Tuesday, April 21, 2009

Cadangan Penubuhan Koperasi

Idea untuk menubuhkan Koperasi bagi warga KLP 1981 telah mendapat reaksi yang sungguh menggalakkan dari sebilangan rakan-rakan kita. Walaubagaimanapun terdapatnya ketidakpastian dan keraguan dikalangan rakan-rakan yang lain.

Dengan ini pihak penganjur telah mengariskan beberapa matlamat penubuhan koperasi tersebut seperti dibawah.

Proposed Mission Statement for Koperasi
  1. To generate income from business activities and to give out (declare) a reasonable dividend to the members of the Koperasi from profits generated from the business
  2. To build up the assets and savings (Reserves) of the Koperasi through business activities
  3. To provide financial assistance/loan for children of Members of the Koperasi to pursue higher education either locally or abroad (Loan will be interest free)
  4. To give priority to Members of Koperasi for any possible business ventures undertaken by the Koperasi e.g sub-contracting job, supplying of materials, provide services or expertise etc.
  5. To undertake charity function such as to sponsor foster homes, orphanage, hard core poor at least once a year.
  6. To provide Group Medical Insurance for Members of the Koperasi.

(maaf yo, bahaso omputih plak diguno pakai, den tiru jo dari Hazizan, bapak koperasi kito)

Ahli adalah terdiri daripada warga KLP1981 sebagai ahli utama dan isteri/suami mereka sebagai ahli biasa.

Yuran bulanan yang minima akan dikenakan kepada semua ahli sebagai mengisi syarat-syarat penubuhan Koperasi.

Pihak penganjur akan mengadakan sessi penerangan pada satu hari yang akan ditentukan nanti dan agendanya adalah seperti berikut:-

  1. Penerangan oleh pihak penganjur
  2. Taklimat oleh wakil dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
  3. Sessi soal jawab
  4. Meeting koperasi yang pertama untuk:-
    i) melantik pro-tem committee
    ii) membincang dan meluluskan matlamat koperasi
    iii) memilih dan meluluskan nama koperasi

Majlis taklimat/mesyuarat ini adalah sangat penting dan diharapkan semua warga KLP 1981 dapat hadir.

Sekian, wassalam.

Thursday, April 16, 2009

Halua telinga Buat Mereka yang STRESS




Hayati Keindahan dan ketenangannya....




Never regret a day in your life.

Good days give u happiness,
Bad days give u experiences;
Both are essential experiences,
Both are essential to life keep going.

Happiness keep you sweet,
Trials keep you strong,
Sorrows keep you human,
Failure keep you humble,
Success keep you glowing

May Allah bless you

Wednesday, April 15, 2009

Hargailah Sahabat Kita




"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah"


" Kita tidak akan dapat memiliki seorang teman, jika kita mengharapkan seseorang tanpa kesalahan. Pada hakikatnya semua manusia itu baik kalau kita boleh melihat
kebaikannya dan amatlah menyenangkan kalau kita boleh melihat keunikan yang ada pada dirinyanya. Sebaliknya semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kita tidak boleh melihat kedua-duanya"





Tentang Waktu

ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan
ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi,
ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketengan,
ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan,
ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa
yang diberikan Allah,
ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan,
ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati
ambillah waktu untuk memberi, itu dapat membuat hidup terasa beerti,
ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan
ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga...


" Manusia berubah mengikut peredaran masa dan zaman. Persekitaran dan latar belakang kehidupan sering membentuk peribadi dan sikap seseorang. Janganlah kita menganggap mereka masih sama seperti 30 tahun yang lalu. Ini kerana pengalaman hidup membezakan kita dari zaman remaja dan dewasa. Justru nilailah sahabat kita melalui masa sekarang dan bukannya berdasarkan masa lampau"





Friday, April 10, 2009

Isu Poligami Menghangatkan GTT




Gossip Teh Tarik ( GTT) berjaya diadakan di Shah Alam walaupun dihadiri lebih kurang sepuluh rakan2 KLP. Antara yang turut hadir termasuk, Kamarudzaman (KKK) dari Seremban, Ismail, Danial, Boone, Zaidi, Maznah, Intan, Izan, Rozie, Rose dan Mak Aji sendiri. Malam tu agak hangat dan banyak isu yang dibincangkan. Deretan gelas teh tarik seakan satu kesinambungan untuk terus memperdebatkan pelbagai isu menarik dan memanaskan telinga. Walaupun Mak Aji sampai lewat, kira-kira jam 10.30 malam, isu2 yang diperbincangkan masih diteruskan rakan2 yang nampak letih menanti Mak Aji selama dua jam. Kelewatan itu bukan disengajakan kerana Mak Aji baru habis kelas pada malam itu.

