Friday, April 10, 2009
Isu Poligami Menghangatkan GTT
Gossip Teh Tarik ( GTT) berjaya diadakan di Shah Alam walaupun dihadiri lebih kurang sepuluh rakan2 KLP. Antara yang turut hadir termasuk, Kamarudzaman (KKK) dari Seremban, Ismail, Danial, Boone, Zaidi, Maznah, Intan, Izan, Rozie, Rose dan Mak Aji sendiri. Malam tu agak hangat dan banyak isu yang dibincangkan. Deretan gelas teh tarik seakan satu kesinambungan untuk terus memperdebatkan pelbagai isu menarik dan memanaskan telinga. Walaupun Mak Aji sampai lewat, kira-kira jam 10.30 malam, isu2 yang diperbincangkan masih diteruskan rakan2 yang nampak letih menanti Mak Aji selama dua jam. Kelewatan itu bukan disengajakan kerana Mak Aji baru habis kelas pada malam itu.
Kamarudzaman atau Kentat berjaya menarik minat rakan2 dengan isu-isu nostaljianya.gelaknya yang tak berubah sejak 28 tahun lalu menceriakan perjumpaan kali ini. Manakala Boone mengutarakan isu paling sensitif dikalangan rakan2 wanita iaitu, POLIGAMI. Danial dan Mail yang sememangnya menjadi Yes Man...menyokong penuh usul si Boone walaupun mereka ini sebenarnya mempunyai penyakit STB atau sindrom takut BINI. Memang ramai wanita agak fobia dengan perkataan bermadu atau poligami. Kaum Adam memang suka membuat wanita tersentak dengan isu paling sensitif diabad ini. Namun sebagai wanita Mak Aji tak mudah melatah sebab takdir ditangan Tuhan, kita tak boleh menolak suratan hidup apabila kita terpaksa berkongsi kasih dengan orang lain.
Izan pula pada pendapat Mak Aji memang cool giler, gelak ketawa dan keceriaannya menghidupkan kembali nostaljia masa kelas dulu-dulu. Tak hairanlah dia dapat suami yang bergaya dan handsome......bangganya jadi wanita macam dia...apa rahsia anda Izan...kongsilah sikit.
Maznah dan Zaidi tetap macam dulu-dulu, maintain loving couple of the year from 1981 till now. Pastinya ada ramuan tertentu dalam menghidupkan satu rasa kasih sayang yang berpanjangan. Intan tetap releks dan senyuman tak lekang dari bibir. Sikap reserve Intan banyak dilihat ketika berbual. Dia ni lebih banyak mendengar dari merapu tak tentu pasal. Terserlah kewanitaannya. Rozie pula lebih ketawa dari bercakap. Sesekali melihat jam ditangan walaupun hatinya masih nak bersantai sampai pagi. Rose, si assistant penganjur yang dapat lesen besar, nampak puas hatilah bila jumpa kami yang sekepala dan gila2 ni. Tapi dia kena ingat esok lesen dia dah expired so dok diam-diam je lah. Dia kena tunggu bulan depan lagi bila lesen besar dianugerahkan kat dia sekali lagi.
Buat pengetahuan kawan2 yang lain, gathering kali ini ( GTT) lebih santai dan banyak mengurangkan tekanan hidup...especially bila dah tua ni. paling best meja kami bersaing dengan satu lagi meja warga emas yang Kamarudzaman gelarkan KLP 61. Kami sama2 ketawa bila Kamarudzaman kata, kita semua akan jadi macam group KLP 61 belakang kami tu...Masa tu kata Boone kita dah tak bincang pasal anak2 dan karaoke lagi...tapi sibuk membilang cucu dan menjaga cucu-cucu.
Sememangnya satu kepuasan bila bertemu rakan2 lama dan peribadi masing-masing terbentuk dari persekitaran dan cara mereka membentuk peribadi mengikut acuan sendiri. Apapun gathering seumpama ini agak sihat dan membentuk minda kita dalam membincangkan pelbagai isu dan mengembalikan rasa keceriaan kita dalam meniti usia matang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Patutlah blog sunyi malam tadi, rupe-rupenya abah2 dan omak2 ada aktibiti malam jumaat...
ReplyDeletePanas panas panas,dengar cite Mak Aji bakal dapat menantu sekali 2...........Sape dia jejaka-jengkaut yang bakal dapat bermak mentuakan mak brutal tu???????
