Minah ni.
    Untie Minah ni semua manjang setuju aje.....
    Baguih orangnya Pakcik Minah ni...

    ReplyDelete
  3. Ipin tengok kat followers ada budak nama Ameen.Mak oi hensemnya budak ni.Pandai botul pasal firman ngan hadis.Malu besar Ipin di buatnya. Ipin baru nak belajar Iqrak.....Kawan cape gaknya budak ni???????

    ReplyDelete
  4. Lupa lak nak tanya hari bulan taklimat tu?Kalau boleh buat lah kat Genting ke Frasers Hills ke Cameron ke, dekat dan sejuk sikit?????

    ReplyDelete
  5. no 7. This soy sauce is good till 5th July 2010
    Ipin terbaca ini kat botol hitam.Agaknya Uncle Mael ciplak dari botol ni agaknya ni...

    ReplyDelete
  6. Bila lagi koperasi nie dah beroperasi, jangan hanya meeting tapi tak gerak-gerak gak...

    ReplyDelete
  7. Nasib baik meeting ni belum di bayar elaun lagi....

    ReplyDelete

You are free to comment here...