Kamarudzaman atau Kentat berjaya menarik minat rakan2 dengan isu-isu nostaljianya.gelaknya yang tak berubah sejak 28 tahun lalu menceriakan perjumpaan kali ini. Manakala Boone mengutarakan isu paling sensitif dikalangan rakan2 wanita iaitu, POLIGAMI. Danial dan Mail yang sememangnya menjadi Yes Man...menyokong penuh usul si Boone walaupun mereka ini sebenarnya mempunyai penyakit STB atau sindrom takut BINI. Memang ramai wanita agak fobia dengan perkataan bermadu atau poligami. Kaum Adam memang suka membuat wanita tersentak dengan isu paling sensitif diabad ini. Namun sebagai wanita Mak Aji tak mudah melatah sebab takdir ditangan Tuhan, kita tak boleh menolak suratan hidup apabila kita terpaksa berkongsi kasih dengan orang lain.

Izan pula pada pendapat Mak Aji memang cool giler, gelak ketawa dan keceriaannya menghidupkan kembali nostaljia masa kelas dulu-dulu. Tak hairanlah dia dapat suami yang bergaya dan handsome......bangganya jadi wanita macam dia...apa rahsia anda Izan...kongsilah sikit.

Maznah dan Zaidi tetap macam dulu-dulu, maintain loving couple of the year from 1981 till now. Pastinya ada ramuan tertentu dalam menghidupkan satu rasa kasih sayang yang berpanjangan. Intan tetap releks dan senyuman tak lekang dari bibir. Sikap reserve Intan banyak dilihat ketika berbual. Dia ni lebih banyak mendengar dari merapu tak tentu pasal. Terserlah kewanitaannya. Rozie pula lebih ketawa dari bercakap. Sesekali melihat jam ditangan walaupun hatinya masih nak bersantai sampai pagi. Rose, si assistant penganjur yang dapat lesen besar, nampak puas hatilah bila jumpa kami yang sekepala dan gila2 ni. Tapi dia kena ingat esok lesen dia dah expired so dok diam-diam je lah. Dia kena tunggu bulan depan lagi bila lesen besar dianugerahkan kat dia sekali lagi.

Buat pengetahuan kawan2 yang lain, gathering kali ini ( GTT) lebih santai dan banyak mengurangkan tekanan hidup...especially bila dah tua ni. paling best meja kami bersaing dengan satu lagi meja warga emas yang Kamarudzaman gelarkan KLP 61. Kami sama2 ketawa bila Kamarudzaman kata, kita semua akan jadi macam group KLP 61 belakang kami tu...Masa tu kata Boone kita dah tak bincang pasal anak2 dan karaoke lagi...tapi sibuk membilang cucu dan menjaga cucu-cucu.

Sememangnya satu kepuasan bila bertemu rakan2 lama dan peribadi masing-masing terbentuk dari persekitaran dan cara mereka membentuk peribadi mengikut acuan sendiri. Apapun gathering seumpama ini agak sihat dan membentuk minda kita dalam membincangkan pelbagai isu dan mengembalikan rasa keceriaan kita dalam meniti usia matang.

Gossip Teh Tarik dan Kenangan Nostaljia




Wednesday, April 8, 2009

Renungan Bersama


Penghargaan Buat Mereka yang Bergelar Ibu.

Women Over 40s...

In case you missed it on 60 Minutes, this is what Andy Rooney thinks about women over 40:


60 Minutes Correspondent Andy Rooney (CBS)

As I grow in age, I value women over 40 most of all. Here are just a few reasons why:

A woman over 40 will never wake you in the middle of the night and ask, "What are you thinking?" She doesn't care what you think. If a woman over 40 doesn't want to watch the game, she doesn't sit around whining about it. She does something she wants to do, and it's usually more interesting.

Women over 40 are dignified. They seldom have a screaming match with you at the opera or in the middle of an expensive restaurant. Of course, if you deserve it, they won't hesitate to shoot you if they think they can get away with it.

Older women are generous with praise, often undeserved. They know what it's like to be unappreciated. Women get psychic as they age. You never have to confess your sins to a woman over 40. Once you get past a wrinkle or two, a woman over 40 is far sexier than her younger counterpart.

Older women are forthright and honest. They'll tell you right off that you are a jerk if you are acting like one. You don't ever have to wonder where you stand with her. Yes, we praise women over 40 for a multitude of reasons.