ReplyDeleteKalau KKK aku tak sudi langsung...Ada hati nak jadik menantu aku...Rambut pun tak nak tumbuh lagi...
ReplyDeleteKalau Danial pulak...eeee....tak nak lah Mak...menggelabah ayam je sentiasa. Tak de ke calun yang lebih berketrampilan sikit....
Yang botak, murah belanja shampoo gan minyak tak pakai, cermin tak pecah, mendandan tak lama
ReplyDeleteYang tinggi, senang suruh ampai kain, mengait buah pun senang, tengah orang ramai paling senang cari,bab mengelabah sekali tengking dah dengar cakap....... Dua dua menantu mithali....
Ish, ish, ish, ada ati nak jadi menantu mak aji. Ipin, ko sebagai budak kecik, nasihatkan lah sikt pada kawan kita tu. Ingat2 lah yang kat rumah tu. Kalau berstatus D takpe jugak.
ReplyDeleteAku tetap setia pada yang satu, kan montok kan.
Wahhhh...mak aji tak tido lepas balik GTT nampak! Sebab terkenangkan bakal menantu yang sebaya ngan omak! Eh..kalau diperhati, lobam didahi ...bukan kan itu calun menantu yang dicari, waraq dan ikut kata omak lobih dari bini...
ReplyDeleteKalau issue poligami, semua terbeliak bijik mata...minus edi sebab maznah dopan mata. Anyway, aku rasa best jumpa kekawan sebab dapek melepas rindu. Ada orang tu kan nak kena ciliiiiii ngan aku !!
Isu poligami dikalangan lelaki memang la hidup tak pernah bersepi...Aku ngan Mael memang stuju ngan Boone bukan sekadar Yes Man tapi bole jadi Saksi dan bertukar Saksi...
ReplyDeleteIsu tetap isu takkan menjadi kenyataan kalau tidak dipasang nawaitu...Bila rumahtangga dah bahagia, aman, sentosa, tidak ada pancaroba dan pasangan hidup yang sentiasa bersefahaman samada dlm hujan atau panas atau salji samada di lautan bergelora atau di waktu tenang,sah bini yg satu akan tetap satu je...
Mak Aji aku ni layak jadi besan...bukan menantu...aku memang sedar umur sama ngan kau walau hati aku sentiasa suka nak jadi muda...
KKK tq kerana hadir walaupun kau yg paling jauh...betul ke? jgn2 balik rumah no 2 di kl!
...sambungan...bini aku mcm dpt hidu aku nak komen isu poligami ni disuruh aku stop solat maghrib jemaah...wow itu la instinct seorang isteri yg susah nak 'destabilise'kan...
ReplyDeletecuma nak bagitau Mak Aji, STB tu tak ada dikalangan kami...kami TAK TAKUT bini samada bini kami takut kami atau tidak...STB tak pernah ada kerana kami amalkan sikap hormat menghormati dan tahu peranan siapa Suami dan siapa Isteri!
Walau mcmana pun naluri lelaki tetap suka kalau isu ni menjadi bualan sepanjang zaman...Zaman KKK ko sentiasa nampak muda dan macho, aku rasa ko lebih fashionable skrg dari dulu...why ye?
Kesian Uncle Mael tak di calonkan jadi nantu.Tu lah muka tu macam budak aje lagi, kegatalan tu terserlah yang amat. Untung Omak Aji bakal dapat menantu sekali dua, tak yah pergi kursus kawin. Poligami tu macam main monopoli ke Auntie Rose? Ipin dengar Auntie Rose banyak betul berbisik bisik malam tadi.
ReplyDeleteEleh Uncle Dan nak jadi besan plak dia...
Macam mana Uncle Dan kata KKK tu nampak muda. Aritu dia cakap kat pasar ade budak tu panggil dia atok....Buntang biji matanya..Nasib baik budak tu jauh, tu pun sempat jugak KKK jentik gan getah...
ReplyDeleteIpin...tu tektik, nak ambil hati org tua kena cakap2 masjid dulu...
ReplyDeleteUntung2 Mak Aji kata ala ko trus jadi menantu la, takya besan2, amacam...hah trrjojol biji mata!
Jawab Omak Aji oooii??????Kan dah nampak tembelang Uncle Dan. Nah ambik kau.....
ReplyDeleteUncle Dan ade perasan tak ade ular nak telan mug??????