Unfortunately, it's not reciprocal. For every stunning, smart, well-coiffed, hot woman over 40, there is a bald, paunchy relic in yellow pants making a fool of himself with some 22-year old waitress. Ladies, I apologize. For all those men who say, "Why buy the cow when you can get the milk for free?", here's an update for you. Nowadays 80% of women are against marriage. Why? Because women realize it's not worth buying an entire pig just to get a little sausage!

Andy Rooney is a really smart guy!
Femmes & Fellas,


" Life may not be the party we hoped for, but while we're still here we may as well dance. Life is a journey not destination"

Tuesday, April 7, 2009

Apasal tak post cerita baru?

Kawan-kawan apasal tak ada yang post cerita baru untuk blog kita bulan April ni. Dah tak sanggup Mak Aji nak scroll panjang2 nak tengok komen kawan2 dan baca usik mengusik U all dalam blog ni. Hari ni Mak Aji sempat berbual dengan Rose, dia pun sependapat dengan mak Aji yang isu TGG 14 April dah terlampau panjang dan dah naik penat jari scroll nak baca cerita dan komen kawan2. So kerana saya ni orang Masscomm...kerja pun menulis je...rasa terpanggil pulak untuk memeriahkan blog ni dengan cerita terbaharu dari kawan2 dan harapan saya lebih ramai rakan2 kita yang terbuka hati untuk beri komen disini.

Memang betul kata Rose...asyik2 nama yang sama je yang bagi komen, terasa gak macam yang lain tak ambil peduli blog kita ni. Tapi dari sudut investigating reporting Mak Aji, ada segelintir kawan2 kita teringin nak komen kat sini tapi mereka tak ada account blogspot ...so tak dapat nak bagi komen.Nasihat Mak Aji jika tak berapa mahir nak buka account blogspot tu, kami boleh tolong. Umpamanya rakan2 lain seperti Mail, Danial, Rose, Adilla dan Sue mesti dengan rela hati nak bantu kawan2 kita yang `technophobia' ni. Ala...Mak Aji dulu pun macam tu jugak...tak reti sangat mende teknologi baru ni.Takut sangat2 bila cakap kena guna komputer nak buat presentation. Lagipun Mak Aji dulu mengajar pakai papan hijau tu...masa kat UiTM Arau Perlis. Kalau perlu buat presentation menggunakan komputer mak Aji paling takut, sampai berpeluh-peluh depan students. Malu gak masa tu. Ada satu masa tu Mak Aji tak berani tekan apa2 pun butang atau kekunci kat komputer tu...Mak Aji cuma bercakap tiga jam tanpa henti, komputer masa tu onn je...sebabnya Mak Aji takut mende tu hilang atau meletup.

Alih2 students Mak Aji cakap...Puan jangan takut...kami akan bantu Puan untuk presentation, Puan duduk kat depan tu cakap je..next..next...next...kami yang tekan...Puan releks je...kalau nak bagi bergerak, taruh gambar serahkan pada kami, kata students mak Aji. Masa tu baru ada confidence sikit menggunakan computer ni. Al maalumlah kita dulu masa belajar guna typewriter....sampai merah2 jari dan bengkuk jari kelingking tekan kekunci typewriter yang keras tu...Tapi La ni Mak Aji dah ok jugak guna komputer ni... so kawan2 sama2 kita memeriahkan blog ni dengan cerita dan update kita yang boleh dikongsi bersama ok.Kami sentiasa mengalu-alukan rakan2 lain masuk blog ini.

Sebelum mengakhiri coretan Mak Aji ni...Pesanan pada penaja...bila nak buat sesi Gossip Teh tarik kita...mesti ramai yang nak turun ni...Mak Aji walaupun selalu gak memeriahkan blog ni...secara jujur nak bagitahu...masih ramai yang Mak Aji belum jumpa, umpamanya Kushairi, KKK, Anum, Adilla, Izan, Rod dan ramai lagi....Jom lah kita jumpa...Mak Aji kalau cuti sem ni agak lapang sikit. Boleh kita borak cite yang penuh nostaljia dan kisah lama. Bagi yang tak pernah jumpa Mak Aji lagi...saja lah nak promo ni...Saya masih brutal lagi...hehehehe. Take care.

Thursday, March 26, 2009

Gambar TGG 14 Mar










































































Gambar-gambar TGG 14 Mar










Gambar-gambar ihsan dari Lanun dan Shimi.

Monday, March 23, 2009

CADANGAN PENUBUHAN KOPERASI KLP1981

Untuk makluman semua, kami, warga KLP sedang mengusahakan satu project untuk menubuhkan Koperasi KLP1981. Usaha ini diusulkan oleh Hazizan dan kami rasa ia adalah satu usul yang sungguh baik dan berguna kepada kita. Beberapa usulan telah dibincangkan seperti peluang perniagaan, bantuan kewangan untuk pelajaran anak-anak dan kerja-kerja amal dibawah koperasi ini akan diusahakan.
Dengan ini pihak kami akan mengadakan beberapa roadshow untuk menerangkan dan juga untuk mendapat pandangan dan persetujuan semua ahli diikuti dengan satu taklimat yang akan di kendalikan oleh wakil dari Registration of Society (ROS) pada tarikh yang akan diberitahu kelak.
Kami harap akan mendapat kerjasama dari semua agar dapat di perbincangkan dengan lebih lanjut berkenaan project ini . Tarikh yang dicadangkan penubuhan koperasi tersebut ialah pada awal Mei 2009.

Roadshow akan diadakan seperti berikut:-

1st round : 27/03/09 Jumaat 8 mlm, Restoran Rafi Bistro di Section 13 , Shah Alam (dekat Giant)
2nd round : 28/03/09 Sabtu 8 malam, 2-2A Jln UP 1/5, Ukay Perdana (atas peppercorn cafe).
Final round : 30/03/09 Dibatalkan diatas sebab-sebab teknikal, kami akan mengadakannya pada masa yang akan ditentukan nanti.

Sila hubungi Ismail (012-2958985), Adila (016-2850015), Rose (019-3810300) atau Danial (012-3419522) untuk confirm tempat roadshow yang anda ingin hadir.

Confirmation dalam blog juga dikira pass...

Sunday, March 22, 2009

Terima Kasih kawan-kawan.....( Terutamanya Sue, Rozie, Danial dan Lanun)

Aku baru balik dari out station semalam. Beberapa orang kawan2 kita dah cerita pada aku pasal kehebatan malam TGG tu... Aku sempat buka blog terhangat KLP untuk melepas rindu pada kawan-kawan. Wah...hebat sungguh korang malam tu ye...paling aku tak boleh tahan...Su hantar gambar dia dengan jejaka-jejaka hensom KLP.Tahniahlah Su engkau dah berjaya buat aku jelous dan sakit hati sebab tak pergi hari tu...apa2 pun aku gembira jugak sebab kawan2 semua nampak enjoy sakan dan gambar kawan2 lama sempat di tag oleh Danial untuk aku. Thanks Danial...( tak sia-sia engkau pegang bag aku masa kita jadi rockers dulu ye...)Aku tau kau terpaksa pegang bag aku tu...sebab... kalau tak ...dah kena lesing dengan aku...macam yang selalu aku buat kat Lassie.

jugak aku sempat hubungi Rozie yang khabarnya sakit tapi sempat curi masa untuk datang TGG tu...Rozie kau memang hebatlah....tapi rahsia kumpulan rockers berpaling tadah dah pun aku dengar dari engkau semalam. Yalah kau taulah...si Mail, Rod, Danial, Kamarudzaman dan Arwah Hasnan memang baik dengan korang ( Anum, Enab dan kau) tapi entah macam mana aku pulak yang jadi penyanyi kumpulan rockers tu....tentu korang sakit hati tengok gambar tu kan...tak pe...dah 28 tahun berlalu...itu cerita lama. Kita pun dah berdamai...tak guna rebut budak2 rockers hingusan tu Rozie... buang masa kita je masa tu... pasal tu jugak kita semua cari yang luar pagar kan ( maalumlah buah cempedak luar pagarlah...)

Hah...hari ni pulak aku sempat berbual dengan Lanun. Dia ni memang kelakar habis.... banyak sangat cerita dia kat aku...dan yang paling mengelikan hati aku ...bila dia kata ada orang nak pinjam seluar bell bottom aku tu...( seluar tu aku dah antar kat Muzium seni dah) aku gelak terbahak-bahak sampai anak aku ingat Mamanya dah kurang siuman. Lanun...thanks sebab selalu update aku tentang kawan2 kita. Tak lupa...Korang semua ....kawan2 KLP yang lain U all memang best...dalam aku tengah tension pasal kerja, nak mengajar, misi akademik aku, perangai students aku dan masalah di Universiti....korang buat aku release tension habis-habisan. What are friends for....