ReplyDeleteKorang jangan nak berangan lah...depan kengkawan semalam kemain lagi korang ye... sebenarnya semua lelaki ada STB ...bila balik umah kecut semacam je...ada gak yang takut kena kerat lapan....kesian dia...
ReplyDeleteYang dah kena kerat lapan tu dah mula menung, nampak biawak disangka buaya.....
ReplyDeleteJgn Mak Aji, bila para suami balik, sejuuuuuukkk hati isteri...tak kira pukul 1 ke 3 pagi ke, asalkan balik...masa tu isteri tenang menunggu tambah2 mlm penuh beramal...lentur si isteri tak sabar nynayi "ye ye abg dah balikkkkk"...
ReplyDeleteYe ke ada ular ke, tak prasan, takut aku...
KKK aku ucap tahniah la ko saje sorang yg nak jadi menantu...takde tandingan
Kita doakan lah untuk KKK dapat omak mentua lecturer...............
ReplyDeleteTapi Ipin dengar ular tu dua tiga kali telan air liur bila nampak mug kena gengam....Dah nak cari jalan pulang nampak nya....
Bab doakan KKK dpt mentua lecturer tak bole...aku taknak bersubahat...biar la dia doa sendiri...
ReplyDeleteX baik cabut lari patutnye jinakkan...main la seruling
Tulah Uncle Dan tak paham, bila KKK dah jadi menantu, laluan untuk Uncle Dan pun mudah sebab dah ade orang dalam.....Uncle Dan ni pun sama gan Auntie Rozie slow sangat sangat......(parah lah Mak Aji dah ade komplot)
ReplyDeleteEh..korang jangan cari pasal...Aku tak sudi bermenantukan orang2 tua macam KKK dan Danial tu...kalau kaya raya Mak terima gak..ni setakat buat bisnis kecil-kecilan...mak tak layan le...kalau billionair Mak teruja gak. Sape tak kenal Mama materialistik ni...sekurang2nya Mak nak gak keta BMW ke Mercedez ke buat persetujuan...
ReplyDeleteYang tu lomah sikit.....Semakin lama semakin naik plak syarat.....Ferrari Shell tu ade la tiga biji..........
ReplyDeleteAmboi,amboi,amboi...patutla dua tiga hari ni aku tidor tak lena,makan tak kenyang,mandi tak basah...rupa2nya ada sandiwara di belakang aku,tapi aku tak sakit hati punnn...cuma gerammmmmmmmmmmmmmmm aku tak join sekali!!!!!!!!!!!!
ReplyDeleteBetoiii la...KKK nampak macho malam tu tapi pesanan aku kat Mak Aji..tak payah la nak dibuek menantu sbb dia bukan ada title DATUK A tapi bakal dapat DATUK C...
ReplyDeleteKKK,klu setakat nak menunjuk makan roti bengali cicah suppp...tak heran la...cuba tanya Ipin auntie sue nak belanja makan roti nan lagi...he..he..he
ReplyDeleteIpin nak roti nannnnnnn.........tapi kalau kat Indonesia dia dah lama billionair....
ReplyDeleteKalau aku kaya raya berMerz atau BMW, aku tetap aku...takkan aku ada hasrat nak jadi menantu kau Mak Aji...kesedaran aku lebih dewasa dari usia aku...cuma kalau kau dah dpt Besan, jgn lupa panggil kami makan jamuan kenduri, itu je permintaan aku...aku nak juga jumpa Suami Mithali kau yg ikat kau ngan moto Scrambler dia tu...
ReplyDeleteBiarla Ipin kata Uncle Dan, slow ke lembab ke,terima aje, kan Antie Rozie...senyuman kau masih lagi bersinar...nampak kau lebih manis wajah muka dari dolu-dolu...siapa agaknye yg bagi kau masalah sehingga kau lebih nampak serius di zaman dulu? Kalau aku org nye, tak payah la kau cakap!
Uncle Dan ni memang gentelmen, eh gentlemanlah susah cari jantan melayu terakhir macam ni zaman sekarang.....Tetapi dek pasal slow Auntie Rozie lah membuat pakcik-pakcik ni meleleh.........Ooooomak Aji dah masak lom??
ReplyDeleteIpin, aposal sonyap je blog ni????Lamunan dah torhonti ko??????
ReplyDeleteHari ini ari senin. Semua keluar mencari rezeki
ReplyDeleteMalam tadi ujan jadi Ipin tak ngikot abah pergi motong getah...
Omak Aji dah muak Ipin tengok muka botaak ni.
ReplyDeleteTukar lah gambar indah sikit gan lagu-lagu lain yang patut.Phobia Ipin nengok muka dia.
Auntie malam tu banyak berbisik sebab kena ulang dua tiga kali kat auntie rozie...sebab masih kurang dengar bila KKK ngan Mail cerita bagaimana seksi nyer auntie rozie berjalan masuk class, semua nganga, tarik napas panjangggg...nasib baik auntie rozie slow, kalau laju...semua dah kena heart attack !!!
ReplyDeleteTapi abah cakap, itu acara harian.Lebih kurang
ReplyDeletesenaman pernafasan untuk kaum lelaki yang baru nak melangkah alam kedewasaan. Abah cakap ramai budak budak lelaki berterimakasih pada Auntie Rozie, jasamu di kenang. Kalau tak caya tanya majistret Amir Hamzah pun sama terlibat.
Memang nostalgik.....
benciii kannnn izannn....hehe...ade ker cerita calculator masih di ingat, padahal auntie rozie kata mana la zaman-zaman tu dia ade bawak calculator, naik masuk daun la tu kan, kan.....seperti biasa...dengkiii..kuang, kuang , kuang...
ReplyDeleteKalau ade yg berhajat nak bukak cawangan tu ape salahnya tapi biarlah dgn procedure yg betul. Kalau mampu dan mempunyai sebab jitu, badan lagi mantap, persilakan. Kalau nak cari pengapit aku ade. Korang cuma cover facial and grooming aku aje. Pakaian dan transport sendiri ;-)
ReplyDeleteBTW, aku pun kesian tengok orng macam rozita che wan tu dan nora danish tu...
Tentang auntie rozie yang masuk kelas tu memang aku ingat. Cornering dia yang disertakan dgn jelingan tajam dan sedikit manja memang mengancam. Segala aktiviti kaum lelaki akan terhenti serta merta utk menyaksikan lagak auntie rozie. Tak caya meh kita tanye uncle mira.
ReplyDeleteBetul ke Uncle Kush perasan, setahu Ipin Uncle Kush setia pada yang satu aje pada masa tu....
ReplyDeleteTapi abah sampai sekarang memang tak leh lupa pasal posing maut Auntie Rozie, siap cite gan omak lagi...
Kush ni kalau bab sensasi, terus segar. Kush, aku tak perlu pengapit tapi aku perlu saksi. Saksi tak yah make-up, muka pecah rumah lagi baik.
ReplyDeleteBila rozie masuk, semua mata jantan memandang tapi bila mak aji masuk, mengape mata jantan-jantan tunduk.
Si mata lentik pulak tak sempat pandang sebab dia slalu masuk dulu. Tapi mata jantan2 mesti jeling kat dia bila masuk kelas.
Mane si mata lentik, mane, mane, mane.? Abah dah pesan gan Ipin kalau dengar nama ni mesti beri perhatian... Abah cakap kalau Mak Aji datang,dari tingkat bawah dah tahu dia dah sampai. Kalau tak masakan Cik Gu L tahu dia panjat pagar.. Aura Mak Aji buat Cik Gu L tersentap walaupun dia dalam toilet...
ReplyDeleteala korang ni...tak kan tak tau pulak...setiap kali Mak Aji naik tangga...satu bangunan tu bergegar macam kena earth quake. Mata2 jantan tu terpaksa tunduk sebab kalau bertentangan mata dengan Mak Aji alamat lebamlah bijik mata diaorang tu...
ReplyDeleteCikgu L tangkap Mak Aji panjat pagar sebab dia ingat jantan yang berpakaian pompuan...tapi dia silap besar tu...Mak Aji kalau bab panjat memanjat ni mengalahkan jantan....
Cikgu L boleh sebut dua perkataan jer bila terserempak dgn Mak Aji....Alhamdulilah,bila tengok Mak Aji pakai tudung purdah[nampak mata jer...]dan Astagfirullah bila Mak Aji pakai jeans[ala jantan].....gelak sorang teringat kisah2 lucu di KLP.
ReplyDeleteIpin rasa ade lagi agenda seronots kat Selangor Emporium ......sampai tutup emporium tu.....
ReplyDelete