Wah...aku dengar si Enab pun datang gak ye malam tu ye..( Malam tu aku dengar kau kemain ligat Nab)...Wei...kalau aku ada malam tu boleh pecah Saloma Bistro dengan kombinasi mulut aku dan Si Enab. Si Amatul tu pulak nyanyi dengan sape ye...jejaka skema nampaknya... Si Izan tu kalau tak silap aku penari DBKL yang duduk kat Bandar Tun Razak Cheras tu..kan....erm...aku ingat2 lupalah kat ramai yang Danial tag kan namanya dalam gambar tu....tapi sorang yang aku agak pelik ialah Kamaruzaman KKK yang dulunya rambut kerinting yang bergambar bersama rockers group kami dah menjadi botak...apa dah jadi tu....( lain kali pesan bini kau jangan suka tarik rambut)

Ok lah....thanks pada semua yang dah update aku tentang TGG tu...nanti ada masa aku nak gak jumpa kawan2 untuk sesi teh tarik...( itupun kalau korang buat kat Shah Alam atau PJ le...)Oh...sebelum aku sign off...ada satu yang aku tertinggal...jejaka yang aku cari selama ni ada malam tu...Khairul...pesanan dari aku..." engkau lebih hensem dari zaman sekolah dulu...menyesal aku tak mengurat kau dulu.." hehehehe... chewah...jangan marah ye Sue...Aku tau kau sengaja ambil gambar tu nak buat aku panas hati...tak pe ada ubi ada batas ada hari aku balas balik Sue...TUNGGU...

P/s: Mail...apasal susah sangat ko nak jawab phone tu...engkau takut Along yang call ker??? (Jawab Mail...jawab..)

Thursday, March 19, 2009

Eh...Lanun, buat apa tu.

Tu dia....... Lanun and the girls.
Lanun, ko jual apa tu.

Tuesday, March 17, 2009

Saloma Bistro - sebelum majlis

Gambar-gambar suasana bilik tempat berlangsungnya TGG sebelum dilanyak oleh KLP-ian
Terdapat lebih dari 40 jenis makanan dan minuman.
Kaunter creme of mushroom soup dan sup ayam mamak, satay dan laksa

Barisan desserts.

Set international buffet.



5 meja VIP disediakan.



Monday, March 16, 2009

MAK AJI JGN JELOUS AKU BERGAMBAR DGN LELAKI2 HANDSOME NI....
P.RAMLEE AND SALOMA BERDUET DGN LAGU 'BILA LARUT MALAM'

ABANG AJIS SATTAR BERDUET DGN SAPE TU..SIAP BAGI BUNGA LAGI..LAYANNN



MALAM TGG YANG HANGAT DAN GAMAT

DANIEL NI MABUK AGAKNYA..TU LAH BANYAK SANGAT MAKAN UBAT

MEMORI ITU

MEMORI ITU
(sempena perjumpaan semula KLP 1981 selepas 27 tahun)

memori itu datang lagi
setelah ia ku pendam 27 tahun lalu

malam itu
melihat mu
aku kembali muda
walau cuma di hati

memori itu
manis dan pedih
manis kerana kau yang ku pernah kenali berada di depan ku
pedih kerana aku tahu aku terpaksa meninggalkan kau jua akhirnya

malam itu kau kembali
bukan satu bayangan
jiwa ku bergelora
nafas ku kencang

andai ku tahu begini kuat cengkaman memori itu
pasti tidak akan ku datang
pedihnya amat sangat
sehingga hampir tidak mampu ku tanggung

memori malam 14 Mac 2009
kenangan itu
akan ku simpan bersama
kerinduan ku untuk bersama mu lagi
andainya jodoh kita ada



Wayangsari
Lokasi "Unknown"
16 Mac 2009 @ 1530hrs

Majlis TGG - Terima Kasih


Sesungguhnya malam sabtu lepas dimana berlangsungnya majlis TGG KLP1981 sungguh meriah dan nyata tujuan untuk mengadakan majlis tersebut tercapai.

Pihak penganjur ingin merakamkan ribuan terima kasih diatas sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh anda semua. Lu orang memang rock.

Terima kasih kepada our dinamic lady, Rose dan Adila. Dua orang nilah yang bekerja keras dan mewarnakan majlis tersebut. Juga terima kasih kepada Danial, Sue Kasma dan Ridzuan Rafflis yang membantu menjayakan majlis ini.

Diharap kita akan dapat meneruskan majlis sebegini dan pertemuan-pertemuan santai yang lain yang mana akan mengiratkan sillaturahim diantara kita.

Wassalam.

Friday, March 13, 2009

Rocks


Haiyaaaaaa, gua sulah lugi oooo. Itu hali aaa, itu peyanjur tgg mau angkat ini lockers buat show lekat itu saloma bistilo, gua sulah setuju oooo. Itu lockers pun ala setuju. Tapi aaaa, itu penyanyi pelempuan tilak lapat latang oooo. Lia ala tulis lalam ini belog.
Haiya, gua manyak susah ati ooo. Itu peyanjur mau saman sama gua.